Influenza A Outbreak 2020–Mommy Doa Banyak-Banyak Supaya Sejarah Tak Berulang Kembali!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google

Bila berlakunya Influenza A outbreak 2020 – Mommy doa banyak-banyak supaya sejarah tak berulang kembali! 21 January 2019 – tak sampai setahun lagi, masih berbaki lagi beberapa hari nak genap setahun di mana Firash dimasukkan ke wad disebabkan oleh Influenza A. Bagi Kak Fa yang pernah mengalami – cukuplah sekali itu sahaja… Tak sanggup rasanya dah. Bila malam semalam, ada seorang ibu kepada rakan sekelas Firash update di dalam group What’s App kelas yang anaknya cuti sakit selama dua hari – Kak Fa dah mula risau dah. Tup tup tup… Hari ni ada lagi seorang ibu yang update di dalam group What’s App kelas yang anaknya tidak dapat bersekolah hari ini disebabkan demam. Jadi sebagai mak – faham tak kerisauan Kak Fa macam mana? Hu hu hu… Sebab Yash pernah kena (minta dijauhkanlah hendaknya… Amin amin ya rabbal alamin). Kalau Yash masih di Genius Aulad ni, memang Kak Fa dah kuarantin Yash di rumah dah. Tapi, kini Yash di sekolah rendah dah -  tak boleh juga suka-suka nak cutikan Yash macam tu ajer.

Memang Kak Fa doa banyak-banyak supaya sejarah tak berulang kembali! In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin. Sambil doa, sambil buat apa yang patut. Kak Fa takkan ulang cerita tentang simptom influenza kerana Kak Fa dah pun kongsikan di dalam entri Kak Fa dulu yang bertajuk Day 2: Positif Influenza A. Cumanya… Bila dah pernah terjadi, kali ini Kak Fa sedaya upaya buat apa yang patut untuk bantu mencegah.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Pakaikan Mask

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Yash cakap pakai mask tu dia jadi doktor. Doktor pun doktor lah nak. I'm pretty sure dia refer pada surgeon. Ha ha ha... Yang penting dia nak pakai. Setiap hari witahout fail memang Kak Fa pesan dengan Firash supaya pakai mask. 

Bekalkan Hand Sanitizer

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Dalam beg sekolah Yash tu, Kak Fa bekalkan hand sanitizer sebotol. Of course Thieves Hand Purifier dari Young Living yang Kak Fa percaya. Kak Fa pesan berulang kali pada Yash supaya kerap gunakan hand sanitizer di tangan sewaktu di sekolah. Kak Fa pesan berulang kali sambil ingatkan dia sejarah Influenza A dia tahun lepas. Kak Fa pesan, kalau Yash tak nak kena Influenza A macam dulu, Yash kena keep on guna hand sanitizer and keep yourself clean. The amount of pesanan tu diulang toksah kiralah…Memang tak terkira. Penting sangat untuk jaga kebersihan sama ada sewaktu outbreak Influenza A macam ni ataupun tidak. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tanga tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan dan juga sentuhan badan. Makanya, memang kena jaga kebersihan badan dan juga tangan.

Bekalkan Minuman dan Makanan

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Dari tadika sampai ke sekolah rendah – sekalipun Yash tak pernah minum dan makan selain apa yang Kak Fa bekalkan. Alhamdulillah dia patuh. Kita tak tahu tahap kebersihan penyediaan makanan di kantin itu sama ada boleh diyakini kebersihannya atau tidak. Lagipun, Influenza boleh tersebar melalui udara kan? Tak salah ambil langkah berjaga-jaga.

Balik Sekolah Terus Mandi

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Tak ada tunggu-tunggu lagi dah. Tak ada nak tunggu lepas main, tak ada nak tunggu lepas habis kartun. Jejak jer kaki dalam rumah, Kak Fa terus bukakan pakaian seragam sekolah Firash dan terus Kak Fa bawakan Firash ke bilik air untuk mandikan dia. Mandikan? Ya… Memang Yash boleh mandi sendiri. Kak Fa latih bukan tak latih. Terus-terang masih di bawah pemantauan Kak Fa. Belum sampai masa Kak Fa nak biarkan dia mandi sendiri. Know why? Memang kids at his age – Darjah 1 dah boleh mandi sendiri. Tapi tahap hygiene? Masih tak boleh dibiarkan.

Jadi mak-mak memanglah macam ni. Bukan senang-senang nak melepaskan. Habis tu sampai bila Kak Fa? Baru nak lepaskan Yash mandi sendiri? Jawapannya – sehingga tiba masanya untuk Yash mandi sendiri bila dia benar-benar faham apa makna mandi dengan bersih. Boleh jer kalau Kak Fa nak lepaskan Yash mandi sendiri. But sorry – I don’t think it’s the time yet. I’m his mother and I know, so let me decide ya? Ha ha ha… Biarlah orang nak kata apa pun. Memang orang akan puji bila anak kita dah boleh buat semua benda sendiri dalam usia yang muda dan itu menyenangkan kita sebagai mak ayah. Cuma mungkin prinsip dan cara parenting kita berbeza kot? Kak Fa tak kejar puji orang, apa yang Kak Fa nak – life skills diajarkan dan diadaptasi mengikut kesesuaian usia dan kematangan fikiran. Come on lah – kalau ada saranan permainan mengikut usia dan kalau ada kata-kata setiap anak berbeza. There you go, my son juga berbeza. Kak Fa tak ambil pusing orang nak banding membanding – yang penting ilmu yang sampai dan perkembangan Yash biar berkualiti. Tak perlu nak fikir kata orang sampai terdesak nak push anak sesuatu yang tidak mengikut perkembangan usia serta kematangan fikiran mereka. Got that?

Lap Beg Sekolah, Kotak Pensel dan Peralatan Sekolah dengan Sanitizer

Mujurlah beg sekolah dan kotak pensil Firash jenis yang boleh dilap. Jadi ini memudahkan proses untuk Kak Fa lap beg sekolah, kotak pensel dan peralatan sekolah dengan sanitizer. Pensel, pembaris jerlah Kak Fa lap dengan sanitizer. Ha ha ha… Obses gila Mommy Yash dengan hygiene kan? Memang pun… Nak nak lagi ketika musim-musim outbreak macam ni. Tapi memang ya – setiap hari Kak Fa lap dengan sanitizer segala peralatan sekolah Firash yang boleh dilap.

Sokongan Alternatif Bersama Young Living Essential Oil


Tu dia – keluar lambakan segala jenis minyak. Ha ha ha… Bukan taksub atau bukan terlalu percaya. Believe it or not, Alhamdulillah – untuk sistem sokongan yang seorang ibu perlukan. Ianya banyak membantu Kak Fa dan juga Yash. I would not elaborate further sebab takutlah terguna terms-terms yang panas kan? But – this is good. Sedari Firash terkena Influenza A tahun lepas lagi.

Vaksin Untuk Influenza A

Vaksin Influenza perlu diambil setiap tahun kerana struktur virus influenza berubah setiap masa (antigenic drift), formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun dan formulasi adalah mengikut kesepadanan vaksin virus dengan virus yang diunjurkan menular setiap musim. Cuma kali ini, Influenze outbreak berlaku awal sebelum genap tempoh setahun vaksin yang Yash dapat. Makanya, Kak Fa tak dapat nak hantar Firash untuk dapatkan vaksin influenza yang baru sehinggalah tempoh genap setahun. Deposit Kak Fa dah bayar, cuma sekarang ni kan mana-mana jer out of stock… Paling awal bulan Februari baru Kak Fa boleh hantar Firash untuk divaksin. In Shaa Allah.

Tak ada mak yang tak risau. Tak ada ayah yang tak risau. Kalau boleh hari ni juga Kak Fa nak virus Influenza ni hilang dari Malaysia. Hu hu hu… Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan juga memantau kesihatan anak-anak kita semua. Moga-moga dijauhkan dari anak-anak kita virus Influenza ini.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga dijauhkan anak2 kita semua daripada wabak ni dan sihat sentiasa hendaknya. aamiin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !