Cara Ukur Tahap Fokus Anak

Farah Waheda Wahid
0

Daya fokus kanak-kanak tak sama. Sebenarnya berbeza-beza. Kajian pun nyatakan perkara yang sama. Secara normal kanak-kanak mampu memberi fokus selama 30 saat hingga 1 minit sahaja. Pesan Kak Fa – don’t expect too much sebab fokus maksimum kanak-kanak terhadap satu-satu aktiviti adalah 10-15 minit sahaja. Know what? Menurut penulis buku keibubapaan, Puan Adlil Rajiah- that’s why tadika atau taska yang menuntut kanak-kanak untuk duduk diam atau sit-still dalam kelas lebih dari 15 minit, dikira salah dan sebenarnya mendera mental kanak-kanak. Cuma sebabnya kita ni dalam komuniti yang masih lack of awareness tentang perkara ini. Perkara yang belum betul-betul dihadam oleh kebanyakan ibu bapa. Most parents di Malaysia hanya mahukan anak duduk diam di dalam kelas, beri tumpuan dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari. Supaya cepat baca, cepat kira, cepat hafaz Quran dan sebagainya. Tanpa kita sedar kita sebenarnya membunuh anak-anak secara perlahan-lahan. Bukan maksud physically but mentally and emotionally. At the end of the day, bila anak stress, kuat memberontak, terus parents tuduh anaknya autism. Hurmm… Berlaku bukan tak berlaku… Sebab tu penting untuk sesiapa yang terlibat dengan anak-anak kecil tahu bagaimana cara ukur tahap fokus anak kecil. Sekurang-kurangnya kita aware di mana dan bagaimana kita nak susun cara pendidikan untuk anak-anak berdasarkan tahap kemampuan fokus mereka.

Tetapi bagaimana cara ukur tahap fokus anak? Mungkin – ini adalah satu perkongsian menarik yang boleh digunapakai oleh ibu bapa dan juga cikgu-cikgu yang terlibat. Perkongsian ni adalah hasil pembacaan Kak Fa dari artikel di SINI:

Ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah, kemudian beri arahan untuk anak-anak warnakan bulatan tersebut. Cuma arahkan warnakan bulatan tersebut. Sesuai untuk anak-anak berusia dari 3 tahun sehingga 6 tahun. Kak Fa masih lakukan aktiviti ini ya – sebabnya by month Firash masih lagi 6 tahun 2 bulan – belum cecah 7 tahun pun lagi. Sila ambil perhatian – fokus adalah merupakan kemahiran, bila sebut kemahiran anak-anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dan lain-lain. Yang penting kita dapat tahu keupayaan dan tahap fokus anak. Jangan banding membanding di antara satu sama lain.



Bila dah warnakan – penilaian yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

Menconteng Dan Tidak Mengikut Arahan

Bermakna anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

Mewarna Satu Bahagian Sahaja Daripada Keseluruhan Bulatan

Bermaknan anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

Mewarna Seluruh Bahagian, Tetapi Banyak Yang Melepasi Garisan Bulatan (Terkeluar)

Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.


Mewarnakan Bulatan Tersebut Sepenuhnya Dan Tidak Melepasi Garisan

Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan atau kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka. Fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus. Pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka!

Nak cungkil potensi anak dan nak galakkan proses pembelajaran berlaku, kita kena consider juga kemampuan mental dan emosi kanak-kanak supaya ia boleh berlaku secara optimum. Macam kitalah, kalau nak belajar sesuatu yang baru, kita suka dipaksa-paksa atau suka natural learning yang mengikut minat kemampuan kita? Tepuk dada. So apatah lagi anak-anak. Ajar budak-budak ni kena relaks. Tak perlu gelojoh. Tak perlu terlalu optimistik. Let them learn naturally.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !