Anak Tahun 1–The Letting Go Process of a Mom…

Farah Waheda Wahid
1

Tidak dinafikan – ada di kalangan ibu-ibu sememangnya hebat dan kental untuk melepaskan anak di sekolah baru, suasana baru di dalam masa sehari ketika anak-anak memasuki Tahun 1. Ha ha ha…malangnya Kak Fa bukan di dalam kategori atau kalangan ibu-ibu hebat dan kental untuk melepaskan anak di sekolah baru, suasana baru di dalam tempoh masa sehari. Kak Fa cuti empat hari setengah ok? Empat hari setengah… Perancangan awal 5 hari tetapi bila Kak Fa dah rasa yakin untuk melepaskan Yash pada hari kelima. Baru Kak Fa ambil keputusan untuk bercuti setengah hari jer di hari kelima. This is my confession bila anak Tahun 1 – the letting go process of a mom… Kisah kita mungkin berbeza tetapi this is my story. Heee…

Hari Pertama Persekolahan

Hantar ke sekolah, perhatikan Yash di dalam kelas bagaimana keadaannya, tinggalkan Yash untuk pergi ke bank dan datang kembali sewaktu rehat. Tapi tu pun dah lewat! Part ni Kak Fa terasa ralat juga sedikit. Sebab bila Kak Fa sampai sekolah Yash tu…Lima minit jer lagi nak habis waktu rehat. Masa tu…Ya ampun… Allah jer yang tahu macam mana teruk berdebar hati Kak Fa masa tu. Marah diri sendiri pun ada, rasa macam tak patut kot Kak Fa tinggalkan dia untuk pergi ke bank (urusan dekat bank pula lambat sebab sistem slow) pada hari pertama. Hakikatnya – Yash ok…Ha ha ha… Masa Kak Fa sampai tu kelam-kabut cari kelibat Yash tapi tak nampak-nampak sebab budak-budak kan ramai? Macam lebah oooo…. Memang Kak Fa tak jumpa dia…Berdegup kencang jantung ok? Ha ha ha… Tiba-tiba entah dari mana dia muncul – Hye Mommy! Dengan keadaan yang sangat ceria dan bekalan makanan pun dah licin dalam bekas makanan yang dia bawa tu. Bila tengok bekalan makanan licin, Mommy happy. Haruslah…Yash kan susah makan? Bila  dia nak makan tentulah Mommy sangat gembira.

Hari pertama persekolahan, suci murni lagi… Tak pandai lagi nak berekplorasi kawasan sekolah. Ikut jer segala. Ha ha ha… Itu cerita bab lain tapi ada kena mengena dengan pengalaman Kak Fa menghantar anak sekolah Tahun 1 ni juga. Memang jujur cerita, dah keluar hantar dia sekolah, pergi ke bank, jumpa dia balik sewaktu masa rehat dah hampir habis, keluar dari kawasan sekolah, lepak dalam kereta sampai dia tiba waktu balik pada jam 6 petang. Berdebar teruk juga ni, sebab Kak Fa memang tak ambil dia dari bilik darjah. Sewaktu datang Kak Fa dah pesan pada dia untuk tunggu Kak Fa di dalam kawasan dalam pagar sekolah. Jangan keluar! Jangan ikut strangers! Strangers tu bad guy…Ko nampak? Kak Fa meracun pemikiran Yash? Berdebar teruk sebab takut dia tak jumpa jalan untuk ke stesen menunggu Mommy. Lama juga Kak Fa tunggu…Ha ha ha… Tapi jumpa! Nampak dia duduk dekat kerusi batu tempat menunggu tu. Bermakna dia ikut arahan Mommy. Balik turun tangga jangan rebut-rebut, tak apa biar tunggu kawan turun dulu, Yash turun last pun tak apa. Gittuh! Pendek kata hari pertama penuh dengan debaran lah. Rasa jantung ni gugur, bercantum balik, gugur, bercantum balik. Ha ha ha….

Hari Kedua Persekolahan


Seawal hari kedua, Kak Fa dah tak hantar Yash ke sekolah dah. Sebaliknya Yash dah mula naik dengan transporter. Transporter ni cajnya RM70.00 sebulan pergi balik. Tapi Kak Fa cuma ambil khidmat untuk pergi ke sekolah sahaja sebab petang Kak Fa akan ambil Firash dari sekolah. Kak Fa belum yakin lagi nak lepaskan Firash keluar dari pagar sekolah dan cari transporter sewaktu masa balik dari sekolah. Pengakuan jujur ikhlas walaupun mungkin ada yang kata Kak Fa poyo jer… Orang lain ok jer kan? Itu awak…Bukan Kak Fa. Kan Kak Fa kata cara kita berbeza. This is my way. Lagipun sebenarnya, itulah peluang Kak Fa nak bonding dengan Yash. Ambil dia balik dari sekolah tu pun sebenarnya dah cukup menggembirakan hati dia wak… Kak Fa taulah, Kak Fa kan mak dia… Setiap kali kalau Kak Fa ada peluang untuk hantar dan ambil dia dari Genius Aulad dulu pun, boleh nampak mata dia bersinar-sinar lain macam ok? Dahlah kita ni sibuk dengan kerja hakiki, kerja sampingan, belajar lagi. Dia pun sibuk dengan kelas itu kelas ini. Jadi ini adalah caranya Kak Fa curi masa untuk ada waktu berkomunikasi dan juga berinteraksi dengan Firash dengan lebih kerap. Kak Fa mahu ada untuk Firash dan nak Firash nampak Kak Fa ada depan masa. Ha macam tulah lebih kurang maksudnya.

Yash naik dengan transporter kemudian Kak Fa perhatikan dari jauh. Masa ni mengintai celah-celah dinding bangunan. Pantau Yash dari jauh. Tapi mulut Kak Fa ni toksah cakaplah. Sejak-sejak Yash mula sekolah ni – hari-hari Kak Fa rasa Kak Fa banyak sangat bagi pesanan khidmat masyarakat pada Yash. Ha ha ha…Kalau boleh agaknya dia nak beritahu Mommy dia… Yes Mommy, I heard and noted. Perhati dari jauh, turun dari transport, ada Abang Darjah 3, pimpin dia untuk ke tempat perhimpunan murid Tahun 1. Tunjukkan jalan pada dia. Tapi masa hari kedua ni dia tak berapa nak hafal lagi tempat perhimpunan Tahun 1 tu. Untuk Tahun 1, buat peringkat awal-awal ni, cikgu akan himpunkan murid-murid terlebih dahulu di kawasan perhimpunan dan kemudian cikgu-cikgu akan bawa anak murid ke bilik darjah masing-masing. Sama juga dengan waktu rehat. Sehinggalah murid-murid telah biasa dengan selok-belok sekolah. Begitulah mengikut kefahaman Kak Fa. Bila dia tak berapa nak hafal arah tujuan ke tempat perhimpunan, Kak Fa kenalah munculkan diri dan beri arahan untuk dia ke mana. Nak cari kelas tu tak ada masalah, Alhamdulillah dia boleh baca papan tanda yang cikgu-cikgu dah sediakan.



Waktu rehat – Kak Fa tunggu siap-siap dekat kantin. Nampak kawan satu tadika dengan dia di Genius Aulad sedang pimpin dia untuk ke kantin. Ha ha ha… Ada pula yang berbunyi…Mengada-ngadanya… Ha ha ha…Just so you know – Firash baru jer sebulan berusia 6 tahun. Dia tak ada Abang, tak ada Kakak di sekolah yang sama. Ikutkan cara pembawakkan diri dia dan juga cara dia present behaviour dia, macam dia masih kindy ok? He is on the stage or phase di mana dia masih in his own world. That’s what I see. Masih baby-ish lagi walaupun mak dia tak adalah baby-ish kan dia. Faham ke idok? It’s natural behaviour based on his age lah. Common sense. Kawan-kawan seangkatan kebanyakannya dah 7 tahun. Ada jer budak 6 tahun dah matang. Tapi tak boleh nak buat apa, he’s not there yet. Bukan Kak Fa sengaja.

Kawan tu tunjukkan dia tempat basuh tangan dan dudukkan dia terlebih dahulu. Lepas tu baru kawan tu pergi beli makanan. Nama kawan Yash tu Danish. He he he… Lepas dah duduk, datang lagi dua orang kawan dari Genius Aulad yang berlainan kelas iaitu Amsyar dan Harith Adam. Bagus diaorang ni semangat setia kawan tu. Walaupun berbeza kelas tetapi masih duduk di meja yang sama untuk waktu rehat. Baca doa sama-sama, makan sama-sama, pergi semula ke tempat perhimpunan sama-sama. A bit terharu sebab diaorang jaga Yash macam adik diaorang. Even Mama Danish pun pesan dengan Danish, jaga adik, jangan tinggal adik. Ha ha ha… Memang adik lah pun weiii… But good lah, at least Kak Fa rasa legalah tengok dia berkawan. Sebabnya dengan berkawan dia boleh cepat belajar sesuaikan diri dengan suasana sekolah. It will help him in one way or another to pick up fast. Selesai rehat, Kak Fa pun keluar dari kawasan sekolah, duduk dalam kereta sambil-sambil buat kerja apa-apa yang patut. Sementara tunggu dia habis sekolah pukul 6.

Balik…Dah lulus dah untuk tunggu Kak Fa dekat mana. Kak Fa cuma perlu tunggu dia jer. At this early stage, memang Kak Fa kena sampai dulu sebelum dia keluar dari bilik darjah.

Hari Ketiga Persekolahan

Operasi stalk anak sendiri...Ha ha ha.... 

Dah lulus dengan transporter. Transporter punya komen, Firash sangat peramah walaupun tak pernah kenal sebelum ini. Ha ha ha…Tengok Mommy-lah…Mommy pun memang ramah orangnya. Inherited kan? Dah lulus cari tempat perhimpunan sebelum masuk ke kelas, dah lulus waktu rehat, dah lulus waktu balik. Tapi…hati Mommy yang berat lagi nak lepaskan seratus peratus, masih perlu pantau lagi sebelum Kak Fa betul-betul yakin nak lepaskan dia.

Hari Keempat Persekolahan

Dah mula eksplorasi kawasan sekolah bersama rakan-rakan sebaya. Dah mula dah dia berlari-lari sana, berlari-lari sini sampai berpeluh-peluh dan merah pipi. Ha ha ha…. Tapi pakaian seragam sekolah tu masih maintain lagi tu. Kan jenis jaga pakaian. Memang cam tulah dia. Semakin ramai kawan Genius Aulad yang dia jumpa. Termasuk BFF dia Adelia. Ha ha ha…Bersinar-sinar mata kegembiraan bila nampak Adelia tu oiii…. Hari keempat ni kira macam Kak Fa dah senang hati jugalah.

Hari Kelima Persekolahan

Kak Fa kerja separuh hari. Saja nak intai dia waktu rehat. Masih dengan clan yang sama… Clan Genius Aulad. Amboiii semakin aktif bermain ya? Alhamdulillah…Lega rasa hati Mommy…Dah ok dah ni. Esok bolehlah Mommy kerja dengan perasaan senang hati ya? Ha ha ha….

Alhamdulillah, setiap hari happy... 

Tu jerlah… Lima hari Kak Fa berulang ke sekolah untuk pantau dia. Pertama kali yang bukanlah merupakan pengalaman yang mengerikan tetapi sebaliknya I am enjoying the moments. Ha ha ha…Salah satu sebabnya tu sebab nak enjoy the moments anak masuk Tahun 1. Yerlah anak kita kan seorang jer wak. Ha ha ha…Takkanlah kita nak lepaskan moments ni. Terlepas yang ini, tak ada kali kedua ketiga keempat kelima keenam lagi wak. Makanya, I was telling myself, enjoy the moments while it last. Lagipun I am in the midst of creating memories dengan Yash. Nak Yash ingat sampai bila-bila moments ni macam mana Kak Fa ingat moments Kak Fa membesar dulu. Macam tulah dia ingat moments dia. Benda ni sebenarnya last long tau tak. Sehingga seseorang itu dewasa. Oh yes… Lagipun yang Kak Fa habiskan cuti tu cuti tahun lepas yang masih berbaki. Tak sentuh pun cuti tahun ni lagi. He he he….

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. waaaaa....dah besar..kita follow dia kecik lagi..how time flies :)
    https://denhanda.blogspot.com/2020/01/2020-harga-vaksin-influenza-makin-mahal.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !