Tak Sia-Sia Kak Fa Beralih Kepada CETAPHIL!

Farah Waheda Wahid
0

Satu-satunya produk yang Kak Fa berani cuba tanpa ragu-ragu... CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER! Biasa lihat di farmasi, biasa lihat dalam iklan-iklan yang berkeliaran di YouTube tetapi tak pernah terbuka hati nak mencuba CETAPHIL lagi. Bila dah selalu tengok sana-sini, lama kelamaan, akhirnya 2 bulan yang lalu Kak Fa secara rasminya telah menjadi pengguna setia CETAPHIL dan bagi Kak Fa tak sia-sia Kak Fa beralih kepada CETAPHIL! Sungguh... Dan Kak Fa rasa ini adalah satu perkara yang Kak Fa tak boleh nak simpan sendiri dan Kak Fa perlu berkongsi dengan anda supaya anda juga dapat mempunyai kulit wajah yang sihat, cantik dan berseri.

Ada 3 rangkaian produk CETAPHIL yang menjadi amalan Kak Fa iaitu:

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser


Kak Fa ingat dulu iklan yang Kak Fa tengok adalah iklan tipu semata-mata sebab nak melakukan produk, tetapi Kak Fa salah. CETAPHIL Gentle Skin Cleanser ni memang betul-betul mempunyai rasa lembut dan mesra kulit. Sepanjang Kak Fa menggunakan CETAPHIL Gentle Skin Cleanser belum pernah sekalipun lagi kulit Kak Fa mengalami masalah kerengsaan ataupun rasa terbakar sebab cleanser ni bebas sabun dan pewangi. Lepas guna CETAPHIL Gentle Skin Cleanser memang rasa sangat soothing dan lembut pada kulit. Rasa macam nilah yang Kak Fa nak bila setiap kali memakai pencuci muka. Susah nak dapat rasa macam ni tau dari produk-produk yang Kak pernah gunakan sebelum ini. Kebanyakannya meninggalkan rasa ketat di muka sebab terlalu banyak sabun dan buih ataupun seperti rasa terbakar sebab pewangi merengsakan kulit sensitif Kak Fa. Tak kurang juga yang mengakibatkan jerawat-jerawat halus timbul di muka Kak Fa dengan banyak. Sedih kan bila jadi macam ni.

Akan tetapi dengan CETAPHIL Gentle Skin Cleanser tak akan terjadi masalah-masalah seperti yang Kak Fa nyatakan Kak Fa pernah alami di atas. Kak Fa percaya jika anda menggunakan CETAPHIL Gentle Skin Cleanser pun masalah-masalah yang Kak Fa pernah alami dengan produk pencuci muka lain tu tak akan berlaku pada anda. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, CETAPHIL Gentle Skin Cleanser sangat lembut pada kulit dan diformulasikan khusus dengan keserasian semua jenis kulit. Tak kiralah sama ada kulit muka anda jenis biasa, berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan berjerawat. Proven dari pakar dermatologi ok?



Kisahnya, Kak Fa memang seorang yang jadi low self-esteem untuk keluar rumah tanpa solekan sebab Kak Fa rasa kualiti kulit muka Kak Fa sewaktu memakai solekan dan tanpa solekan adalah berbeza. Kak Fa tak rasa yang kulit muka Kak Fa akan kelihatan sihat, cantik dan berseri tanpa solekan. Memang low self-esteem sangat-sangat.

Sehinggalah selepas 2 bulan menjadi pengguna CETAPHIL Gentle Skin Cleanser, Kak Fa dapat lihat perubahan pada kulit muka Kak Fa sendiri. Kulit rasa lebih lembap dan berseri. Sejak pakai CETAPHIL Gentle Skin Cleanser lah sebenarnya kulit Kak Fa lebih pH balance dan Kak Fa berani keluar rumah tanpa solekan sebab kulit memang rasa sihat berbanding dulu. Ha ha ha...Kalau tak sebelum tu, memang sangat-sangat tak yakin. Dengan CETAPHIL Gentle Skin Cleanser jugalah Kak Fa berani nak selfie tanpa solekan tau tak? Serius ni... Bukan main-main.

CETAPHIL Moisturizing Cream


Tapi bukanlah Kak Fa tak pakai apa-apa selepas mencuci muka dengan CETAPHIL Gentle Skin Cleanser... Kak Fa top up pula dengan menggunakan CETAPHIL Moisturizing Cream. Ini best! Sebabnya CETAPHIL Moisturizing Cream ni tak berminyak pada kulit. Sapu selepas mencuci muka dan mandi - oh ya lupa nak bagi tau, CETAPHIL Moisturizing Cream ni sesuai untuk muka dan tubuh ok? Memang tak rasa berminyak dan sebenarnya ia banyak membantu Kak Fa untuk mengekalkan kelembapan kulit dan bagi Kak Fa rasa yang sangat cosy pada kulit. Rasa segar dan nyaman jer... Ia berfungsi untuk mengunci lembapan pada kulit.

CETAPHIL UVA/UVB Defense SPF 50+


Ini magis ok? Memang terbukti memberi perlindungan kepada sinaran UVA/UVB . Sinaran ultraviolet kan bahaya kepada kulit? Pendedahan kepada sinaran-sinaran ini boleh mengakibatkan kulit terbakar, kulit bertukar warna, pigmentasi, bintik hitam, kedutan dan segalanya.

Baru-baru ni Kak Fa bercuti ke Legoland Malaysia Resort...Dah bercuti macam tu tentulah terdedah kepada sinaran matahari terik dan di dalam sinaran matahari terik tu sudah tentu juga Kak Fa terdedah kepada sinaran UVA/UVB kannn? Buktinya memang nampak seolah kulit Kak Fa terbakar. Cuba tengok gambar di bawah ni?


Tapi sebelum tu sebenarnya Kak Fa dah pun sapukan CETAPHIL UVA/UVB Defense SPF50+. Magisnya CETAPHIL UVA/UVB Defense SPF50+ ni, selepas seharian beraktiviti dan kemudian balik ke hotel...Kak Fa melakukan tiga langkah penjagaan kulit bersama produk CETAPHIL yang Kak Fa dah kongsikan di dalam entri ini... Selepas tiga langkah penjagaan...Tadaaa...Kulit telah kembali kepada keadaan asal.



Kenapa Kak Fa Suka Dan Merekomendasikan CETAPHIL?


Pertama, dah tentulah Kak Fa adalah pengguna. Tapi sebagai pengguna tentu Kak Fa ada sebab kan kenapa Kak Fa merekomensasikan CETAPHIL? Ok...sebab keduanya ianya adalah produk yang dijamin selamat! Sebabnya ianya telah diuji secara klinikal dan diiktiraf oleh pakar dermatologi. Ini jenama no.1 yang dijual di klinik-klinik dan juga hospital di Malaysia ni tau. Bebas pewangi (tidak memberikan iritasi kulit), bebas sabun, sesuai untuk semua jenis kulit, "non-comedogenic - does not clog pores", pH seimbang dan lembut atau mesra pada kulit.

Anda patut mula mencuba rangkaian produk CETAPHIL yang Kak Fa kongsikan ini dan sila layari https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil/ ataupun https://shopee.com.my/cetaphil.os untuk memulakan kembara CETAPHIL yang akan menceriakan lagi hidup anda!

Untuk informasi lanjut sila layari: https://www.cetaphil.com.my/ dan
https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !