QUALITAS Menerajui Penjagaan Kesihatan Mental di Klinik Kesihatan Am

Farah Waheda Wahid
3

World Health Organization (WHO) mengatakan - kesihatan yang baik adalah termasuk kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata(1). Betullah tu...Sihat tubuh badan tidak bermaksud sihat mental. Berdasarkan sumber di SINI, dikatakan bahawa kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia dikhuatiri menghadapi masalah mental pada ketika ini. Pada tahun 2017 dilaporkan seramai 18,336 individu menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu. Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati dari jumlah itu seramai 11,811 menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk. Ramainya! Rasanya kalau dibiarkan sebegitu sahaja semakin lama statistik masalah kesihatan mental tak mustahil boleh jadi dua kali ganda atau tiga kali ganda... Malaysia memang dah betul-betul perlu pandang serius isu kesihatan mental ni seperti QUALITAS. QUALITAS? Ya, QUALITAS - penyedia rangkaian kesihatan utama tempatan dan terkemuka. QUALITAS berkongsi bahawa lebih ramai pesakit datang ke GP dengan masalah kesihatan mental, tetapi tidak semua GP bersedia untuk menguruskan isu-isu kesihatan mental.



Haaa...ni mesti ada yang rasa semacam pernah lihat jenama QUALITAS ni kan? Alaaa.... Kalau anda ke mana-mana klinik di dalam Malaysia ni, Kak Fa percaya... sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup pasti anda pernah melihat jenama QUALITAS di klinik-klinik kesihatan am yang berdekatan anda.

Berbalik kepada isu kesihatan mental di Malaysia yang sedang menuju kepada statistik yang membimbangkan, sebenarnya ianya telah menarik QUALITAS untuk bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang mungkin serta yang sedang menghadapi masalah kesihatan mental melalui inisiatif mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya melalui klinik kesihatan am di bawah pentadbiran QUALITAS.



Melalui satu sesi panel anjuran QUALITAS yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini, untuk meningkatkan kesedaran dan mempelopori perbincangan berkaitan isu kesihatan mental di tempat kerja, dengan tema Mental Health at the Workplace: The Unspoken Truth yang telah dihadiri oleh Kak Fa baru-baru ini, banyak penjelasan tentang kesihatan mental dan realiti dunia sekarang yang telah Kak Fa pelajari. Bukan Kak Fa sahaja yang menghadiri sesi panel berkenaan tetapi panel ini turut disertai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), The Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) serta Pentadbir Pihak Ketiga, badan korporat dan pelbagai pemimpin industri.

Senario yang berlaku sekarang di Malaysia adalah terdapat ramai individu-individu di luar sana yang menderita daripada masalah kemurungan dan kebimbangan yang enggan mendapatkan bantuan kerana bimbang dengan stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental - penyumbang kepada jumlah statistik mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental. Berdasarkan senario ini, pihak QUALITAS secara proaktif melalui pengamal-pengamal perubatan am untuk memainkan peranan yang sewajarnya di dalam usaha membantu masyarakat Malaysia menangani isu-isu kesihatan mental dengan sokongan pihak kerajaan.

Inisiatif ini dilihat oleh QUALITAS setelah mendapati melalui pemerhatian semasa di mana pengamal perubatan kesihatan am (GP) adalah merupakan perhubungan yang pertama bagi pesakit. Memandangkan kebanyakan klinik GP tersebar luar di kawasan kejiranan di seluruh negara, pengamal-pengamal perubatan am secara tradisinya dianggap oleh masyarakat sebagai pelopor penjagaan kesihatan.



Menurut Pn Sarah Waheeda Muhammad Hafidz, Pakar Perunding Industri dan Pekerjaan dari Leadereconomics:

Sejajar dengan trend kesihatan mental, penjagaan kesihatan am perlu berkembang dan pengamal-pengamal perubatan am perlu dilengkapi dengan pengetahuan, keyakinan dan kemampuan yang tepat untuk mengurus kesihatan mental. Dengan penglibatan pengamal-pengamal perubatan am, saya yakin para pekerja akan mengubah persepsi dan akan lebih terbuka untuk mendapatkan rawatan awal. Ini akan menambahbaik persepsi terhadap kesihatan mental di Malaysia, dan turut memberi sumbangan positif kepada masyarakat, tenaga kerja dan ekonomi negara. 


Menurut YBhg. Dato' Dr Noorul Ameen, Pengerusi dan Pengarah Urusan QUALITAS:

Kebelakangan ini, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik GP kerap mengalami migrain, insomnia dan kekurangan fokus. Segelintir pesakit yang mengalami simptom-simptom ini, mungkin sedar ataupun tidak sedar bahawa mereka menderita daripada kebimbangan dan kemurungan. Oleh kerana stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental, pesakit-pesakit ini enggan dilihat mendapat rawatan daripada pakar kesihatan mental. Pesakit-pesakit ini beralih kepada pengamal perubatan am untuk mendapat rawatan kesihatan mental – Oleh itu, kita sebagai pengamal perubatan am perlu diperkasakan, mempertingkatkan kemahiran dan bersedia untuk memenuhi keperluan ini.

Kini, peranan penjagaan kesihatan am perlu beralih daripada hanya menyokong keperluan kesihatan fizikal kepada pelopor kesihatan mental. Oleh yang demikian, pengamal perubatan kesihatan am perlu diperkasakan dengan mempertingkatkan pengetahuan, keyakinan dan keupayaan sebagai pelopor dalam rawatan dan sokongan kesihatan mental.

Sesi panel ini dianjurkan oleh QUALITAS sebagai sebahagian komitmen berterusannya dalam penyediaan penjagaan bersepadu kesihatan am. Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri penjagaan kesihatan am, QUALITAS mengendalikan sebuah rangkaian serantau klinik GP dengan lebih 200 rangkaian klinik di Malaysia dan juga di Singapura dan Australia. QUALITAS kini dalam usaha mengembangkan rangkaian kliniknya dengan memperluaskan pasaran sedia ada dan pasaran baru di rantau ini.


Qualitas Medical Group

Qualitas Medical Group ("Qualitas") ditubuhkan pada tahun 1997 di Malaysia. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri penjagaan kesihatan, Qualitas menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama termasuk GP (perubatan umum), pergigian dan perkhidmatan pengimejan perubatan yang kos efektif dan berkualiti kepada komuniti.

Qualitas kini mengendalikan rangkaian klinik GP global, pusat penjagaan ambulatori, serta pusat perubatan, klinik pergigian, dan pusat diagnostik yang disokong oleh lebih daripada 1,700 doktor perubatan, doktor gigi dan kakitangan sokongan, melalui rangkaian lebih 250 klinik perubatan, klinik pergigian (termasuk makmal pergigian) dan pusat pengimejan perubatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Qualitas Medical Group, sila layari www.qualitas.com.my

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !