Ini Adalah Jumlah Perbelanjaan Persiapan Ke Tahun 1!

Farah Waheda Wahid
3

Tamat sudah zaman preschool untuk Iman Firash. Tiba masa untuk zaman sekolah rendah pula. Cepat betul masa berlalu! Rasa macam baru semalam jer lahir… Ha ha ha…Ayat cliche mak-mak kan? Macam tulah kehidupan. Sekarang ni masa memang beredar dengan sangat pantas. Pejam celik pejam celik masuk tadika, pejam celik pejam celik masuk sekolah rendah, pejam celik pejam celik masuk sekolah menengah, pejam celik pejam celik masuk universiti ataupun kolej vokasional, pejam celik pejam celik dah bekerja, lepas tu kahwin, lepas tu kita pun dapat cucu. Tak lama pun putaran masa sekarang. Itu mengingatkan kita yang usia kita juga bertambah dengan cepatnya. Semoga kita semua sama-sama dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan tubuh badan untuk melihat anak masing-masing berjaya di dalam kehidupan masing-masing. In Shaa Allah… Amin amin ya rabbal alamin… Sekarang cerita tentang persiapan untuk ke Tahun 1… Sajalah nak kongsi pengalaman sendiri, kot-kot bolehlah jadi penanda aras untuk mak ayah buat budgeting untuk anak-anak yang bakal masuk ke Tahun 1 pada tahun 2021 nanti kan? Ilmu pengetahuan am… Sekadar panduan untuk first timer parents… Ini adalah jumlah perbelanjaan persiapan ke Tahun 1! Tinggal sediakan duit jer ok?

Jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan persiapan ke tadika – memang jauh bezalah. Mana nak sama. Secara realiti semua orang tahu yang jumlah perbelanjaan persiapan ke tadika adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah perbelanjaan persiapan ke sekolah rendah atau sekolah menengah. Al-maklumlah…tadika sekarang kan are all about commercial and business. Walaupun tak semua ya? Mostly lah mostly.

Cara Kak Fa berbelanja untuk persiapan ke Tahun 1 Yash adalah berperingkat-peringkat. Mula-mula Kak Fa mulakan dulu dengan kelengkapan pakaian seragam sekolah dan juga kasut sekolah pada hujung bulan November 2019.  Apa yang Kak Fa buat adalah, Kak Fa survey dulu kualiti kelengkapan pakaian seragam sekolah dan juga kasut sekolah. Bukan berlagak atau acah-acah have-have ok? Kak Fa memang akan go for quality first dan kemudian harga. Bagi Kak Fa, biar alah membeli tetapi menang memakai. Kak Fa nak, kalau boleh biar tahan lasak dan anak boleh pakai sampai ke hujung tahun. Kalau boleh bawa sehingga ke tahun depan pun lagi bagus. Ha ha ha…. Ini pemikiran dan pendapat Kak Fa, di mana mungkin berbeza dengan sesetengah ibu bapa yang lain. Sebab ada juga di antara ibu bapa yang berpendapat, beli mahal-mahal pun nanti hancur juga baju. Kak Fa husnuzon jer yang Yash memang cermat pakai baju. In Shaa Allah, tak rugi Kak Fa spent sedikit. Kalau dari observation sepanjang Yash di Genius Aulad – sepanjang 3 tahun kalau tak disebabkan perubahan saiz, rasanya Yash takkan tukar pakaian seragam pada tahun terakhir di Genius Aulad.  Pakaian seragam dari usia Yash 3 tahun lebih tu masih elok seperti baru lagi. Harap-harap sehingga ke sekolah rendah ni Yash masih kekal dengan imej cermat bila memakai bajulah. In Shaa Allah.




Inilah dia perbelanjaan yang terlibat untuk fasa pertama persediaan ke Tahun 1 untuk Yash. Kak Fa memilih jenama Canggih Premium untuk pakaian seragam Yash dan juga jenama BATA First untuk kasut sekolah Firash. Disebabkan mak dia ni adalah “banyak sangat masa” dan terlebih “rajin” – Kak Fa memilih kasut sekolah bukan dari jenis canvas tetapi PU yang seakan-akan leather yang mudah dilap jika kotor. Kak Fa sediakan 4 pasang pakaian seragam dan 2 pasang kasut sekolah. Ini untuk kemudahan bersama…so in rainy days bila mak dia tak sempat nak merendam dan membasuh pakaian seragam tu ataupun kasut koyak ke? Terendam lopak air ketika hujan ke… Sekurang-kurangnya memang dah ada gantian yang menanti. So taklah semak kepala Kak Fa nanti.





Fasa kedua perbelanjaan adalah buku sekolah serta jahitan lencana sekolah. Sepertimana yang tersenarai di dalam senarai buku sekolah yang disediakan oleh pihak sekolah, Kak Fa sediakan tetapi Kak Fa screen through dulu. Yang tak perlu Kak Fa tak beli. Kak Fa cuma beli yang penting dan digunakan sahaja. Tu pun sebab jiran sebelah rumah Kak Fa anak dia sekelas dengan Firash dan dia pun dah ada pengalaman sebelum ni di mana anak sulung dia dah pernah bersekolah di sekolah yang sama. Itu yang Kak Fa tau yang mana perlu beli dan tidak. Bab jahitan lencana sekolah, terus-terang Kak Fa cakap, Kak Fa tak berseni lah sangat nak menjahit kan? Lagipun mesin jahit dekat rumah dah lama arwah dah. Makanya nak senang dan cepat kerja Kak Fa hantar pada tailor jer. Senang cerita. Selesai bab.



Fasa ketiga perbelanjaan adalah bayaran yuran dan segala bagai keperluan sekolah kepada guru kelas. Tu jer tiga fasa perbelanjaan yang terlibat untuk persediaan persiapan ke Tahun 1 untuk Yash. Alhamdulillah… Selesai segalanya. Makanya, jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk persediaan persiapan ke Tahun 1 adalah RM 658.59.


Sikit lebih kurang macam tulah anggarannya. Mungkin ibu bapa lain ada yang lebih lagi dan ada yang kurang lagi. Bergantung kepada kadar harga semasa kan? But at least, Kak Fa harap dengan sharing ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa lain yang bakal mempunyai anak bersekolah di tahun 2021 dan seterusnya mendapat the picture and jeez of it. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Anak kak darjah 3 dan kembar. Hehe. Memang kena menabung awal lah kami 😁

    ReplyDelete
  2. memang banyak belanja untuk persekolahan anak sekarang..

    ReplyDelete
  3. Besar perbelanjaan persekolahan anak2 sekarang.
    Tapi kenapa ada bayaran keceriaan dan penyelenggaraan sekolah.
    Itukan ada peruntukan daripada KPM

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !