GLOMAC 121 RESIDENCES - Projek Mengintai Kediaman Gaya Kini Yang Memenuhi Kehendak Dan Citarasa Kak Fa!

Farah Waheda Wahid
1

Bukan ramai pun isi rumah...paling maksimum pun empat orang sahaja. Ada masa bertiga jer. Sejak-sejak arwah Papa dah tak ada ... rumah dua tingkat yang didiami terasa kosong. Sesekali tu datang rasa sunyi, sampaikan terlintas idea - mungkin ada baiknya beralih angin ke rumah yang baru dan lebih sesuai untuk ahli keluarga yang kecil. Taklah Kak Fa kata Kak Fa nak pindah ke rumah baru tetapi masih di peringkat pertimbangan. Belum ada kata putus lagi. Apa yang bermain-main di minda Kak Fa ni membawa Kak Fa kepada GLOMAC 121 RESIDENCES - projek mengintai kediaman gaya kini yang memenuhi kehendak dan citarasa Kak Fa. Boleh tahan uolsss!


Projek intai mengintai ni berlaku pada hari Sabtu lepas secara tak dirancang dan secara tak sengaja... Tak sangka pula terbuka pintu hati ni ha nak melangkah masuk ke galeri jualan Glomac. Ingatkan lepas tinggalkan Glomac pada tahun 2006 - Kak Fa dah tak masuk lagi dah ke galeri jualan Glomac... Rupanya masih berjodoh lagi Kak Fa dengan Glomac ya? Ha ha ha.... Dulu galeri jualan Glomac tu lah tempat Kak Fa setiap hari sewaktu bergelar Sales & Marketing Executive di Glomac. Ok, cukup! Kenangan. Bukan nak cerita tentang kerja Kak Fa dulu di Glomac, tapi nak cerita tentang GLOMAC 121 RESIDENCES.

GLOMAC 121 RESIDENCES


Yang sukakan suasana kediaman moden serta dikelilingi dengan kepelbagaian fasiliti dan juga "amenities" - boleh sangatlah masukkan GLOMAC 121 RESIDENCES ni di dalam senarai pertimbangan pemilikan rumah. Sebabnya GLOMAC 121 RESIDENCES ini adalah berkonsepkan SOHO Serviced Apartment (33 tingkat dengan 834 unit rumah).





Pssttt...sebenarnya tengah nak pilih ni... Sama ada Kak Fa nak Unit Jenis A - 2 bilik 1 bilik air (450 kaki persegi) ataupun Unit Jenis B - 3 bilik 2 bilik air (750 kaki persegi). Tapi berkemungkinan besar Unit Jenis B - 3 bilik 2 bilik air lah kot kan? Senang sikit. Untuk Unit Jenis A - 2 bilik 1 bilik air, harga jualan bermula dari RM 318,000. Manakala, bagi unit 3 bilik 2 bilik air, harga jualan adalah bermula dari RM522,000.


Rumah jenis macam ni mesti ada Yuran Penyelenggaraan kan? Mestilah... Kak Fa dah tanya dah... Yuran Penyelenggaraan adalah pada kadar RM0.38 sekaki persegi.

Freehold? Leasehold? Ianya Leasehold. Apakah perbezaan di antara freehold dan juga leasehold? Boleh baca entri lama Kak Fa yang bertajuk 1st Time Buyer? Freehold? Leasehold? untuk pencerahan lebih lanjut.


Lokasi dekat mana ni Kak Fa? Ok...Sebenarnya lokasi GLOMAC 121 RESIDENCES ni adalah bertempat di kawasan Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. Betul-betul di tengah-tengah antara Petaling Jaya dan juga Damansara. Menariknya GLOMAC 121 RESIDENCES pada Kak Fa adalah di mana ianya di dalam kedudukan yang sangat strategik. Nak ke LRT 3? Jalan kaki jer dah sampai. Terdapat banyak insitusi pendidikan dan perubatan yang berdekatan. Yang paling best? Ha ha ha... Dekat dengan pusat membeli-belah seperti 1 Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan The Curve.



Hurm tengah membayangkan, kalaulah jadi Kak Fa ambil keputusan untuk menetap di GLOMAC 121 RESIDENCES ni satu hari nanti iaitu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024. Mesti Kak Fa rasa senang jer hidup Kak Fa ni nak turun pusat membeli-belah. Al-maklumlah sekarang ni nak turun pusat membeli-belah sebulan sekali pun belum tentu sebab tak sempat dan jauh dari rumah. Ha ha ha...Kalau dah duduk keliling pusat membeli-belah... Mungkin lebih keraplah kot? Kan? Kan? Kan?

Konsep COMFORT-CONNECT-COMMUNITY


Nak beli rumah ni bukan boleh main tabur jer beli macam tu ya tak? Kenalah turun rumah contoh untuk lihat keluasan serta susun atur ruang terlebih dahulu. Sebab tulah Kak Fa merajinkan diri sendiri secara tak sengaja Sabtu lepas. Ha ha ha... Nak tengok dan rasa sendiri dulu "ambience" tu bagaimana.



COMFORT melambangkan keselesaan binaan ruang dalaman yang ditawarkan oleh GLOMAC 121 RESIDENCES. 


CONNECT merujuk kepada kemudahan pergerakkan ke luar sebagai contoh ke bandar. 





COMMUNITY merujuk kepada perkongsian ruang serta fasiliti yang bakal meningkatkan kualiti interaksi serta hubungan sosial sesama penduduk GLOMAC 121 RESIDENCES. Dalam erti kata lain hubungan kemasyarakatan yang lebih berkualiti.

Seronok-seronok juga house hunting ni tapi pakej jualan kena ambil tahu juga sebelum ambil keputusan nak membeli ya tak? Ni keputusan besar ni...Mesti nak sesuatu pemudahcara untuk proses pembelian dan mesti nak kena tahu kos apa yang perlu dikeluarkan di dalam proses pembelian. Sempat tanya juga Sabtu lepas yang mana untuk proses pembelian GLOMAC 121 RESIDENCES, pakej jualan yang ditawarkan adalah pakej Home Ownership Campaign (HOC) 2019 di mana setiap pembeli akan diberikan secara PERCUMA Memorandum of Transfer (MOT) dan Duti Setem Pembiayaan. Pembeli juga akan diberikan SPA Legal Fee & Disbursement secara PERCUMA. Nak booking ini rumah... Kena keluarkan RM 5,000 sahaja. Tak lebih tak kurang.

PLAZA KELANA JAYA


Ada pilihan lagi. Pilihan individu kan? Kita mana nak tau. Betul tak? Ada orang tak kisah pun sama ada Leasehold atau Freehold. Tapi ada orang kisah. Yang memang nak Freehold tu...Boleh pertimbangkan PLAZA KELANA JAYA sebagai senarai pilihan anda. Terletak di SS7, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebuah serviced apartment dan kedai pejabat dengan 2 menara, 31 tingkat dan 696 unit. 1 + 1 bilik, 1 bilik air pada keluasan 450 kaki persegi yang berharga dari RM380,000 ataupun 3 bilik, 2 bilik air pada keluasan 750 kaki persegi yang berharga dari RM 580,000.

Yuran Penyelenggaraan adalah pada kadar RM 0.38 sekaki persegi dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. Sama juga, pakej jualan untuk rumah ini adalah Home Ownership Campaign (HOC) 2019 (PERCUMA MOT dan Duti Setem Pembiayaan) beserta PERCUMA SPA Legal Fees & Disbursment.

Booking cuma RM1,000 sahaja bagi unit bumiputera dan RM5,000 untuk unit bukan bumiputera.

TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA


Bukan sebab Kak Fa pernah jadi kakitangan GLOMAC, Kak Fa nak keluarkan statement ni. Cumanya, bagi Kak Fa, GLOMAC ni adalah pemaju yang berkualiti. Kalau tak berkualiti, masakan dah 30 tahun dah GLOMAC bertapak di Malaysia sebagai pemaju kan? Ya dah 30 tahun! Selamat Ulangtahun ke-30 GLOMAC! Heee...

Bila sampai sambutan ulangtahun ke-30 mesti ada sesuatu yang istimewa kan? Takkanlah tak ada ya tak? Ada... Take note tau apa Kak Fa nak kongsi ni:


Bertarikh 8 Disember 2019 (Ahad) bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Ruang Legar Utama (Main Concourse), Glo Damansara.

ALWAYS BE THE FIRST!

Jadilah di kalangan individu pertama yang memiliki GLOMAC 121 RESIDENCES. Menara B adalah pelancaran yang terkini.

CANNOT LOSE!

Peluang terakhir untuk menikmati faedah HOC2019.

GIVE ME MORE!

Jangan ketinggalan untuk menikmati Diskaun Istimewa, Cashback dan Giveaway bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 GLOMAC.

KOLABORASI BERSAMA BOOST E-WALLET

RM50 cashback segera dengan urusan tempahan (booking) menggunakan BOOST e-wallet.

SPEAKER JEMPUTAN

Speaker jemputan yang bakal memberikan input menarik dan bermanfaat iaitu Khalil Adis yang merupakan seorang konsultan antarabangsa hartanah pada jam 12 tengah hari. dan Jason Lu, Head of Strategy - The Makeover Guys pada jam 3.00 petang.

LIGHT REFRESHMENTS

Bubble Tea dan aiskrim PERCUMA. Acara dan aktiviti permainan dengan tawaran hadiah-hadiah yang banyak untuk dimenangi.

Pendaftaran acara TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA boleh dilakukan di pautan https://bit.ly/33ymw7N.

Untuk Maklumat Lanjut sila layari pautan yang tertera di bawah berikut:



Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !