![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari dumber dari Google dan followmetoeatlah |
Nak makan makanan lazat? Menu Malaysia harus ada dalam senarai! Ini wajib! Sebab apa? Sebab Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan makanan lazat-lazat yang pasti memukau selera dan memenuhi kehendak tekak hampir setiap individu. Yang diet pun boleh terbabas kalau dah terjebak dengan makanan Malaysia ok? Ha ha ha... Silap-silap haribulan boleh ke laut diet tu ha... Seriuslah? Memang seriuslah ni... Dan ini ada 5 most delicious Malaysian foods you have to try must! Tidak boleh tidak... Confirm memang anda akan berterima kasih kepada Kak Fa untuk cadangan Kak Fa ni. He he he.
#1: Banana Leaf - Nasi Daun Pisang
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Kebiasaannya bila makan makanan yang panas-panas ni - selera memang akan segera terbuka. Konsepnya... makanan panas yang segar. Baru digoreng dan terus dihidangkan. Manalah tak makan sampai tersandar. Memang betul-betul hebat masakan yang berasal dari India Selatan ni ok?
Bila sebut banana leaf - nasi daun pasang Kak Fa memang akan teringat kelazatan kepelbagaian jenis sayur-sayuran, kari daging, kari ikan, jeruk, masakan kambing kering... Perghhh... tiba-tiba terliur ni. Syarat nak menikmati Banana Leaf - Nasi Daun Pisang secara maksima? Mesti kena makan guna tangan! Barulah feel ok?
#2: Nasi Lemak
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Tanyalah dekat ceruk mana pun dalam Malaysia ni... Kalau tak kenal Nasi Lemak tu... hu hu hu... jangan mengaku rakyat Malaysia aihhh... Nasi Lemak ni lah yang boleh dikatakan sebagai makanan identiti Malaysia ok? Sehinggakan rangkaian restoran makanan segera terkenal di serata dunia iaitu McDonald's pun dah menjadikan Nasi Lemak sebagai salah satu menu tetap di dalam menu yang ditawarkan kepada para pelanggan di Malaysia. Hebat tak hebat Nasi Lemak? Hebatkan?
Nasi Lemak ni kalau sambal dah power... Makan dengan sambal jer pun boleh jadi. Uniknya Nasi Lemak adalah ianya boleh dipadankan dengan pelbagai jenis lauk. Sambal sotong, rendang ayam, rendang daging, sambal paru, telur mata, sayur kangkung... Makanan paling senang nak dapat dalam Malaysia dan makanan yang dimakan oleh semua orang di Malaysia. Tak kira siang, tak kira malam. Nasi Lemak ni versatile boleh dimakan pada bila-bila masa jer.
#3: Satay
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Sambil menaip sambil teringin...Ha ha ha...Tiber... Terasa nak makan satay pula. Tapi satay ni memang awesome. Paling Kak Fa suka adalah satay ayam. Terbayang macam mana juicy-nya daging yang telah diperap dan kemudian dibakar tu kemudian dicelup dengan kuah kacang istimewa yang sangat-sangat sedap. Kalau dapat satay yang gemuk-gemuk tu lagilah... Adoiii...Kecur air liur ni oiii.... Ok...sangat confirm balik kerja ni Kak Fa pergi beli satay untuk makan malam ni. Sebab sambil menaip ni, dia punya teringin sampai tak boleh nak bawak bincang!
#4: Cendol
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Thirst quenching ever dessert dalam Malaysia ni! Dia punya nikmat kalau dapat minum cendol di bawah pokok bila cuaca panas terik melenting... Perghhh...Memang tak boleh bawa bincang ok? Ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan juga cendol durian. Paling mendapat tempat di hati Kak Fa adalah cendol jagung dan juga cendol durian. Memang nikmat... Tambah nikmat kalau cendol tu disajikan dengan santan kelapa sawit. Memang sedap. Tak percaya cubalah! Cendol santan kelapa sawit bagi Kak Fa lebih sedap dari cendol biasa.
#5: Laksa Penang
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google & friedchillies.com |
Orang kata penantian tu satu penyiksaan... Nilah yang Kak Fa hadapi sewaktu selepas bersalin sebabnya... selepas bersalin Kak Fa pantang laksa selama 100 hari... Hu hu hu... Dahlah favourite ni! Laksa Penang yang kuahnya adalah dari ikan yang direbus dan dihancurkan (macam-macam jenis ikan kuah laksa ni...ada dari ikan kembung, ada dari ikan sardin, terpulang kepada preference masing-masing kan?).... digandingkan dengan mee laksa yang dihasilkan dari beras... Alahaiii memang sedap walaupun penyediaannya memakan masa sedikit. Salah satu dari makanan popular di Malaysia juga!
Dulu mungkinlah leceh nak kena travel ke sana ke mari mencari 5 most delicious Malaysian foods ni ha... Tapi sekarang tak lagi, dengan kemajuan digital dan juga inovasi semasa yang pesat berkembang... online food delivery kan ada? He he he... Teringin jer apa susah? Delivery Malaysia ni kan dah ada FoodPanda Malaysia Delivery yang boleh order macam-macam jenis makanan yang tiba-tiba muncul dalam kotak pemikiran sesiapa saja? Pilih jer menu apa yang nak!
Kak Fa sendiri pun memang banyak menggunakan perkhidmatan online food delivery... Tak kira di pejabat dan tak kira di rumah. Pejabat tu kalau tak berkesempatan nak keluar lunch disebabkan kerja yang bertimbun-timbun. Rumah tu kalau dah tak larat nak bersilat dekat dapur bila dah terlalu penat dengan rutin serta urusan seharian. So...Kalau ada yang teringin lepas baca entri Kak Fa yang ini, jangan serabut-serabut... Ha ha ha... Gunakan saja perkhidmatan online food delivery ya?
sedapnya
ReplyDeletedaripada cendol, saya prefer sagu gula melaka 😋 haha but this is a great list!
ReplyDeletejemput singgah: http://willyou-readthis.blogspot.com