Siap Sedialah Untuk KEJUTAN BUDAYA Setelah Melangkah Ke Tahun 1!

Farah Waheda Wahid
0

“Dia ingat Sekolah Rendah tu seindah moments di Genius Aulad agaknya…” sembang Teacher Dyla dengan Mommy dia. Ha ha ha… Siap sedialah untuk KEJUTAN BUDAYA setelah melangkah ke Tahun 1! Pesanan khidmat masyarakat dari dalam hati Kak Fa untuk Firash… Tak adalah niat Kak Fa nak kata Sekolah Rendah itu bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan… Mana ada sekolah jadi pengalaman yang tidak menyeronokkan? Setiap orang yang pernah bersekolah dan telah meninggalkan alam persekolahan itu pasti masih teringat moments sewaktu bersekolah dulu kan? Tidak kira suka duka, pahit manis… Setiap orang akan rasa moments ketika alam persekolahan itu menyeronokkan. Kak Fa sendiri sampai sekarang terkenang-kenang jer alam persekolahan. Kalaulah boleh diputarkan kembali masa… Nak jer Kak Fa kembali ke alam persekolahan dan menikmati moments alam persekolahan sekali lagi plus repair balik mana-mana loophole yang Kak Fa tak sempat nak buat yang terbaik. Ha ha ha…tapi itu semua mustahil.

Kenapa Kak Fa nyatakan siap sedialah untuk KEJUTAN BUDAYA setelah melangkah ke Tahun 1? Adalah sebabnya… hanya kita-kita yang bergelar ibu bapa dan cikgu tadika yang pernah mendidik anak-anak kita yang kenal serta tahu ragam anak kita bagaimana kan? Kak Fa pernah kongsikan entri Perkara Paling Kak Fa Cuak Bila Firash Nak Masuk Darjah 1! sebelum ini…. Itu satu bab… Yang ni pun ya satu bab juga. Sebabnya…

Tiada Lagi Penghawa Dingin Di Dalam Kelas

Ya ampunnn… Ni mesti kes manjakan anak dengan penghawa dingin ni. Mesti anak senantiasa duduk dalam cuaca sejuk atau dipasang penghawa dingin. Haaa tulah… ajar lagi anak macam tu. Kannn? Itu kata-kata negatif… Tapi hakikatnya dari sudut yang lain…Meh sini Kak Fa cerita sikit… Sedari usia Firash 3 tahun lebih sehinggalah nak masuk ke 6 tahun dan pernah bersekolah seketika di Little Caliphs kemudian berpindah secara tetap ke Genius Aulad. Selama bertahun-tahun ni, kedua-dua sekolah yang pernah Firash pergi kedua-duanya berpenghawa dingin. So faham tak? Firash tak pernah pergi ke Sekolah Rendah lagi…Ini pertama kali dia nak jejakkan kaki ke Sekolah Rendah… Kak Fa expect for the worst kaedahnya… Sebab Kak Fa kenal perangai Firash macam mana… Expectation dia mungkin Sekolah Rendah tu berpenghawa dingin. Ha ha ha… Memanglah tugas Kak Fa boleh terangkan pada dia yang Sekolah Rendah tu tak ada penghawa dingin…In fact hari-hari pun sekarang ni Kak Fa sedang meracun dia…Yash…Primary School no aircond ok? Ya… sambil angguk-angguk kepala dia jawab.

Misinya nak sematkan di hati dia, jangan expect Sekolah Rendah tu ada penghawa dingin. Nak dia faham yang Sekolah Rendah tu tak ada Penghawa Dingin. Sekian terima kasih. Ha ha ha…Harapnya tertanam kemaslah di dalam lubuk jiwa raga dia tu. Risau juga sebenarnya sebab Firash sekolah petang kan? Jangan jadi macam kejadian pergi kenduri jiran depan rumah hari tu dahlah… Duduk bawah kanopi berkipas…Dengan selamba dia boleh complaint… Saya panaslah! Hu hu hu…. Itu jer Kak Fa risau. Ha ha ha… Kids says the darndest thing kan? Nasib baik tuan rumah tak dengar oiiii…. Kalau tak jenuh juga nak sorok muka kat mana nih…Ha ha ha…tak adalah gurau-gurau jer…Terima jerlah dah tu anak kita kan? Senyum tersipu-sipu sudahlah. Ha ha ha…

Mommy dah racun…Selebihnya tugas Firash lah pandai-pandai nak sesuaikan diri. Belajar-belajarlah sesuaikan diri di Sekolah Rendah ya Iman Firash…

Tiada Lagi Guru Yang Menyambut Ketika Datang Ke Sekolah

Real school is about survival. Tu diaaa…. Pandai-pandailah nak jadi survivor kat sekolah tu. This is where your dependency to something is being tested. Dulu masa di Genius Aulad … Kereta berhenti jer depan sekolah…kelam-kabut teacher sambut dari kereta dengan senyuman dan sapaan lembut dan dipimpin tangan sehingga ke anak tangga untuk naik ke kelas. Tak lama lagi bila dah jejak ke Sekolah Rendah…Turun kereta depan pagar sekolah tu, pandai-pandailah bawa diri untuk menuju ke arah jalan yang betul ke kelas sendiri ya wahai anak. Ini yang menjadi asbab kena cuti bila anak baru masuk sekolah ni. Ha ha ha… Kena pastikan dia berjalan ke arah jalan yang benar… Ada jugalah terfikir…agak-agaknya anak aku ni sesat tak nak pergi kelas nanti. Tapi on another spot…Alaaa Fa…Chill-lah…Budak-budak ni sebenarnya tau jer nak survive bila terpaksa bergantung pada diri sendiri. Macam masa kau kecik-kecik dulu…. Kita risau takut dia tersesat jalan menuju ke kelas atau mana-mana kompaun sekolah… Tapi sebenarnya dia tau jer… Budak-budak kan senang ingat? Sedangkan jalan nak menuju ke KFC, McDonald’s, AEON, Giant, IPC Mall pun dia boleh ingat….Inikan lagi pula setakat nak menuju ke kelas. He he he….

Tiada Lagi Sekolah Setengah Hari

Dulu sebenarnya pasang niat bila dah setengah tahun berada di kelas 6 tahun…Fa nak letakkan dia sekolah full day di Genius Aulad…Ha ha ha…Niat jer lebih… Bila kira-kira bajet poket sendiri dan bila fikir-fikir balik terus terlupa niat tu. Acah-acah konon-konon nak biasakan dengan sekolah full day. Ha ha ha…. Terus-terang bukan tak boleh…Boleh jer… Tapi agak berat sikit lah bagi poket Fa nak spend 400 plus ke 500 plus macam tu untuk full day. Susu formula Yash pun dah almost cecah 600 per month. Perghhh…Nak tambah lagi dengan expenses full day class? Bukan kedekut atau berkira. Ni kira Fa ukur baju di badan sendiri lah ni. Beri yang terbaik untuk anak ikut kemampuan. Ha macam tulah kira-kiranya prinsip Fa. Siapa tak nak yang terbaik kan untuk anak-anak? Semua mak ayah nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi ikut saduran yang bersesuaianlah. Bila tak jadi tu…. Bila nak masuk Sekolah Rendah ni…Again…Fa kena educate Yash lah… Sekolah Rendah ni sekolah petang…Full day. Yash kena ada dekat school lama sampai petang. Mommy doa banyak-banyak jangan dia buat hal kata nak balik masa dekat sekolah sudah. Ha ha ha… Harapnya tidaklah… Mommy doakan yang terbaik.

Bab rehat –beli makanan tu buat masa ni Fa tak risau sangat sebab sedari Genius Aulad… Firash memang tak akan makan makanan lain selain daripada apa yang Mommy bekalkan. Pengetua dia pernah kata… You tengok betapa obedient nya anak you? Dia sangat obedient…Dia takkan makan makanan sekolah, dia cuma akan makan apa sahaja yang you bekalkan. Bila ajak dia tak nak. Dia kata saya nak makan cookies dengan bread yang Mommy bagi saja. Ha ha ha… Kau ghase? Sebab Firash memang picky eater. Tapi tak taulah kalau dia tengok kawan-kawan nanti dia pun teringin nak makan kan? We will never know. Still too early to anticipate. However, Fa tetap ajar Firash juga dari seawal tahun macam mana nak beli dan bayar barangan yang dibeli.

Kira-kira tak adalah a big hoo haa sangat tentang KEJUTAN BUDAYA setelah melangkah ke Tahun 1. Ramai jer budak-budak lain yang ok jer…. Tapi ini apa yang Fa anticipate tentang Firash. Jika dia tak terkena KEJUTAN BUDAYA tu kira ok dan baguslah kan? Jika ya… Tak adalah apa sangat juga pun… Time will heal kata omputih. Ha ha ha…Lama-lama nanti dia belajarlah sesuaikan diri secara perlahan-lahan. Mula-mula tu mungkin ada rasa pelik atau hairan atau dia rasa susah nak adapt. Tapi In Shaa Allah…. masa akan membantu segalanya. Nak mula sesuatu yang baru tu memang macam-macam fikir dan memang macam-macam kerenah…. Tapi once dah mula biasa…In Shaa Allah, everything will be ok. Kalau tak mula sekarang akan datang pun tetap akan rasa dan melalui pengalaman tu juga kan? Betul tak? All the best Yash dalam menempuh alam persekolahan yang sebenar. He he he… Mommy doakan yang baik-baik sahaja untuk anak manja Mommy ni ha…. In Shaa Allah.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !