Lama dah... Tahun 2015
Kak Fa pernah memuatnaik satu entri yang bertajuk KecacinganDi Kalangan Anak-Anak. That was like 4 years ago punya entri?
Lama kannn... Cuma kali ni Kak Fa terima pertanyaan dari pembaca
Bubblynotes.Com bertanyakan perlukah ubat cacing untuk anak? Anda rasa? Perlu
ke tak perlu? Jawapan Kak Fa - perlulah oiiii....Cacing gelang, cacing cangkuk,
cacing kerawit, cacing benang dan cacing pita adalah beberapa jenis cacing yang
boleh hidup di dalam badan manusia. Cacing-cacing berkenaan mampu hidup di
dalam usus, darah serta organ manusia sehingga bertahun-tahun dengan
mendapatkan makanan melalui zat-zat yang terdapat di dalam usus ketika proses
penghadaman. Tau tak? Yang jangkitan cacing tu lebih mudah dialami oleh
kanak-kanak terutamanya jika ibu bapa tidak mengambil cakna tentang kebersihan
anak-anak?
Jangkitan cacing atau parasit itu boleh menjangkiti kanak-kanak sama ada melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Simptom Jangkitan Cacing
- Malnutrisi
- Anemia (Keletihan)
- Pertumbuhan Fizikal dan Mental yang Sukar
- Cirit-Birit
- Sakit perut
- Muntah
Menurut
Perunding Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun,
kecacingan pada kanak-kanak mengundang kepada pelbagai masalah antaranya:
·
Hilang selera makan.
·
Keletihan.
·
Kembung.
·
Alahan.
·
Demam berpanjangan.
·
Masalah pernafasan.
Jelas Dr. Nor Mahani,
antara tanda-tanda kanak-kanak kecacingan adalah seperti demam, sakit kepala,
kurang selera makan serta terdapat cacing pada najis mereka. Katanya, jika
jangkitan itu tidak dirawat dengan kadar segera, dibimbangkan ianya akan
membawa kepada masalah lain seperti anemia, kerosakan usus serta otak.
PEMBERIAN
UBAT CACING PERLU DIBERI KEPADA KANAK-KANAK SAMA ADA MEREKA SIHAT ATAU TIDAK
BAGI MENCEGAH KECACINGAN DI PERINGKAT AWAL. IBU BAPA HARUS MEMASTIKAN
PENGAMBILAN UBAT INI 6 BULAN SEKALI AGAR CACING TIDAK MENGGANGGU PROSES
TUMBESARAN KANAK-KANAK.
Cadangan Pemberian Ubat Cacing
- Beri ubat cacing pada umur setahun setengah.
- Beri 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200mg untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, manakala 400mg untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.
Simptom-Simptom Kecacingan
- Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
- Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
- Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
- Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
- Muntah-muntah
- Keletihan.
Sebab tu...sebab tu Kak
Fa tak pernah lupa untuk memberikan Firash ubat cacing (deworming) bila tiba
waktu 6 bulan sekali. Kebiasaannya Kak Fa akan memberikan Firash ubat cacing
(deworming) berjenama Zentel. Untuk makluman anda, ubat cacing Zentel adalah
merupakan ubat cacing yang berada di bawah kategori ubat cacing Albendazole di
mana ubat cacing ini adalah ubat cacing yang tidak diserap di dalam badan, jadi
ia tinggal di dalam usus besar dan kecil. Ia menghalang kemasukkan glukosa yang
diperlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak
aktif dan mati kemudiannya.
Sewaktu Firash
kecil-kecil dahulu, Kak berikan ubat cacing Zentel di dalam bentuk cecair dan
sekarang bila dah besar ni, dah nak masuk Darjah 1 dah pun next year... Kak Fa
mula mencuba untuk memberikan Firash ubat cacing Zentel jenis tablet.
MAL19046014XCR
Ubat cacing tablet
Zentel adalah untuk menyembuhkan serangan cacing atau di dalam perkataan lain
deworming. Dengan 1 dos sahaja ia dapat membunuh kesemua enam (6) jenis cacing
seperti cacing kerawit, cacing cangkuk, cacing pita, cacing benang, cacing
gelang dan sebagainya. Boleh dikunyah ataupun boleh dihancurkan serta
dicampurkan di dalam makanan. Ubat cacing tablet Zentel tidak memerlukan
sebarang prosedur khas seperti berpuasa atau membuang air besar. Dos yang
disarankan untuk ubat cacing tablet Zentel adalah seperti yang tertera di bawah
berikut:
- Dewasa dan kanak-kanak di atas 24 bulan: 2 tablet (400mg) dalam dos tunggal.
- Kanak-kanak di antara 12 - 24 bulan: 1/2 dari dos dewasa.
Untuk threadworm dan cacing pita:
- ·Kanak-kanak berumur 24 bulan ke atas: 2 tablet (400mg) dalam dos tunggal sekali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
(Jika terlepas satu dos untuk ubat ini, ambilnya secepat mungkin. Walau
bagaimanapun, jika hampIr masa untuk dos seterusnya, langkau dos yang terlepas
dan kembali kepada jadual dos yang biasa. Jangan ambil dos yang berganda)
Pengambilan adalah
tidak melebihi dos harian dan rawatan. Ianya juga tidak boleh digunakan ketika
seseorang individu hamil. Sekiranya anda pernah didiagnos dengan masalah hati
dan buah pinggang, dapatkan khidmat nasihat dari Pakar Kesihatan yang
bertauliah sebelum mengambil ubat cacing tablet Zentel. Elakkan hubungan terus
atau langsung dengan kulit, mata, hidung atau mulut kerana suspensi albendazole
boleh mengakibatkan iritasi. Dan akhir sekali, jauhkan dari jangkauan anak-anak
kecil.
Kak Fa percaya kepada ubat cacing tablet Zentel
kerana selama berkhidmat dengan Kak Fa, belum sekalipun di antara kami
mengalami masalah kecacingan yang serius yang akhirnya mengaitkan ianya dengan
penyakit-penyakit lain. Disebabkan itu, Kak Fa merekomendasi ubat cacing tablet
Zentel untuk semua keluarga di luar sana di dalam usaha deworming untuk seisi
keluarga.
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.