Panduan Untuk Anak Pandai Urus Buku, Kerja Sekolah Sendiri Sejak Darjah 1

Farah Waheda Wahid
2

Bahang persiapan untuk melangkah ke Darjah 1 dah mula terasa dah untuk Kak Fa. Ha ha ha... Dalam kotak pemikiran ni macam-macam perkara dah terbayang dah pun. Dah terzahir dah pun dalam beberapa entri sebelum ni. Alaaa..biasalah tu - mak belum berpengalaman hantar anak ke Sekolah Rendah, memang tak banyak sedikit adalah koya koya tu sikit. Hah? Koya koya? Koya koya tu apa? I don't know just feel like saying the words... Like something referring to poyo or what not la kan? Ha ha ha... Tapi taklah melampau... koya tu... Masih dalam peringkat terkawal lagi. Ha ha ha... Macam-macam perkara nak kena persiapkan diri...Such as panduan untuk anak pandai urus buku, kerja sekolah sendiri sejak Darjah 1. Ini penting ni!

Firash memang manja...itu Kak Fa akui dan tak nafikan. Dah tu? Nama pun tunggal kan? Even manja macam mana sekalipun Kak Fa tetap akan terapkan tanggungjawab dalam diri Firash. Salah satu misi Kak Fa, Firash kena belajar mengenai tanggungjawab sedari kecil. Moga-moga menjadi insan bertanggungjawab sehingga dewasa nanti. In Shaa Allah, amin-amin ya rabbal alamin.

Rezeki Allah ni datang di dalam pelbagai bentuk dan cara. Dapat anak-anak yang pandai berdikari juga adalah rezeki yang patut disyukuri bukan untuk dimegah-megahkan. Apa pun, sebagai mak ayah kita tetap kena mencorakkan anak-anak ke arah kebaikan dan ajar mereka berdikari. Tidak perlu gunakan kekerasan atau paksaan pun, cukuplah sekadar memerhati, menegur dan menasihati bila perlu.

Menurut artikel di SINI, lima tips untuk anak pandai urus buku, kerja sekolah sendiri:

Sejak Mula Masuk Darjah 1

Ajar anak baca jadual waktu yang Cikgu bagi. Baca dan ambil berat. Bukan baca sahaja. Baca sahaja tidak mendatangkan apa-apa makna ok?

Untuk Minggu Pertama Sehingga Minggu Ketiga

Tolong anak-anak susun buku ikut jadual setiap hari. Tapi buat bersama anak-anak. Suruh anak-anak baca jadual dan hulurkan buku yang diperlukan supaya mereka kenal pasti buku mereka sendiri. Macam mana nak susun, mak ayah tunjukkan. Dah siap masukkan di dalam beg sekolah, letakkan di tepi katil atau mana-mana yang bersesuaian.

Beritahu Mereka Awal-Awal

Beritahu anak-anak yang kita sebagai mak ayah akan tolong mereka untuk jangka masa singkat sahaja. Selepas pada waktu atau tempoh tertentu tu, mereka kena buat sendiri sebab yang nak pergi sekolah mereka bukan kita. Kena belajar buat sendiri nanti.

Masuk Minggu Keempat Berhenti Buatkan Untuk Mereka

Bila masuk minggu keempat ingatkan sahaja sama ada dah kemas beg ataupun belum? Alat tulis semua dah masukkan ke belum? Cukup ke tidak ikut semua jadual? Anak-anak kena kemas sendiri dan hantar laporan pada mak ayah setelah selesai kemaskan buku-buku untuk dibawa ke sekolah mengikut jadual yang tersedia. Jangan kedekut sangat, puji sikit. Anak-anak kan suka dipuji? He he he....

Selepas Anak Tidur, Baru Semak Semula Beg Sekolah Anak

Betul ke tidak buku yang mereka masukkan tu ikut jadual? Selalunya dikatakan minggu keempat tu dah nampak hasil dan komitmen mereka dah. Dah boleh diharap dah. In Shaa Allah...Misi berjaya!

Tak ada siapa kata salah manjakan anak. Kak Fa pun manjakan anak juga. Semua orang sayang anak tapi bagi Kak Fa macam mana pun kita kena berpada-pada juga. Kak Fa ingatkan diri Kak Fa, jangan sampai nanti-nanti Yash tak bawa buku latihan, mesej minta maaf pada Cikgu sebab kita sendiri yang lupa masukkan buku dalam beg anak. Kalau macam tu, sampai bila pun anak manja kita tak akan rasa ada tanggungjawab. Kisah apa tak bawa buku? Tak apa nanti boleh beritahu Cikgu, Mommy saya lupa masukkan buku. Selesai.

Sama juga halnya melibatkan kerja sekolah. Apa yang boleh diterapkan dalam diri anak-anak dari awal - buku dan kerja sekolah adalah tanggungjawab sendiri, bukan Mommy. Sendiri tak bawa buku, sendiri tanggung. Kalau tak siap kerja sekolah pun, tanggungjawab sendiri. Mommy dah ingatkan tapi sendiri yang tak mahu buat, ok tak apa. Nanti pergi sekolah jawab sendiri dengan Cikgu kenapa tak siap kerja sekolah. Cikgu tibai atau denda jangan nak balik mengadu kalau salah sendiri.

Selalunya...Ha ha ha...Anak-anak lebih takut kepada Cikgu dari mak ayah sendiri kan? Jadi... secara tak langsung ayat tu memang berkesan. Kak Fa pun dah gunakan sejak dari Yash di Genius Aulad (tadika) lagi. Untuk anak orang lain tak pastilah Kak Fa kan? Lain orang kan lain-lain cara dan penerimaannya.

Mungkin boleh cuba? Mana tau berkesan kan? Lepas tu tak perlu risau dah, cuma pantau jer!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !