Menariknya Cuti Sekolah Dengan SuperDayCamp Anjuran SuperPark Malaysia!

Farah Waheda Wahid
0

Kita tak ada kampung nak balik sempena cuti sekolah panjang di penghujung tahun wak... Ha ha ha... Kita dah pergi bercuti awal-awal sebelum cuti sekolah panjang di penghujung tahun wak...Takkan kita nak pergi bercuti lagi? Cukup-cukuplah tu kita bercuti untuk tahun 2019 ni. Tahun depan pula kita rancang percutian kalau nak ke mana-mana. Buat masa sekarang memang tak ada perancangan langsung nak ke mana-mana untuk cuti sekolah penghujung tahun ni. Rasanya lebih kepada sibuk dengan persiapan untuk ke Tahun 1 pada tahun 2020 jer kot? Cuma tulah... dalam tak ada apa-apa perancangan tu sebenarnya boleh jer kalau nak selit dengan aktiviti-aktiviti berbentuk kem untuk kanak-kanak kan? Contohnya SuperDayCamp. Menariknya cuti sekolah dengan SuperDayCamp anjuran SuperPark Malaysia! Banyak pengisian yang bakal memberikan manfaat untuk anak-anak.

Sajalah Kak Fa sertai sneak preview SuperDayCamp anjuran SuperPark Malaysia pada hari Sabtu yang lepas. Nak tengok sendiri bagaimana SuperDayCamp anjuran SuperPark Malaysia dijalankan. Nak invest kan? Mestilah nak kena tengok dulu. Bukan suka-suka nak spend macam tu jer kan? Haruslah nak kena pastikan yang kem yang dianjurkan oleh sesiapa pun bakal memberikan impak dan manfaat kepada anak-anak. Tak banyak sedikit mesti beri kesan. Macam SuperDayCamp.



Kak Fa pujilah penganjuran SuperDayCamp oleh SuperPark Malaysia sebabnya kem ini direka dan diperakui oleh Finland Education Board. So...this is how my life after my son dah graduated from preschool gonna be.... Gonna research and survey more on camp macam SuperDayCamp ni ha. Beralih ke fasa yang baru pula lah kan? Betul tak?


Apa Itu SuperDayCamp oleh SuperPark Malaysia?

SuperDayCamp yang dianjurkan oleh SuperPark Malaysia ini adalah acara yang dianjurkan khusus untuk kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun sehingga 10 tahun di mana kanak-kanak yang menyertai SuperDayCamp ini akan berekplorasi keseronokan melalui aktiviti-aktiviti sukan yang dipantau di dalam persekitaran dalaman yang selamat. Ianya adalah merupakan satu-satunya kem di Malaysia yang telah diakreditasi atau diperakaui oleh Education Finland di dalam menyampaikan skil pengetahuan penyelesaian dan education know-how yang berkualiti.

Kenapa Untuk Kanak-Kanak Yang Berumur 4 Tahun Sehingga 10 Tahun Sahaja?


Sebabnya para peserta akan diletakkan di dalam kumpulan masing-masing mengikut klasifikasi umur mereka.

Kenapa Kak Fa Puji Dan Sukakan SuperDayCamp Anjuran SuperPark Malaysia?


Secara peribadi sebagai seorang ibu dan melalui pengalaman sendiri, Kak Fa dapati bahawa SuperDayCamp ini betul-betul menunjukkan tentang impak positif "Power of Play" pada Firash.



Walaupun hanya sehari sahaja mengikuti SuperDayCamp di SuperPark Malaysia, Kak Fa dapat lihat Firash diberikan "an eye-opener" bagaimana untuk menguatkan hubungan sesama rakan sebaya, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri dan dalam masa yang sama membina landasan yang kuat untuk kemahiran hidup yang penting. Berseronok di dalam suasana sosial! At least tak adalah bosan Firash asyik main sorang-sorang jer kan? Ha ha ha...


Menariknya pada Kak Fa, SuperDayCamp ini lebih streamline di mana kanak-kanak dikumpulkan di dalam satu kumpulan kecil di dalam nisbah 1:7 (nisbah jurulatih kepada kanak-kanak). Bermaksud - jurulatih terlatih di SuperPark Malaysia adalah lebih fokus kepada setiap kanak-kanak yang menyertai kem ini di dalam memastikan setiap kanak-kanak yang menyertai kem ini mendapat manfaat yang diharapkan oleh ibu bapa.



Kenapa Kak Fa Rasa Firash Perlu Mengikuti SuperDayCamp Ini?


As an add-on value sebelum Firash melangkah kaki ke Tahun 1 pada tahun 2020 yang bakal menjelang. It's time untuk Firash terlibat dengan aktiviti-aktiviti di mana dia dibimbing di dalam satu siri aktiviti bermain yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi sewaktu bertemu dengan rakan-rakan baru di dalam persekitaran yang diawasi serta menyeronokkan.

Apa yang Kak Fa dapat lihat adalah jurulatih di SuperPark memberikan inspirasi kepada para peserta kem di dalam aktiviti sukan sambil memberikan para peserta keyakinan, motivasi serta daya kepimpinan untuk berkembang dan berjaya di sekolah dan juga kehidupan.

Harga Untuk Menyertai SuperDayCamp di SuperPark Malaysia?

Terbuka kepada pilihan sama ada kem selama sehari ataupun tiga hari, Isnin sehingga Rabu bermula dari 25 November 2019 sehingga 18 December 2019. Kem ini akan bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.30 petang sewaktu hari kem dijalankan. Harga tiket adalah seperti yang tertera di bawah berikut:


Walaupun cuti sekolah belum lagi bermula dan masih ada masa lagi sebelum cuti sekolah untuk mendaftarkan anak-anak anda, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak-anak masing-masing untuk SuperDayCamp di SuperPark Malaysia dan untungnya mendaftar awal sebelum 15 November 2019 ni adalah... Ibu bapa layak mendapatkan harga diskaun Early Bird yang sangat berbaloi. Pada Kak Fa ianya berbaloi.

Setiap pendaftaran bagi penyertaan, para peserta akan menerima:

  •  "Certificate of Completion (endorsed by Education Finland)"
  •  Makanan Tengah Hari (Pilihan Vegetarian disediakan)
  • "Welcome Pack (SuperPark Branded Merchandises)"
  • T-Shirt Kem Edisi Terhad
  • Akses Sehari Penuh ke SuperPark Malaysia selepas sesi kem.

* Semua kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke bawah WAJIB ditemani dan diawasi oleh penjaga yang bertanggungjawab (berusia 18 tahun ke atas) dengan tiket masuk ke SuperPark Malaysia berbayar.

Untuk maklumat lanjut mengenai SuperDayCamp anjuran SuperPark Malaysia, sila layari laman web rasmi SuperPark Malaysia di https://www.superpark.com.my/super-day-camp/ ataupun di laman Facebook (SuperParkMY) dan Laman Instagram (@superparkmy).

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !