Hebatnya Penangan GRILLED BUTTER CHICKEN Dari The Chicken Rice Shop!

Farah Waheda Wahid
1

Kisahnya semalam, badan dah mula rasa tak sedap. Sendi-sendi dah mula rasa sakit dan badan dah mula rasa seram-sejuk. Tekak nak menelan pun punyalah seksa oiii... Bila dah rasa badan tak empuk tu - memang automatik selera makan potonglah. Tapi perut lapar! Nak tak nak paksa diri juga untuk makan. Sebelum balik ke rumah dari menghadiri acara, Kak Fa singgah Giant Seksyen 13, Shah Alam dan cuba memaksa diri untuk makan di The Chicken Rice Shop. Teringat - baru-baru ni ramai sangat kawan-kawan yang kongsi di medsos tentang pengalaman mereka bersama menu edisi terhad The Chicken Rice Shop iaitu GRILLED BUTTER CHICKEN. Teringinlah juga. Cuba paksa makan mana tau kan? Kot tiba-tiba selera terbuka pula... Makan ke? Mestilah... Komen Kak Fa, hebatnya penangan GRILLED BUTTER CHICKEN dari The Chicken Rice Shop! Dari selera tertutup terus terbuka. Ha ha ha...



Patutlah ramai kawan-kawan kata yang GRILLED BUTTER CHICKEN ni sedap ya ampun dan patutlah menu GRILLED BUTTER CHICKEN ni merupakan menu yang dinanti-nantikan oleh para pelanggan The Chicken Rice Shop - menepati kehendak tekak dan citarasa Kak Fa. Kalau ramai yang suka dan Kak Fa pun suka...hurmmm... tipulah kalau tak sedap ya tak? Kalau tidak, macam manalah Kak Fa yang sakit tekak nak menelan ni boleh habiskan satu set hidangan?


Kepingan daging ayam tanpa tulang dihidangkan bersama-sama "butter sauce" dengan taburan cili padi dan aroma daun kari sangat membuka selera. Ayam tu... Yang dapat Kak Fa bayangkan - lembut dan "juicy". Perfect match sungguh gabungan resipi tradisi Hainan dan resepi asli Nyonya Penang.Tak silap sungguh bila GRILLED BUTTER CHICKEN ni jadi menu pilihan pelanggan dan paling digemari pelanggan serta dinanti-nantikan kemunculan semula hampir saban tahun.

Bagi Kak Fa - The Chicken Rice Shop ni memang tak pernah mengecewakan Kak Fa bila Kak Fa teringin nak makan nasi ayam yang sedap. Tak hairanlah jika The Chicken Rice Shop ni sememangnya terkenal dan terdapat 100 cawangan di seluruh Malaysia. Memang dah terpahat dah dalam kepala Kak Fa ni. Nasi Ayam Sedap = The Chicken Rice Shop!


Alhamdulillah... perut yang lapar telahpun terisi dengan set hidangan GRILLED BUTTER CHICKEN. Dari tertutup selera terus terbuka selera. Sekurang-kurangnya selain dari rasa nak demam dan juga sakit tekak tak adalah sampai penyakit lain pula (gastrik) disebabkan tak makan. Mujur Kak Fa teringat yang ramai kawan-kawan dah mencuba set hidangan GRILLED BUTTER CHICKEN dan tak sia-sia jugalah Kak Fa ambil keputusan nak mencuba set hidangan GRILLED BUTTER CHICKEN semalam. Terima kasihlah pada yang berkongsi idea nak makan apa pada Kak Fa ni ha.

Kak Fa rasa kan... Kalau anda peminat menu berasaskan "butter" atau anda peminat Nasi Ayam anda memang patut mencuba set hidangan GRILLED BUTTER CHICKEN ni. Tapi kena cepat tau... Sebab tempoh waktu hidangan ini dijual adalah terhad iaitu bermula dari bulan November 2019 sehingga Januari 2020. Selepas pada tu...Yilek Pochi... Tunggulah sampai hidangan ni buat kemunculan semula nanti ya. Berapa lama tu tak taulah Kak Fa.

Harga set hidangan GRILLED BUTTER CHICKEN adalah seperti yang tertera di bawah berikut:


Harga mampu bayar dan juga berbaloi sebab memang cukup untuk perut rasa penuh dan kenyang. Kalau nak beli secara Ala-Carte pun boleh. Harganya adalah seperti di bawah berikut:



Menariknya boleh buat pembelian hidangan tambahan dengan harga istimewa. Macam Kak Fa semalam sebab Kak Fa peminat tegar Nyonya Pai Tee...Kak Fa tambah satu saiz Regular Nyonya Pai Tee dengan harga RM7.20.


Untuk maklumat lanjut serta promosi yang lain di The Chicken Rice Shop sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !