GENIUS AULAD - Little Ihtifal Terakhir, Graduasi Dan Anugerah Khas Buat Firash

Farah Waheda Wahid
0

Nak tak nak - sampai juga Firash pada penghujung perjalanan sebagai pelajar Genius Aulad. Lengkap tiga (3) tahun segala "moment" di Genius Aulad... Macam-macam ada ok? Dalam Firash belajar- Kak Fa pun belajar banyak perkara tentang alam tadika. Ha ha ha... "grow together and mums grow too" kannn? Banyak mengajar Kak Fa mengenal permainan alam tadika ok? Lepas ni kalau ada nak minta pandangan peribadi dan pendapat bolehlah cari Kak Fa ya? Ha ha ha... "Pitstop" sebelum melangkah dan menjejakkan kaki ke alam Sekolah Rendah atau sekolah yang sebenar adalah GENIUS AULAD - Little Ihtifal terakhir, graduasi dan anugerah khas buat Firash. Yang mana... Tanjat Mommy ok? Tiba-tiba ada anugerah khas buat Firash. Macam Mommy rasa betul ke? Tepuk pipi kiri kanan banyak kali, supaya tersedar. Ha ha ha...

Kak Fa tak adalah "dress up over" mana pun... Ringkas jer... Ha ha ha... Baju kemeja biru (ikut tema yang ditetapkan oleh Genius Aulad untuk six (6) years old parents, seluar hitam dan sport shoes. Amacam ranggi tak Mommy Firash? But still presentable ok?  Jadi diri sendiri tak perlu jadi orang lain kan? I bring myself as it is lah.... Lagipun tak ada requirement suruh berpakaian formal ke apa kan? Firash pula - ikut tema yang ditetapkanlah... Baju dan seluar hitam beserta dengan topi. Ikut requirement.

Insiden Pertama Kali Muncul Di Atas Pentas


Benda lain dalam kepala Kak Fa tak ada... Cuma membayangkan kalau tetiba Firash tunjuk perangai sepanjang majlis berlangsung. Dia tak berapa sihat sebenarnya pada hari kejadian. Sebenarnya sejak malam Jumaat lagi. Badan Firash dedar dan dah mula selesema dan batuk. Tapi baru nak mulalah. Iyash, kalau badan mula dah nak tak sihat memang akan "cranky" la dia. Doa banyak-banyak oiii... Semoga dipermudahkan sehingga ke hujung majlis.


Sewaktu dia pertama kali muncul di atas pentas bersama rakan-rakan sebaya dan sekelas... Sampai jer lokasi dia patut berdiri - Teruja dia beritahu kawan dia - "Itu Mommy saya!"... Mikrofon depan dia betul-betul...So in another way, satu hall UiTM tu dengarlah statement dia tu. Ha ha ha... Rasa macam nak tutup muka jap sebab tentu-tentulah statement dan aksi dia tu mencuri perhatian. Stage control tak pandai lagi... Dia langgar jer... Apa dia peduli? Yang dia tau dia nak bagi tau satu dunia "Itu Mommy saya!"...Ya ya... Ini Mommy awak... Ha ha ha...

Acara Pemberian Skrol


Ni kira highlight of the day lah ni. Acara yang memang Kak Fa tunggu-tunggu. Excited sikit...Al-maklumlah pengalaman pertama dan pertama kali nak tengok anak berjubah dan ambil skrol atas pentas. Ha ha ha...Memanglah rasa cam ni. Fake sangatlah kalau ada sesiapa nak keluar statement mengatakan...Eleh...tadika jer pun. Standardlah tu pakai jubah ambil skrol atas pentas sewaktu hari graduasi tadika. Tak payah nak poyo sangatlah nak excited. Read my words: Real ibu akan rasa excited dan tak banyak sikit mesti terselit rasa bangga dengan anak dalam hati ok? Fake sangat kalau tak ada ok? Itu moment dalam motherhood journey. Mana-mana ibu pun bila lalu pengalaman macam ni pasti rasa sesuatu. Kuch Kuch Hota Hai. Ha ha ha....




The night before I was telling myself not to cry sebaliknya I should smile all the way. Realiti sebenarnya ada terselit rasa sedih dalam hati. Ha ha ha...Dah besar dah anak Fa... Tak lama lagi dah nak masuk Darjah 1. Terbayang-bayang cuteness overload sewaktu dia masih bayi dan mula-mula dihantar ke Genius Aulad dulu.

Anugerah Khas: Blooming Awards



Honest truth - tak pernah sangka pun Firash akan diberikan anugerah khas atau mereka panggil sebagai Special Awards. Sewaktu pengumuman Firash diberikan Blooming Awards tu memang tak ready dengan kamera. Maka terhasillah gambar yang tidak berapa sempurna seperti yang dipaparkan. Tapi tak kisahlah - janji ada gambar kan? Sebagai kenang-kenangan. Apa nak cakap? Speechless jap dan thank you Teacher Del for recognising Iyash as one of the Special Awards recipient under Blooming Awards. Alhamdulillah... Mommy doakan Iyash akan sentiasa bloom menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Ha ha ha...tapi pada waktu dan ketika ini, dia dah mula cranky. Ada tiga jer sebab yang Kak Fa dapat identifikasi - satu sama ada, ada benda yang tak kena berlaku back stage yang tak berkenan di hati dia atau after acara pemberian skrol he was expecting to sit with Mommy sebab masa ni dia dah mula cembeng dan berjujuran air mata atau sebab badan dia tak berapa nak empuk.

Sewaktu menerima Blooming Awards ni...boleh dia tak nak bergerak dan nak baring atas stage? Ha ha ha... Yash yash... Seorang jer boleh pujuk dia waktu tu...Teacher Del! Itu kan ibu dia dekat school. Kalau Mommy boleh...Mommy dah naik stage tu Yash... Tapi memang dia cranky dah waktu tu. Biasalah Firash. Ehhh...Kak Fa mengaku the positive and negative side oh Iyash ok? I'm honest with it. There is no perfect child and there's no perfect parenting. Kita sendiri pun sebagai anak kepada ibu bapa kita pun tak sempurna.


There gone those three (3) years of preschool phase and age... Sobsss... Itulah kitaran kehidupan kita sebagai manusia kan? New journey awaits... Terima kasih Genius Aulad for accepting Firash as one of your student for these three (3), thank you for accepting Firash as he is and thank you for teaching him lots of knowledge for all these three (3) years.

Untuk Teacher Dyla - a big hug and neverending thanks dari akak. Thank you for becoming his Ibu at school, thank you for taking a very good care of him, thank you for being very concern on him, thank you for picking him up to school, thank you for loving him that much... There's not enough words untuk akak convey my heartfelt to you.... Kata-kata tak cukup untuk ucap terima kasih pada Del... I'm sure he's gonna miss you much after this...Tapi still jumpa kan? In Shaa Allah... We love you Teacher Del!


Untuk anak Mommy - congratulations on your graduation and all the best in your future undertakings son...In Shaa Allah, Mommy will always be by your side to support you all the way through no matter what. Amin amin ya rabbal alamin.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !