Tips Untuk Perjalanan Jarak Jauh Bersama Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
0

Berjalan jauh dengan kanak-kanak ni tak serupa dengan berjalan jauh dengan orang dewasa. Nak nak lagi jenis yang tak pernah jalan jauh, baru pertama kali betul-betul nak berjalan jauh. Bukan kisahnya tentang perjalanan dengan naik kapal terbang ni. Ini kisah perjalanan jarak jauh dengan memandu pengangkutan darat iaitu kereta. Taklah pandai mana... Tapi teringin pula nak berkongsi tips untuk perjalanan jarak jauh bersama kanak-kanak. Ha ha ha... Manalah tau kalau-kalau ada yang rasa relevan untuk digunapakai kan?

Pek Kelengkapan Dan Pakaian Kanak-Kanak

Terus-terang mengaku yang Kak Fa tak kuasa nak pecah-pecah kepala berfikir sewaktu mengemas pakaian kalau nak holiday ke apa. Kak Fa lebih prefer kalau Kak Fa sediakan senarai kelengkapan dan pakaian Firash terlebih dahulu. Ini adalah termasuk ubat-ubatan ya? At least, Kak Fa boleh jadikan sebagai checklist sewaktu Kak Fa mengemas.

Walaupun mungkin remeh dan membazir masa bagi sesetengah individu, inilah cara Kak Fa. Kak Fa rasa lebih praktikal begini sebabnya Kak Fa bukan seorang yang spontaneous untuk sesetengah perkara ok? The way I do things selalunya must come with a proper plan first and a proper listing first. Ha ha ha… Even untuk task blog dan task micro-influencer/KOLs pun Kak Fa kena fikir dulu story board macam mana baru Kak Fa start drafting. Ha ha ha…  Mudahnya, Kak Fa tak kuasa nak menghadap situasi ini terlupa, itu terlupa, ini tertinggal, itu tertinggal. The best way adalah sediakan senarai. Lepas tu main tick tick ajer. Sekurang-kurangnya kebarangkalian nak tertinggal satu-satu barang tu agak tipis. Muahahaha. Bukan apa, Kak Fa ni kalau tertinggal barang on trip Kak Fa rasa ralat sangat dan macam tak lengkap sangat hidup.

Sebelum Hari Perjalanan

Sehari sebelum ke, dua hari sebelum ke, tiga hari sebelum ke – Kak Fa akan hantar kereta untuk diperiksa oleh mereka-mereka yang bertauliah. Jauh perjalanan kan? Memang wajib pastikan kereta berkeadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Periksa komponen enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.. Kena pastikanlah segalanya supaya perjalanan nanti akan berjalan dengan lancar. Ya tak? Safety first ok?

Yang nak memandu tu…Tak kira ibu atau ayah…Kena pastikan tidur cukup, rehat cukup. Elakkan memandu selepas pulang dari tempat kerja. Kalau letih boleh ganggu konsentrasi pada jalan raya. Memandu ni nak kena cekap pandangan, cekap tindakan dan cekap kawalan. Faham kan?

Hari Perjalanan

Kena ingat, yang dibawa dalam kenderaan tu ada kanak-kanak. Jadi tak payah nak beria kejar Masa sangatlah... Biar lambat asalkan selamat. Lainlah kalau memandu sendirian berhad dan ke destinasi sendirian berhad. Kalau ada curfew masa yang perlu dipatuhi, mungkin perlu bertolak lebih awal. Kena tahu jarak pemanduan dan kena tahu tempoh masa yang akan diambil untuk sampai ke destinasi. Pendek kata, aspek ni memang kena betul-betul menggunakan time management skill. Ha ha ha...

Bawa kanak-kanak ni tak boleh ikut sedap tekak kita sendiri nak terus jer laju pergi jer…Even kalau kita memandu jarak jauh sendirian berhad pun kita perlu berhenti untuk berehat seketika. Nak ke tandas, nak makan, nak minum, nak solat. Segala bagailah. Inikan lagi kanak-kanak kan? Mereka pun perlu untuk ke tandas, makan, minum dan refresh badan. So… hakikatnya memang akan ada banyak pit stop! Kita kira bancuh susu sekali lah… Ha ha ha…. Since anak Kak Fa masih lagi menyusu kan? (Belum berhenti lagi…. Masih lagi menyusu… ).

Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasangkan lampu hadapan. Elakkan daripada memandu dengan laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kemalangan. Jarakkan kenderaan serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat, hal ini dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.

Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memotong. Jangan menghalang kenderaan lain kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar. Patuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda disaman.

Taklah Kak Fa kata kena ikut apa Kak Fa sarankan ni… Mungkin masing-masing ada cara tersendiri…Cumanya ini berdasarkan apa yang Kak Fa rasa dan fikirkan betul sebab bukan mudah untuk memandu jarak jauh bersama anak-anak kecil. Ok ok…Mudah bagi sesetengah orang… Ha ha ha…Kak Fa ok jer… Cuma memang kena details la dari segi persiapan dan dari segi planning perjalanan tu. Bab memandu, In Shaa Allah dan Alhamdulilah sehingga ke hari ini memang bagi Kak Fa ok …. Tak ada masalah tentang tu. Cuma kebiasaannya anak-anak kecil ni banyak ragam, banyak kerenah yang harus dilayan. Kitalah kena cari cara bagaimana nak selesa memandu dan selamat memandu bersama mereka untuk jarak jauh. Haaa..jangan lupa doa semoga anak-anak kecil kita tu… memberikan kerjasama dan behave sepanjang perjalanan.

Ha ha ha…tiba-tiba sewaktu menaip ni terbayang Firash dalam kereta pada waktu dan hari kejadian… Kita dah sampai ke? – Dia akan tanya soalan ni berulang-ulang kali sehinggalah sampai…Expected already….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !