Soalan KBAT Anak Kecil Membuatkan Kita Belajar Sesuatu Yang Baru

Farah Waheda Wahid
2

KBAT sangat! Ha ha ha… Ini bukan soalan biasa-biasa ya? Bukan soalan the birds and the bees all those stuff yang sering buat mak ayah pusing nak menjawab dengan ayat yang betul. Kalau untuk itu ada entri lain yang Kak Fa pernah muatnaik di Bubblynotes.Com pada tahun 2016 yang bertajuk Soalan Sensitif & Cara Menjawab. Ini adalah soalan yang tak tercapai akalmu punya. Lepas dengar jer soalan keluar terus terdiam sekejap dok berfikir jawapan yang tepat dan betul untuk soalan tak terjangka, luar jangkaan dan di luar kotak pemikiran tu. Nak simply jawab jer pun tak boleh. Ha ha ha… Nanti karang sampaikan ajaran sesat pula. Nak tak nak memang kena bagi jawapan sesuai mengikut peringkat usia dan jawapan tu adalah betul. Seronok juga tau… soalan KBAT anak kecil membuatkan kita belajar sesuatu yang baru. Kadang-kadang tu, selama kini kita tak pernah terfikir pun tentang soalan-soalan yang diajukan tu. Tapi… bila sampai peringkat anak – baru kita berfikir nak mencari jawapan kepada persoalan dan baru kita belajar perkara-perkara yang mungkin baru dan tak pernah kita ambil tahu selama ini.

Cuma tak dinafikanlah yang bahawasanya enjin carian Google menjadi sahabat akrab Kak Fa sejak kebelakangan ni. Muahahaha…. Dah tu? Mana nak jawab soalan-soalan spontan yang selama ni Kak Fa tak pernah terfikir sampai details macam tu sekali? Yang selama ni tak pernah sibuk pun Kak Fa nak ambil tahu? Wakakaka….Terpaksalah menggunakan khidmat enjin carian Google yang In Shaa Allah ada jawapannya, yang In Shaa Allah, takkan kecewa Kak Fa dibuatnya…Ihiksss….

Antara soalan KBAT dari Firash yang memang menduga Kak Fa adalah:

#1: Mommy Why Lobak Merah? Why not Lobak Oren?

Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Via this link here… It doesn’t answer the question kenapa kita panggil lobak merah dan bukan lobak oren. It’s more to sejarah kenapa lobak menjadi warna oren:

Sumber makanan yang kita telan pada hari ini kebanyakannya telah mengalami beberapa siri evolusi malah ada yang termutasi. Termasuklah lobak, yang ranggup dikunyah dan baik untuk kesihatan mata. Ya, lobak adalah sayur yang telah berevolusi sejak berkurun lalu menjadikan warnanya oren seperti yang kita biasa lihat pada hari ini. Sebenarnya, pada zaan dahulu kala warna asal lobak adalah ungu, putih dan kuning. Bagaimana ia boleh jadi warna oren? Ahli linguistik percaya bahawa orang Perancis terkeliru sehingga satu tahap tersalah kaitkan suku kata un kepada or (yang bermaksud emas), menjadikannya disebut sebagai orange sampai hari ini," jelas Stepahin.

Jadi apa kaitannya dengan lobak? Ada sebuah kota di selatan Perancis bernama Arausio yang diasaskan oleh orang Rome pada tahun 35 Sebelum Masihi, secara klasiknya dipanggil "Aurenja". Entah bagaimana orang Perancis (seperti biasa) menyalah sebutnya menjadi Orange. Apabila seorang lelaki bernama William the Silent dari Nassau mewarisi tampuk pemerintahan di Orange pada 1544, dia dipanggil William of Orange. Beliau mengepalai Revolusi Belanda menentang bangsa Sepanyol pada lewat 1500-an, dan menang seterusnya menubuhkan Republik Belanda.

"Ketika itu orang Belanda dikenali sebagai petani lobak. Lobak mereka didapati dalam warna putih, kuning dan ungu," jelas Stepahin lanjut. "Kemudian pada kurun ke-17, satu baka lobak telah dibangunkan yang memiliki kandungan beta-karotin (kompaun organik yang ditemui dalam labu dan ubi keledek) dan berwarna jingga. "Orang Belanda mula menanamnya secara besar-besaran untuk memperingati William of Orange, sehinggakan lobak jenis lain diketepikan sama sekali." Begitulah kisahnya bagaimana lobak menjadi warna oren. Namun jangan diingat bahawa lobak yang ada pada hari ini hanya yang berwarna oren sahaja. Masih lagi wujud lobak putih, kuning, ungu dan juga merah. Cuma lobak berwarna oren itulah yang paling popular, dan William of Orange adalah puncanya.

To be on the safe side – walaupun mungkin tak ada jawapan yang tepat betul-betul… Jawapan yang boleh Kak Fa beri pada Iyash berdasarkan sumber pembacaan di atas – Originally the carrot was not orange – ada warna putih, ungu, kuning dan merah. Hanya selepas orang Belanda tanam baka baru lobak yang mempunyai kandungan beta-karotin dan berwarna oren, carrot turns to orange. So, memandangkan it is not originally orange and it was putih, ungu, kuning dan merah…That’s where the name came from – Lobak Merah…. Heee…. agak-agak boleh diterimapakai tak jawapan Kak Fa ni? Ha ha ha….Bolehlah kan?

#2: Mommy… Why The Sun Is Hot? What’s Inside The Sun?

Dia pergi ke soalan KBAT tentang sistem solar pula… Ha ha ha…Phewww… Bukan tak belajar sains… Mommy Iyash ni aliran Sains Tulen lagi…Ha ha ha… Tapi terus terang cakap… Memang taklah selama kini nak bertanya kepada diri sendiri kenapa matahari tu panas dan apa ada dalam matahari… Ha ha ha…. Seriuslah…. Nama jer bekas pelajar aliran Sains Tulen…Tapi sepanjang bergelar pelajar aliran Sains Tulen tak pernah lagi lah nak berjiwa Sains Tulen sangat oiii…. Dapat dekat anak yang sedang meneroka, sel-sel otak aktif berhubung di antara satu sama lain…Tu diaaa…. Carilah jawapan Mommy oiiii… Ingatkan nak belajar jer kena buat research, nak hasilkan entri blog jer kena buat research…Ha ha ha…Nak menjawab dengan anak pun kena buat research juga oiiii…Tak naklah bagi jawapan salah dan ajaran sesat kan? Ihiksss…

Dapat ke Kak Fa jawapannya? Dapatlah… Ni jawapannya…

Kenapa Matahari Panas?

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas, menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas lakuran nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat.

Apa Ada Dalam Matahari?

Wohooo…. Ini kena tunjuk dalam gambarajah oiii… Senang sikit kot nak explain?

Kredit: Gambar dari sumber dari Wikipedia

Struktur Matahari mengandungi lapisan berikut:
  1. Teras – kira-kira 20-25% radius Matahari, di mana suhu (tenaga) dan tekanan mencukupi untuk terjadinya pelakuran nuklear. Hidrogen melakur dengan helium (yang tidak boleh disatu pada masa ini dalam kehidupan Matahari). Proses pelakuran membebaskan tenaga, dan helium secara beransur-ansur berkumpul untuk membentuk inti dalam helium dalam teras itu sendiri.
  2. Zon radiasi – Perolakan tidak boleh berlaku sehingga lebih dekat permukaan Matahari. Oleh itu, antara 20-25% radius, dan 70% radius, terdapat "zon radiasi" di mana pemindahan tenaga berlaku melalui radiasi (foton) dan bukannya oleh perolakan.
  3. Tachocline – rantau sempadan antara zon radiatif dan perolakan.
  4. Zon perolakan – Antara kira-kira 70% radius Matahari dan titik yang dekat dengan permukaan yang kelihatan, Matahari adalah sejuk dan cukup meresap untuk perolakan berlaku, dan ini menjadi cara utama perpindahan panas keluar, sama dengan sel cuaca yang terbentuk di atmosfera Bumi .
  5. Fotosfera – bahagian terdalam Matahari yang dapat kita saksikan secara langsung dengan cahaya yang kelihatan. Kerana Matahari adalah objek gas, ia tidak mempunyai permukaan yang jelas; bahagian yang kelihatannya biasanya dibahagikan kepada 'fotosfera' dan 'atmosfera'.
  6. Atmosfera – 'halo' gas yang mengelilingi Matahari, yang terdiri daripada kromosfera, kawasan peralihan suria, korona dan heliosfera. Ini dapat dilihat apabila bahagian utama Matahari tersembunyi, contohnya, semasa gerhana matahari.

KBAT sangat Yash… Complicated sangat jawapan ni… Mommy kena simplify supaya mudah cerna dan mudah hadam bersesuaian dengan peringkat umur Yash. Soalan tu tak ada salahnya sebab itu perasaan ingin tahu seorang anak yang baru kenal dunia dan alam sekeliling. Tapi jawapan tu memang high-end tu… Ha ha ha…Nak kena sesuaikan dengan peringkat umur dan di tahap mana penerimaan yang boleh diterima Iyash jer lah. Ke sebenarnya ada cover dalam syllabus Form 4 or Form 5 Mommy sebelum ni? Cuma Mommy yang tak ingat or pay attention…Ha ha ha…
Sumber Rujukan untuk kisah Matahari ni dari SINI

Satu jer…bagi Kak Fa… even soalan yang keluar dari mulut anak-anak tu tak tercapai akal serta bertubi-tubi, ingat yang anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak yang suka bertanya soalan jika dilayan berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. In Shaa Allah. Maksudnya di sini, bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah dan padat isinya. In a way, ia mencerminkan ketajaman minda. It’s impossible lah kita sebagai mak ayah boleh jawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan oleh anak-anak. Tugas kita sebagai mak ayah ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa juga maklumat yang diterima. Kena jadi proaktif dan setiap soalan yang sarat dengan mengapa, kenapa dan bagaimana yang terpacul dari mulut anak seharusnya diraikan dan diberikan respons yang baik yang kita mampu.

All the best to me and all the best to all other parents out there. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin.

Sumber Rujukan Lain: SINI

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Soalan anak makin membesar makin pening nak jawab...tapi jawab lah dengan jujur dan penuh ilmiah. Andai kita tak tahu, ajak dia sama-sama mencari jawapan. hehehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !