Home » , , , , , , » Roadtrip Ke LEGOLAND Malaysia Resort - Kos Perjalanan Dari Selangor Ke LEGOLAND

Roadtrip Ke LEGOLAND Malaysia Resort - Kos Perjalanan Dari Selangor Ke LEGOLAND

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sebelum pergi ke LEGOLAND Malaysia Resort minggu lepas – ada juga Kak Fa dok mencari di enjin carian Google tentang kos perjalanan dari Selangor ke LEGOLAND Malaysia Resort. Ha ha ha…. Bukan apa… Sebelum nak berjalan jauh kenalah buat bajet dulu. Takkan nak main redah pergi jer kan? Bajet tu penting supaya tak over spent. Ni dah nak hujung tahun dah ni oiii… Tahun 2020 anak nak masuk Sekolah Rendah dah. Memang banyak kira-kira nak kena buat time-time hujung tahun ni. Ha ha ha…. Cari punya cari…Tak ada jumpa pula perkongsian tentang roadtrip ke LEGOLAND Malaysia Resort – kos perjalanan dari Selangor ke LEGOLAND. Hu hu hu… Iyalah…memanglah kos perjalanan ni subjektif dan takkan sama untuk satu keluarga dan satu keluarga yang lain. Cumanya kalau ada perkongsian tu at least bolehlah juga Kak Fa get the picture of it dan nak agak-agak berapa bajet yang perlu disediakan kan?

Memandangkan Kak Fa tak jumpa pun perkongsian yang Kak Fa nak tu… Makanya Kak Fa decide untuk Kak Fa sendiri berkongsi tentang pengalaman Kak Fa baru-baru ni. Roadtrip ke LEGOLAND Malaysia Resort – kos perjalanan dari Selangor ke LEGOLAND.

Kos Pemeriksaan Kenderaan Di Pusat Servis

Dua hari sebelum bertolak ke LEGOLAND Malaysia Resort, Kak Fa hantar kereta ke Pusat Servis Proton yang biasa Kak Fa hantar untuk servis. Nak berjalan jauh, kenalah pastikan keadaan kenderaan berada di dalam keadaan baik kan? Ini adalah step yang sangat penting tetapi kos pemeriksaan mungkin berbeza dari satu pusat servis ke satu pusat servis yang lain. Macam dalam kes Kak Fa hari tu, Alhamdulillah rezeki namanya, kos pemeriksaan kenderaan sebelum bertolak ke LEGOLAND Malaysia Resort adalah PERCUMA. Heeee….

Kos Petrol

Ini juga subjektif mengikut jenis kenderaan….Ihiksss no wonder-lah tak ada orang kongsi kos perjalanan ni…. Mungkin sebabnya unsure kot? Sebab kenderaan yang digunakan pun mungkin berbeza-beza jenis pacuannya dan juga jenis cc-nya kan? Tapi jika anda memandu Proton Persona 1.6 Sedan seperti Kak Fa, kos yang Kak Fa dah keluarkan adalah sewaktu perjalanan ke LEGOLAND Malaysia Resort RM 50.00 dan kos yang Kak Fa keluarkan sewaktu di dalam perjalanan pulang adalah RM 48.00. Pergi balik, jumlah kos petrol yang Kak Fa keluarkan adalah RM 98.00.

Kos Tol

Tengoklah anda keluar dan masuk dari tol mana ok? Macam untuk Kak Fa dari lebuhraya Guthrie, kos yang terlibat adalah RM 1.90, RM 1.90, RM 48.30 dan RM 3.90. Untuk perjalanan pulang, RM 48.30, RM 1.90, RM 1.90. Yang RM 3.90 untuk balik tu Kak Fa tak sure mana hilangnya…Muahahaha… Mungkin masuk kot celah lain balik kot celah lain kot? Jumlah perbelanjaan tol adalah RM108.10.

Kos Makan Minum

Jalan jauh mana mungkin tak berhenti-henti kan? Harus banyak pit stop. Ha ha ha…. Setiap kali pit stop kalau nasib baik dia tak minta apa-apa. Tapi makan minum tu memang wajib. Kita yang dewasa ni berlapar tak apa. Tapi tak apa tak apa pun…Muahahaha…Kalau dah lapar sangat mau menggigil kepala lutut ya tak? Ha ha ha…. Yang penting kena pastikan perut anak tu kenyang. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut, Mommy nak memandu pun senang hati. Ha ha ha… Bila perut kenyang tak adalah banyak sangat ragamnya. Ha ha ha…. Tapi tak der pun. Alhamdulillah, dia memberikan kerjasama yang sangat baik pergi dan pulang. Kos untuk makan minum pergi dan pulang adalah sebanyak RM 30.00 untuk pergi dan RM 30.00 untuk balik.

Hurmmm… ada lagi ke? Kos-kos lain yang terlibat? Rasanya macam tak ada, rasanya macam tu jer yang Kak Fa keluarkan perbelanjaan untuk perjalanan. Jumlah keseluruhan kos petrol, kos tol dan kos makan minum adalah RM 266.10. Kos ni tak semestinya sama untuk setiap orang ber-roadtrip ke LEGOLAND tetapi sikit lebih kurang rasanya melalui perkongsian Kak Fa ni anda dah boleh bajet kot? Berapa kos perjalanan untuk roadtrip ke LEGOLAND Malaysia Resort. Sajalah kongsi, kot-kot ada pula yang sedang mencari informasi macam Kak Fa hari tu kan? Sekurang-kurangnya adalah sedikit pencerahan. Ha ha ha… Oklah semoga bermanfaat untuk semua yang memerlukan picture mengenai kos roadtrip ke LEGOLAND Malaysia Resort.Hujung tahun ni kan ramai yang akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga? Nak nak lagi musim cuti sekolah tak lama lagi kan?

Done with short vacation to LEGOLAND Malaysia Resort. Next in line – school preparation pula.
Terimakasih telah membaca artikel Roadtrip Ke LEGOLAND Malaysia Resort - Kos Perjalanan Dari Selangor Ke LEGOLAND. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.