Indahnya Perasaan Menghirup Kopi Segar Dan Makan Di HOSHINO COFFEE… Macam Ada Di Bandar Tokyo!

Farah Waheda Wahid
1

Penemuan terbaru di hari Jumaat yang lalu… HOSHINO COFFEE. Rasanya sebelum-sebelum ni Kak Fa tak pernah perasan pun kewujudan HOSHINO COFFEE ni dan disebabkan “rare” (tak pernah jumpa) – Kak Fa naklah cuba. Nak tengok apa yang istimewa HOSHINO COFFEE ni. Kalau kena dengan citarasa Kak Fa, Kak Fa berulanglah ke HOSHINO COFFEE…tetapi kalau tak kena dengan citarasa Kak Fa itulah pertama dan terakhir… Ha gittew konsepnya. Mudah sahaja. Presentation nampak menarik. Dari luar boleh nampak cosy jer HOSHINO COFFEE ni. Set-up pun sangat menggambarkan sebuah cafe atau restoran di Bandar Tokyo. Rasalah ambience Jepun tu. Serius ke Kak Fa? Seriuslah… Indahnya perasaan menghirup kopi segar dan makan di HOSHINO COFFEE… Macam ada di Bandar Tokyo! Ha ha ha… Tak jejak Jepun pun tak apa ok? Boleh jer feeling-feeling duduk dalam cafe atau restoran di Jepun bila di HOSHINO COFFEE. Sedap? Jawapannya kena dengan tekak Kak Fa. Apa yang istimewa? Ni yang teruja nak kongsi ni.


Mengenai HOSHINO COFFEE


Orang peramah kan? Ha ha ha… Duduk nak minum dan makan pun sempat lagi temuramah kakitangan HOSHINO COFFEE…Selamba jer bertanya kan?


Memang Kak Fa akui Kak Fa tak pernah lalu dan tak pernah perasan kewujudan HOSHINO COFFEE ni sehinggalah hari Jumaat yang lepas. Tapi kan sebenarnya HOSHINO COFFEE ni telah wujud sejak dari tahun 2011 lagi, di mana cawangan pertama HOSHINO COFFEE adalah di Saitama Prefecture, Jepun. Hari ini? HOSHINO COFFEE telah mempunyai lebih dari 180 cawangan di Jepun dan telahpun berkembang di negara-negara Asia iaitu Singapura, Korea Selatan, China dan termasuklah Malaysia.

Istimewa Mengenai HOSHINO COFFEE?

Segalanya yang dihidangkan adalah disediakan dari bahan-bahan berkualiti dan segar. Kesegaran tu bagi Kak Fa kita boleh rasa dari minuman dan makanan yang kita minum dan makan. Untuk orang yang suka makan, top up dengan pernah masuk dapur masak – macam mana nak cakap ek? Dia macam automatik kita boleh tau sama ada satu-satu minuman dan makanan tu disediakan dari bahan-bahan yang berkualiti dan segar atau tidak. Seriuslah… Tapi tulah yang Kak Fa rasa. Berbeza tau dengan orang yang tak banyak kisah, main balun jer apa pun depan mata asal kenyang. Ada perbezaannya di situ ok?

Mari Bekenal-Kenalan Dengan Menu HOSHINO COFFEE Yang Kak Fa Dah Cuba!

Penemuan baru ni adalah satu pengalaman yang penuh nikmat ok? Ha ha ha… Jujurnya walaupun beberapa hari dah berlalu, Kak Fa masih terbayang-bayang dan terasa-rasa kopi HOSHINO COFFEE yang Kak Fa minum Jumaat yang lepas. Memang sedap.

“Hoshino” Blend Coffee – RM 14.20



Terhasil dari biji kopi Arabica yang dipanggang dengan teliti dan delicately hand brewed. Bau kopi tu kan sewaktu proses penyediaan memang sangat harum dan lembut jer. Apa orang kata tak pekat dan buatkan hidung rasa pekat. Just nice jer… Pilihan yang ada sama ada nak minum kopi tu sebegitu sahaja atau anda boleh memesan susu atau gula (gula putih/gula perang) to compliment the coffee. Bila hirup jer kopi tu panas-panas, memang terasa nikmat dan kesegaran kopi. Jaranglah Kak Fa dapat menikmati kopi yang segar seumpama “Hoshino” Blend Coffee ni. Trust me memang sedap.

French Toast – RM 19.70


French toast ni adalah dihidangkan bersama gula dan juga krim. Sangat lembut dan melt in mouth gittew. Sedap. Kak Fa suka. Bagi Kak Fa, kalau sesiapa singgah di HOSHINO COFFEE anda patut cuba French Toash di HOSHINO COFFEE. I’m sure you gonna love it.

Pot-Baked Soufflé (Vanilla Soufflé)  - RM 17.50


Makan macam tu jer pun sedap… Compliment dengan sos kastad lagi terangkat. Lembut dan not to eggy. Kak Fa memang kurang boleh terima kalau soufflé tu terlalu rasa eggy. Faham kan? Apa maksud Kak Fa kan? Too eggy tu macam mana? Sebab kalau too eggy Kak Fa akan rasa macam nak muntah. Hu hu hu….. Serius… Tapi soufflé di HOSHINO COFFEE just nice untuk Kak Fa. Selain Vanilla Soufflé ada pilihan Matcha Soufflé…tak pun sos tu anda boleh pilih sos coklat.

Soufflé Style Pancake (Maple Syrup atau Honey Syrup) – RM 16.40


Untuk minum petang memang sesuai sangat ni. Soufflé ni dibakar fresh atas pesanan – Yang ni kalau nak pesan sila pesan awal sebab ambil masa 20 minit untuk membakar. Kak Fa pesan jer. Jangan nanti sampai-sampai HOSHINO COFFEE, dah pesan tiba-tiba hangin-hangin tertanya-tanya manalah Soufflé Style Pancake yang Kak Fa cerita tu tak sampai-sampai lagi. Ha ha ha…. Boleh pesan kalau nak single atau double pancake ni. Ikut tahap kelaparan anda lah kan?

Seterusnya kita beralih kepada makanan yang lebih berat yang mungkin sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam.

“Hoshino” Spaghetti with Eggplant, Shimeji, Chicken Bacon & Sausage – RM 21.90


Ini adalah best-seller di HOSHINO COFFEE…. Jangan risau tengok harga tu pula…Hu hu hu…Sebabnya satu pinggan pun boleh kongsi dua orang ok? Saiz hidangan dari HOSHINO COFFEE memang banyak. Pada Kak Fa, berkadaran dengan harga dan bersesuaian dengan saiz hidangan. “Hoshino” Spaghetti with Eggplant, Shimeji, Chicken Bacon & Sausage ni sedap dan mengenyangkan. Dalam satu hidangan semua ada. Lengkap. Patutlah hidangan ini menjadi hidangan pilihan ramai di HOSHINO COFFEE.

Salmon with Wasabi Cream Sauce – RM 29.60


Kombinasi padu dan sedap. Tak jelak walaupun ianya cream sauce. Salmon pula tak kedekut… Bukan Salmon yang dihiris nipis ok? Salmon like real sekeping-sekeping tebal. Peminat Salmon wajib pesan hidangan ini apabila anda berada di HOSHINO COFFEE.

Pescatora Seafood with Tomato Sauce – RM 29.60


Nak lagi!!! Ini paling Kak Fa suka dalam banyak-banyak hidangan yang Kak Fa sempat rasa di HOSHINO COFFEE. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak sebab tomato based kan? Rencah pula memang tak kedekut… Puas makan dan tak rasa ralat.

“Omu Rice” & Chicken Teriyaki with Salad – RM 26.30


Yang suka nasi jangan risau… HOSHINO COFFEE ada serve nasi juga. Kalau rasa nak makan nasi bolehlah makan “Omu Rice” & Chicken Teriyaki with Salad. Bagi Kak Fa… Lebih kurang macam healthy diet juga hidangan ni. Lengkap dan memang sangat-sangat mengenyangkan.

Fruit Tea (Hot or Ice) – RM 19.70



Ini penutup… Sebelum Kak Fa bergerak tempoh hari…Sempat lagi Kak Fa pesan Fruit Tea… Panas dan sejuk… Kombinasi ni memang sedap dan kena. Buah tu rasa padu. Ha ha ha… Tiba-tiba rasa macam tak nak bangun jer.

Cawangan HOSHINO COFFEE yang Kak Fa singgah hari tu bertempat di Aras LG, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya… tetapi sebenarnya dah ada beberapa cawangan HOSHINO COFFEE di Malaysia dah pun sebenarnya. Di Kuala Lumpur ada dua cawangan iaitu Boulevard Mid Valley dan juga Empire Shopping Gallery. Di Pulau Pinang ada di Queens Bay Mall dan Gurney Plaza Mall.

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai HOSHINO COFFEE:

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !