Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Malaysia

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Topik tumpuan kalangan ibu bapa serta pengguna jalanraya. Tiba-tiba teringat pada kerusi keselamatan Firash yang telah berjasa selama lebih 5 tahun tu dan tiba-tiba teringat pada azam nak beli kerusi keselamatan jenis booster untuk Firash. Sebenarnya kalau ikutkan tak perlu sebab kerusi keselamatan sedia ada tu masih boleh digunapakai sebab sememangnya kerusi keselamatan tu direka khas untuk kanak-kanak sehingga berusia 7 tahun. Persoalannya... Nak ke dia duduk lagi dalam kerusi keselamatan tu? Ha ha ha... Macam tak jer? Macam terpaksa cari kerusi keselamatan jenis booster jer? 

Tahun 2020, kerusi keselamatan bakal diwajibkan - sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia baru-baru ini. Dah sedia ke tu mak ayah? Mana yang bakal menerima cahaya mata, mana yang baru terima cahaya mata dan mana yang perlu semak kembali spesifikasi kerusi keselamatan sedia. Kena ikut piawaian ok? Bukan semua jenis kerusi keselamatan boleh digunakan. Ada piawaian ok? So tak payah syok sendiri sangat ikut apa yang kita suka tapi tidak mengikut standard. 

Ketahuilah ibu bapa bahawasanya kerusi keselamatan untuk bayi mahupun kanak-kanak - hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia. Selain dari tu... I'm sorry goodbye! Hu hu hu... 



Sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan - piawaian tersebut adalah ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter. Sah sah Firash termasuk dalam kategori ni. Tapi rasanya macam sekejap sangat jer... Sebabnya sekarang ni meninggi dengan cepat. Nak-nak lagi sedang mendapat khasiat susu formula yang satu tu kan? Ha ha ha... 

Kerja... Nak membelek label pula ni... Even nak beli atas talian kerusi keselamatan kanak-kanak pun nak kena baca dengan sungguh teliti ok? Tak baca betul-betul kalu... Terbeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang tidak diluluskan... Dah bazir duit ya tak? 

Untuk menyenangkan identifikasi, klu yang diberikan adalah setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

Jangan lupa... Selain tu kerusi keselamatan kanak-kanak yang dimaksudkan perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada MIROS yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian... 

Nak lebih jelas...boleh muat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak oleh MIROS melalui pautan di SINI . Study ok? Kak Fa pun sedang study ni ha. 

Sedikit petikan dari Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak tersebut: (klik pada imej untuk paparan lebih jelas)









Memang lengkap serba-serbi Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Malaysia oleh MIROS. Tinggal kita jerlah sebagai mak ayah yang nak kena luangkan sedikit masa untuk khatamkan pembacaan panduan tu. Ok... As of now, masih ada masa lagi lebih kurang dua bulan. Sambil-sambil khatamkan pembacaan sambil-sambil mula buat kira-kira atau bajet yang hendak kita allocate sekiranya perlu membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru. 

Don't take this lightly ya? Untuk maklumat terperinci boleh sentiasa rujuk Laman Facebook MIROS ataupun Laman Web MIROS

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kadanf tefikir juga, bagaimana pulak kalau yang naik public traport ek, grab bas dan teksi? Ermmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !