Cara Daftar SKIM AIR DARUL EHSAN

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Selama kini, selama menetap di Selangor ni – Alhamdulillah setiap bulan merasa air percuma 20 meter padu. Walaupun tak banyak pakai air (kadang-kadang banyak juga pakai air…ha ha ha) tapi merasa juga air percuma 20 meter padu tu. Cuma… Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah menjajar semula (penjenamaan semula atau rebranding) pemberian air percuma kepada kumpulan sasar – penduduk Negeri Selangor iaitu SKIM AIR DARUL EHSAN. Tak semua akan terus dapat menikmati air percuma 20 meter padu tu, ada syarat kelayakan… Makanya kenalah buat pendaftaran dulu ya? Cara daftar SKIM AIR DARUL EHSAN? Sabar jap…Ni yang nak cerita ni… He he he…

Mula-mula Kak Fa nak kongsi serba-sedikit maklumat mengenai SKIM AIR DARUL EHSAN…Iyalah manalah tau kot-kot ada yang terlepas pandang dan manalah tau kot-kot ada yang tak ambil tahu lagi tentang SKIM AIR DARUL EHSAN ni kan?

Siapakah Yang Layak Untuk Menikmati SKIM AIR DARUL EHSAN?
SKIM AIR DARUL EHSAN ini layak dinikmati oleh pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat berikut:
  1. Pemohon atau pasangan adalah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah.
  3. Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah).
  4. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC)
  5. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Ada faham? Kalau tak menepati syarat dan kriteria di atas… Marilah kita berhu-hu-hu bersama-sama. Ahaksss… Tapi ada lagi soalan….

Sebelum Ini Saya  Menikmati Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pada Setiap Bulan. Adakah Saya Masih Layak Untuk Masa Akan Datang?
Jeng jeng jeng… Bukan Kak Fa jer yang tertanya-tanya, Kak Fa pasti ada ramai juga yang tertanya-tanya tentang persoalan ini… Jawapannya, pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020.  Pengguna hendaklah membuat permohonan baru. Sekiranya layak, pemohon dapat menikmati bekalan air percuma melalui SKIM AIR DARUL EHSAN bermula pada 1 Mac 2020.

Tak jelas lagi…masih lagi tertanya-tanya tentang pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah tu? Ada pelbagai jawapan soalan lazim yang boleh anda rujuk di pautan artikel dari Selangor Kini di SINI. Yang kita nak fokus sekarang adalah bagaimana cara daftar SKIM AIR DARUL EHSAN ni? Tak susah pun, mudah jer…Pilih nak yang mana. Nak secara atas talian (online) atau nak cara tradisi (isi borang di kaunter segala bagai tu)…Dua-dua pun boleh, ikut convenience masing-masing.

Pendaftaran Secara Atas Talian (Online)
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 30 September sehingga 31 Disember 2019 di portal rasmi http://www.ssipr.selangor.gov.my atau www.airselangor.com.

Permohonan Secara Mengisi Borang
  • Borang permohonan boleh didapati melalui laman web Air Selangor ataupun di SINI.
  • Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
  • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri.
  • Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.

Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Untuk 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebelum ini… Kak Fa ulangi, kita-kita ni akan terus menikmati rebat itu sehingga 29 Februari 2020.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. I Ampang.. Memang selama ni dapat free je 20meter cube tu. Dah lama tak bayar bill air.. asal dpt bill through email je mesti amount dia RM-2.00.. ye negative duahengget Kak Fa oiiii hahaha. Nampaknya i cuma dapat sampai Feb tahun depan je la babe.. jom hu hu hu sesama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Jom kita hu hu hu sama-sama... hu hu hu...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !