Apa Yang Menarik Di HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019 Di LEGOLAND MALAYSIA RESORT?

Farah Waheda Wahid
0

Cerita sebenar tentang cuti-cuti di LEGOLAND MALAYSIA RESORT? Cerita sebenarnya adalah… sepatutnya Kak Fa bawa Firash ke LEGOLAND MALAYSIA RESORT pada hujung Januari 2019. Tetapi disebabkan oleh alasan yang tidak boleh tidak pada waktu itu, Kak Fa pun terpaksalah menangguhkan rancangan Kak Fa nak bawa Firash bercuti di LEGOLAND MALAYSIA RESORT. Pada yang mengikuti www.bubblynotes.com pasti ingat yang pada hujung Januari 2019, Firash telah dimasukkan ke KPJ Selangor Specialist Hospital Shah Alam kerana positif Influenza A. Haaa tu sebablah tertangguh. Alhamdulillah, kali ini Kak Fa dapat tunaikan hajat hati Kak Fa untuk bawa Firash ke LEGOLAND MALAYSIA RESORT. Bukan apa…sesekali tak salah kalau Kak Fa reward Firash percutian luar dari Selangor kan? Dia pun nak merasa juga. Asyik duduk di rumah dan jalan-jalan dalam kawasan Selangor dan Kuala Lumpur jer… Pun boleh tepu juga. Biarlah dia rasa apa yang Kak Fa tak pernah rasa sewaktu Kak Fa kecil-kecil dulu. Pertama kali di LEGOLAND MALAYSIA RESORT kebetulan sedang berlangsungnya sambutan HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019… Apa yang menarik di HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019 Di LEGOLAND MALAYSIA RESORT? Ooopsss sebelum Kak Fa cerita panjang-panjang, Kak Fa nak beritahu dulu yang HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019 di LEGOLAND MALAYSIA RESORT telah berlangsung bermula dari 1 Oktober 2019 sehinggalah 3 November 2019.



Aktiviti  SPOT THE GHOST!


Bertolaknya dari rumah jam 8.17 pagi dan disebabkan banyak pit stop kami tiba di hotel pada jam 3.00 petang. Selesaikan urusan check-in segala bagai termasuk pindah barang masuk ke Premium Suite yang telah ditempah untuk kami, rehat sekejap… Lebih kurang dalam pukul 4.00 petang macam tu, Kak Fa dan Firash turun ke LEGOLAND MALAYSIA RESORT dan terus tuju ke SEALIFE Malaysia. Pada hemat Kak Fa, itulah spot yang paling sesuai di hari ketibaan kami. Kalau nak masuk ke LEGOLAND WATER PARK ataupun LEGOLAND CITY tu macam dah suntuk sangat kot waktu untuk lakukan aktiviti-aktiviti di dalam tu. Nanti tak puas pula Firash kan?




Menarik! Sebabnya SEALIFE Malaysia dibina dengan objektif untuk menggalakkan kanak-kanak untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar mencintai dasar lautan menerusi perjalanan pendidikan yang sangat interaktif. Memang kena sangatlah tu dengan Firash sebab dia sangat suka bercerita tentang hidupan dasar laut terutamanya obor-obor. Seronok bila tengok Firash sangat kagum dengan hidupan dasar laut yang sebenar di hadapan mata sendiri.


Sambil mengagumi hidupan dasar laut dengan pelbagai spesies yang terdapat di SEALIFE Malaysia, sebenarnya di dalam masa yang sama kami engage dengan aktiviti SPOT THE GHOST di SEALIFE Malaysia. Tugasnya nampak mudah tetapi tak semudah yang disangka, di mana kami perlu mencari 8 hantu yang terdapat di dalam display tanks di dalam SEALIFE Malaysia. Alaaa…lapan jer pun…Bukan susah sangat… Haippp jangan sangka semudah itu ya? Tidak semudah itu…. Kalau tak percaya anda kena datang ke SEALIFE Malaysia dan cuba cari sendiri.


Nampak tak? Serius muka Firash mencari hantu di dalam display tanks… Ha ha ha… stress sekejap dia agaknya sebab sampai terkecil-kecil mata dia mencari. Agaknya dalam hati…Mana hantu ni? Payah benar nak jumpa ni oiii…. Puas Firash cari. Bukan kata Firash, Mommy pun sama oiii… Tiba-tiba jadi pening jap…Tapi demi hadiah istimewa yang bakal diterima jika berjaya mencari 8 hantu tu…Tetap gigih kami berdua beranak mencari hantu-hantu yang berkenaan. Dah jadi ghost hunter pula kami. But it’s fun. Bukan cari macam tu jer ya? Ada langkah yang perlu diikuti kalau jumpa hantu-hantu tu. Barulah boleh redeem hadiah dari SEALIFE Malaysia.



Puas hati tak Firash dan Mommy? Tentulah puas hati sebabnya kami berjaya mencari kesemua hantu yang dimaksudkan walaupun terkecil-kecil dan pening sekejap dan kami dapat redeem hadiah istimewa yang dimaksudkan.

Aktiviti HIDDEN SIDES HAUNTED SCHOOL BUS!


Cari hantu lagi! Ha ha ha… Kali ni cari hantu di bas sekolah berhantu pula. Mendebarkan dada Firash juga ni sebabnya kena buru hantu dengan teknologi Augmented Reality yang terkini sekarang ni. 



Memang satu dimensi barulah buat Firash. Dapat buru hantu tentulah dapat habuan ok? Apa habuan tu kena datang sendiri ke LEGOLAND MALAYSIA RESORT. Kalau Kak Fa cerita semua tak seronok-lah…Hilang segala surprise yang terdapat di LEGOLAND MALAYSIA RESORT bersempena dengan HALOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019 ni. Tak seronok macam tu. Seolah-olah Kak Fa kill the excitement pula nanti.

Aktiviti KNOCK-KNOCK ALLEY!


Spooky habis! Ha ha ha…. Diilhamkan dari budaya Trick or Treat yang biasanya dilakukan sewaktu sambutan Halloween di negara Barat… Mula-mula kena beratur untuk dapatkan beg kertas. Beg kertas? Nak buat apa beg kertas tu? Halah-halah nak isi gula-gula lah. Ihiksss…. Tapi sebelum nak dapatkan gula-gula kena ketuk kesemua pintu yang terdapat di Knock-Knock Alley. Di sebalik pintu-pintu itu ada karakter-karakter yang menyeramkan yang bersembunyi. 



Boleh bayangkan tak? Bila ketuk pintu satu bangunan tiba-tiba pintu terbuka secara perlahan dengan bunyi yang menyeramkan lepas tu timbul makhluk di sebalik pintu yang menyeramkan? Seriau tak?Alaaa macam dalam filem-filem yang selalu kita tengok? Haaa macam tulah yang boleh Kak Fa gambarkan serta bayangkan. Ha ha ha…berdebar-debar jantung oiiii…. Tapi Firash boleh chill jer sambil tergelak-gelak… Amboiii berani sangat tu Firash! Hu hu hu…Ke memang Mommy dia penakut? Ha ha ha… Seronoklah dia dapat kumpul banyak gula-gula.

Parti FRANKIE’S HAUNTED HOEDOWN!


Nak berjumpa dengan Frankenstein? Pontianak? Ahli Sihir? Dekat parti FRANKIE’S HAUNTED HOEDOWN ni boleh jumpa… Lepas tu boleh menyanyi dan berjimba sekali menari-nari regangkan badan dengan mereka. Jangan risau, mereka-mereka ni tak makan orang… Ha ha ha…. Boleh jer berkawan dengan mereka ni. Memang enjoy menyertai parti FRANKIE’S HAUNTED HOEDOWN ni.

Persembahan LEGO FRIENDS HALLOWEEN SPECIAL!





Persembahan bertenaga dan sangat menghiburkan! Memang penuh dewan persembahan dengan ibu bapa dan kanak-kanak termasuklah Kak Fa dan Firash. We enjoyed the show! Lagipun team LEGO Friends memang sangat peramah dan mesra kanak-kanak. Dah tentu-tentulah semua yang menonton sangat berpuas hati dan gembira.


Ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT 2019 di LEGOLAND MALAYSIA RESORT yang Kak Fa dan Firash ikuti, nak ikut-ikutkan memang banyak lagi aktiviti-aktiviti seram atau spooky yang kami sertai. Macam Kak Fa nyatakan sebelum ni….Kalau cerita semua jadi tak syok…Nanti hilanglah excitement sebenar buat anda. Cuma Kak Fa nak beritahu, sepanjang bulan Oktober 2019 ni, jika anak-anak anda berpakaian kostum Halloween mereka dibenarkan untuk memasuki LEGOLAND MALAYSIA RESORT secara PERCUMA, diulangi secara PERCUMA. Orang dewasa harga tiket penuh ya? Anak jer anak yang berpakaian kostum Halloween. Kalau datang pada hari JUMAAT dan SABTU bolehlah sertai parti kostum. Mana tau? Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Kalau bertuah bolehlah bawa balik set LEGO Hidden yang terbaru!


Promosi BRICK-OR-TREAT 2019 (Sah dari 1 OKTOBER 2019 sehingga 3 NOVEMBER 2019)!

  • 50% diskaun diberikan untuk tiket sehari apabila pemegang Pas Tahunan LEGOLAND MALAYSIA RESORT membawa seorang kawan ke spooky fun celebration ini!
  • Kanak-kanak yang berpakaian dengan tema Halloween  boleh masuk secara PERCUMA dengan ditemani oleh orang dewasa yang mempunyai tiket berharga penuh.

UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA LAYARI:

Masih berbaki lebih kurang 3 minggu lagi BRICK-OR-TREAT 2019 di LEGOLAND MALAYSIA RESORT… Dah boleh sangat dah tu mula mencongak-congak dan merancang-rancang bila nak jejak ke LEGOLAND MALAYSIA RESORT kannn?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !