Home » , , , , , , , , , , » Apa Nak Buat Kalau Tiba-Tiba Hidung Anak Berdarah?

Apa Nak Buat Kalau Tiba-Tiba Hidung Anak Berdarah?

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Situasi ni pernah sekali Kak Fa alami buat pertama kali bulan lepas. Masa tu Firash muntah-muntah berulang kali secara tiba-tiba. Sedari dia lahir sampailah ke hari itu, tak pernah sekali pun hidung dia berdarah lagi oiii… So bila jadi memanglah lagaknya tenang di luaran… Ha ha ha…tetapi di dalaman dah mula risau. Cumanya hidung Firash berdarah tu tak meleleh keluar dari hidung. Sewaktu dia bersin keluar darah sikit. Hu hu hu…. dua kali juga situasi tu berlaku. Dua kali bersin dua kali keluar sedikit darah. Itu baru sikit…kalau jenis hidung berdarah yang meleleh tu? Lagilah cuak mak dia kan? Apa nak buat kalau tiba-tiba hidung anak berdarah? Mungkin ramai dah tahu… tapi Kak Fa ni taklah kata Kak Fa tahu sangat ok? Tapi ada sedikit perkongsian yang mungkin bermanfaat untuk semua mak ayah termasuk diri Kak Fa sendiri.

Melalui posting Dr. Ezairy M.Sallih dari Facebook yang Kak Fa dah baca:

Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau. Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tidak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena. Apabila ditanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga? apakah masalah lain yang berlaku? bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu? Barulah mendapat jawapan.

Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu. Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada juga waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku! Jika ini berlaku apa yang patut dilakukan di rumah?

Ibunya menjawab – Jika ini berlaku, saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak keluar lagi. Tapi ini tips Dr. Ezairy M.Sallih – untuk semua ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana. Apabila kejadian ini berlaku di hadapan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.

1. Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.

2. Tekan atau “pinch” bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.

3. Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!

4. Letak air pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.

5. Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.

6. Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.

Saling berpesan dan berkongsi untuk sebarkan ilmu supaya lebih ramai mendapat manfaat. Semoga tips ini berguna.
Terimakasih telah membaca artikel Apa Nak Buat Kalau Tiba-Tiba Hidung Anak Berdarah?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.