Waktu Paling Berkesan Untuk Nasihat Anak Sampai Terus Terpahat Dalam Hati!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Membebel pada anak is not my forte for now! Ha ha ha… Tapi kalau boleh tak nak lah sampai tahap perlu membebel pada anak setiap hari – In Shaa Allah. My mom always pesan – nak didik anak ni jangan sampai ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nak nasihatkan anak dengan berkesan ada waktunya paling sesuai. Then only nasihat yang diberikan berkesan dan sampai terus ke lubuk hati anak. Betul kot? Sebab itu yang Kak Fa practice pada Iyash at this moment. Kak Fa tak bebel, Kak Fa tak keluarkan rotan jika tak perlu, Kak Fa tak pukul atau cubit. Kak Fa lebih pada perhati – bagi amaran pertama, amaran kedua dan bila tiba yang ketiga Kak Fa cari masa yang bersesuaian untuk bercakap secara heart to heart dengan Iyash. Memang nampaklah kesan tu menusuk sangat…Ha ha ha…. Sampai berjurai-juraian air mata tu dan sampai tersedu-sedu Iyash. Lepas tu terus serik tak buat lagi. BIla tu waktu paling berkesan untuk nasihat anak sampai terus terpahat dalam hati!?… Agak-agak bila?

Kebetulan ada satu artikel dari pautan di SINI yang seteru dengan pendapat Kak Fa ni ha…. Ianya adalah hasil perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy berdasarkan dari buku Prophetic Parenting oleh Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid:

Waktu Makan

Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Ini masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman anak-anak. Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.

Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati. Oleh sebab inilah, adalah sangat merugikan waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.

Waktu Dalam Perjalanan

Ini memang yang selalu Kak Fa buat oiii…. Firash ni dia nak kena bawa dia dalam kereta dan tarbiyah dia dalam kereta heart to heart. Sangat menjaga aib diri sendiri dan sangat gentleman Yash ni. Ha ha ha…nak heart to heart berdua jer. Tak nak ada anasir-anasir atau di bawah pengaruh lain.

Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Begitulah ibaratnya. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi oiii. Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar ok? Tak semestinya membebel ok? Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh falsafah.

Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Suatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling. Di samping, bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.

Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan, “Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya membuatkan kita jadi bersalah”.

Ketika di dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas  yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”.

Waktu Main Bersama

Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun. Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya. Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.

Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. Involve parents are caring parents.

Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial dan tentang keperibadian dan tingkah laku. Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak manghadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibu bapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.

Waktu Anak Sakit

Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila anak-anak sakit anak-anak akan menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.

Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan dengan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak. Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti, “Itulah tak nak dengar cakap Mommy, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni” ataupun “Inilah balasan sebab berdosa dengan Mommy semalam”.  Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.

Di dalam buku Prophetic Parenting ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.

Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak. Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !