Tindakan PENAMA KWSP Setelah Pemilik Akaun KWSP Meninggal Dunia

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ini bukan kes tamak harta or kes gelap mata bila nampak duit ya? Ini adalah lebih kepada apa tindakan penama KWSP setelah pemilik akaun KWSP meninggal dunia supaya kita tau tatacara pengurusan yang sepatutnya setelah kematian pemilik akaun kwsp atau pencarum yang merupakan ahli keluarga kita yang terdekat. Ini juga adalah pengalaman sebenar Kak Fa lalui di dalam pengurusan peninggalan arwah Papa Kak Fa. On top notch, bukan sebab gelap mata bila nampak duit tetapi lebih kepada buat apa nak biarkan duit dalam akaun KWSP tu hanging macam tu jer kan? Lebih baik semak di KWSP siapakah penama yang telah diletakkan dan lakukan urusan yang sepatutnya serta salurkan dana yang ditinggalkan kepada yang berhak. Oh ya… Jangan dok fikir Kak Fa kayo pula lepas ni…Ha ha ha…Doakan tak apa… Amin amin ya rabbal alamin. Sebabnya peninggalan arwah Papa Kak Fa pun tidaklah banyak mana, ada lebihan seribu lebih sahaja disebabkan arwah Papa Kak Fa memang dah keluarkan sewaktu hayatnya masih ada dulu untuk tujuan tertentu. Makanya yang tertinggal hanyalah baki. Lagipun arwah Papa Kak Fa dah lama berhenti kerja sejak dia mula sakit.

Apa Yang Anda Perlukan?

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat Pengesahan Maklumat Pemegang Akaun dari Bank/Akaun Harta Pusaka Simati-NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan.
  • Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu).
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia).
  • Sijil Kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Penama
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut penamaan yang dibuat. Contohnya dalam kes arwah Papa Kak Fa, penamaan dibuat dengan dua nama iaitu nama Kak Fa dan juga Mama Kak Fa. Maksudnya, setiap dari kami dapat setengah bahagian masing-masing. Let say dalam akaun KWSP arwah Papa Kak Fa tu ada seribu lebih, setiap sorang dari kami akan dapat lebih kurang dalam lapan ratus lebih macam tu. Haaa…macam tulah. So, jangan fikir nak bolot semua ek? Ha ha ha… Setiap orang akan menerima mengikut bahagian masing-masing. Memang dah stated dalam penamaan tu berapa bahagian setiap orang. Tiba-tiba teringat…Wowwww…Untungnya Iman Firash…Ha ha ha…Sebab Mommy letak nama dia 100% – lagipun dia seorang jer kan? So tak perlu nak rebut-rebut dengan orang lain. Tapi kalau Iyash ramai adik beradik pun, Kak Fa akan ajar dia supaya jangan rebut. Ada tu adalah…Tak ada pun tak apa. In Shaa Allah, ada rezeki lain kan? Rezeki tu milik Allah, dia akan beri kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki kan?

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Ahli Beragama Islam

Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.

Ahli Bukan Beragama Islam

Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.

Tuntutan Bantuan Kematian

Just to note that yang sekiranya ahli meninggal dunia sebenarnya pewaris boleh memohon kepada KWSP untuk Tuntutan Bantuan Kematian yang bernilai RM2,500.00 tetapi bersyarat lah ya… Kak Fa nak share sedikit, jika kita ada akaun dengan KWSP, tak kisah berapa amaun yang kita ada dalam tu dan meninggal dunia sebelum usia 55 tahun, pewaris akan dapat bantuan sebanyak RM2,500.00. Sila pastikan tuntutan dibuat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian. Bawa Sijil Kematian dan boleh dapatkan borang 9KM sama ada melalui laman web atau cawangan yang berdekatan. Kami tak boleh tuntut, sebab arwah Papa meninggal dunia selepas had umur 55 tahun.

Alhamdulillah segala proses berjalan lancar dan tempoh masa untuk wang dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon adalah di dalam tempoh 21 hari bekerja. Semoga apa yang Kak Fa share di dalam entri kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membaca.

Rujukan: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !