Perkara Paling Kak Fa Cuak Bila Firash Nak Masuk Darjah 1!

Farah Waheda Wahid
1

Adoiii... Macam mana ni? Dah dekat sebulan macam ni! Ha ha ha... Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena... Kalau otak tu tak usah dikatalah... Pantang ada ruang kosong, mulalah start berfikir. Fikir punya fikir lepas tu mula cuak! Tak pasal-pasal jer kan? Adalah perkara paling Kak Fa cuak bila Firash nak masuk Darjah 1! Ni bukan ilusi ya? Ni realiti sebenar. Hu hu hu.

Fa kau risau apa Fa? Ha ha ha... Bunyinya macam teruk sangat jer? Nak kata teruk tu tak teruk lah. Tapi dari hari ke sehari semakin laju pula pernafasan. Seriuslah! Tak tipu punya! Bab kepandaian bawa diri dalam kelas dengan kawan-kawan dan environment belajar tu, Kak Fa ok sebab Firash memang dah masuk Preschool pun kan? Logiklah tu... Ya betul Sekolah Rendah dengan Preschool beza... But still... Tak adalah fokus risau sangat hal tu. Still bearable lagi pada Kak Fa.

Habis tu? Apa yang Kak Fa risau sangat ni? Apa yang Kak Fa cuak sangat ni?

Bab Ke Tandas

Bukan sebab masih pakai diapers. Ehhh... Anak Kak Fa dah lama dah bebas diapers ok? Ha ha ha... Jangan pandai-pandai nak buat assumption yang Kak Fa risau bab ke tandas sebab belum bebas lampin. Nooo... That was not the case lah. Yang buatkan Kak Fa cuak ni adalah KEGELIAN IMAN FIRASH nak gunakan tandas selain dari tandas di rumah.

Bukan nak punch line sesuatu Dan bukan sebab nak satu dunia maya tau yang acah-acah kononnya anak Kak Fa ni sangatlah pembersih. Haippp... Tak terlintas pun ok. Haihlah, zaman la ni, keluar statement apa pun hang kena buat disclaimer weiii! Ha ha ha... Tapi realiti memang itulah Iman Firash oiii... Sangat penggeli dengan tandas selain rumah.

Sekarang ni pun, dekat school sanggup dia tak ke tandas sebab geli. Teacher dia cakap berkali-kali ajak ke tandas dia cakap no! Kalau dah terpaksa sangat tu... Terjengket-jengket la kegelian dalam tandas. Kau rasa? Darjah 1 sekolah petang oiii... Jenuhlah kau tahan nak sampai ke petang... Silap-silap Kak Fa ambil dia dari sekolah nanti terus shoot ke rumah dan tandas adalah perkara pertama bila tiba di rumah. Nak harapkan dia pergi tandas sekolah memang Kak Fa rasa jauh sekali lah. Faham-faham jerlah kondisi tandas sekolah macam mana kan? Tak perlu Kak Fa ulas lebih detail. Hu hu hu.

Bakal mengikut perangai Mommy lah tu... Ha ha ha... Kak Fa cam tu ok masa Sekolah Rendah dulu! Sanggup tahan nak ke tandas semata kerana geli. Risaulah oiii... Faham-faham jerlah kemungkinan kalau selalu sangat tahan rasa nak ke tandas tu kan? Takut memudaratkan diri dia sendiri. Huuu... Moga-moga dijauhkanlah dan diharapkan agar Iyash dapat adapt secepat mungkin. 

Kes Buli

Haaa... Ni kebetulan sebab insiden semalam la ni. Firash kena sembur dengan air ludah oleh seorang kanak-kanak lelaki Darjah 1 atau Darjah 2. Kak Fa tak pasti usia dia tapi within that range lah. Bayangkan depan mak Firash pun dia berani buat. Bila ditegur buka seluar tunjuk bebird dia. Apa perasaan anda kalau berhadapan dengan situasi ini?

Mendidih tu taklah... Tapi tak nafikan ada rasa marah. Mujur Kak Fa ni masih ingat lagi. Ha ha ha... Touch anak orang memang taklah... Tapi memang Kak Fa tarbiyah sikit lah. Kejadian ni ada saksi ok? Ada parent lain yang nampak. So, Kak Fa tetap maintain cool even rasa marah. Allahuakbar... Macam-macam budak-budak sekarang. Kak Fa salute teacher Kumon Iyash terus ambil tindakan.

Start insiden ni semalam... Kak Fa dah tak berhenti berfikir dan cuak Iyash kena buli dekat Sekolah Rendah nanti. Mak-mak memanglah cepat cuak. Hu hu hu... Nak nak lagi bila dah selalu sangat dengar dari kawan-kawan dan membaca tentang isu buli di sekolah. Mau tak risau. Budak-budak sekarang dah tak sama macam dulu – berbeza sangat dah…. Kecil-kecil sekecil Darjah 1 pun dah pandai membuli student lain. Seriau Kak Fa bila dikenang-kenangkan.

Anak Kak Fa boleh cool jer? Ni orang dah buat dia ni... Tapi he did it right lah... Dia terus jadi reporter melaporkan kepada teacher Kumon dia. Alhamdulillah... Dia tau apa yang perlu dia buat sekiranya berhadapan dengan perkara sebegini. At least... For a six years old boy... This is consider good for Kak Fa. Hopefully tak ada sebarang kejadian Iyash di buli di Sekolah Rendah nanti. Kak Fa memang tak berhenti pesan dengan Iyash, kalau ada kawan-kawan buat Iyash terus beritahu teacher. Dahsyat budak-budak sekarang kan? Kecil-kecil lagi dah pandai nak terlibat dalam kes buli. Allahuakbar... Moga dijauhkan untuk anak-anak kita semua.

Setakat ni, ini boleh dikatakan two major concern Kak Fa tentang Iyash nak masuk Darjah 1. Perkara-perkara lain, walaupun Kak Fa cuak juga, masih boleh positifkan diri. In Shaa Allah. Sebab pada Kak Fa perkara-perkara yang lain tu Iyash masih boleh handle. Adalah here and there yang Kak Fa tak rasa Kak Fa boleh lepas terus… Biasalah Darjah 1 kan? Segala masih dalam pemantauan. Semoga anak-anak kita semua terus diberkati serta dilindungi oleh Allah SWT.

*Mana ada mak yang tak ada rasa risau even sikit pun kalau anak baru nak masuk Darjah 1 kan?

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !