DA VINCI KIDS APPS - Yang Ada Anak Wajib Muat Turun Aplikasi Edutainment Terbaik Ini!

Farah Waheda Wahid
0

Saidina Umar Al-Khattab berkata - didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Allah untuk zaman yang bukan zaman engkau. Hamka pula menjelaskan - anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Jelas? Faham? Beza kot? Dulu dan sekarang? Sekarang ni di usia muda dah jadi pakar teknologi. Kadang-kadang tu lebih pakar dari mak ayah. Ha ha ha... Sometimes scary juga sebab kita sebagai mak ayah ni bukannya sentiasa punya masa nak pantau penggunaan gajet anak-anak. Kita pun tak boleh nak pastikan seratus peratus sama ada apa yang anak kita gunakan, apa yang anak kita tonton adalah kandungan yang selamat. Sebab tulah, based on Kak Fa punya recent findings Kak Fa gigih nak galakkan semua ibu bapa di luar sana tu berkenalan dengan DA VINCI KIDS APPS - yang ada anak wajib muat turun aplikasi edutainment terbaik ini! Seriuslah... Ini memang dari pandangan peribadi Kak Fa sendiri.


As mentioned, it was my recent findings. Sebenarnya semua ni semata-mata Kak Fa semakin hari semakin concern dengan content yang dipaparkan oleh media melalui rancangan televisyen, aplikasi dan juga video-video yang mudah didapati melalui jaringan internet. Mengenangkan Kak Fa dah lihat sendiri bagaimana ada sesetengah kanak-kanak menjadi terlalu advance dan ada perkara yang sepatutnya tidak dicontohi atau diikuti oleh mereka di depan mata Kak Fa sendiri - secara tiba-tiba Kak Fa ingatkan diri Kak Fa sendiri tentang Iyash. Semua perkara yang Kak Fa lihat di depan mata Kak Fa ni membuatkan Kak Fa berkata-kata kepada diri Kak Fa sendiri, after all semua ni berbalik kepada sumber. Dari mana mereka belajar, dari mana mereka contohi dan dari mana mereka tengok. Then, I started to think, how safe is safe as I claimed and as the apps claimed? Betul tak?

Satu kelegaan bila Kak Fa tahu tentang kewujudan aplikasi DA VINCI KIDS. Nak tau kenapa? Let's roll about this apps in depth now.

Aplikasi DA VINCI KIDS


Aplikasi ni dah lama iaitu sejak tahun 2007 lagi dan sehingga kini sebenarnya aplikasi ini telah pun digunakan di lebih dari 100 kawasan di seluruh dunia dengan 19 versi bahasa melalui 3 benua termasuklah Asia. It's an award winning, curriculum based-show that can be enjoyed by the whole family dengan menekankan dua aspek utama iaitu:

STEM SKILLS

Sains, teknologi, kejuruteraan (untuk kanak-kanak) dan matematik.



SOFT SKILLS

Kebudayaan, seni, budaya, hobi, skil sosial dan sebagainya.

Sewaktu mula-mula Kak Fa explore aplikasi DA VINCI KIDS ni Kak Fa dapat simpulkan bahawa DA VINCI KIDS apps ni berperanan di dalam perkongsian idea-idea baru untuk menstimulasikan pemikiran kritis dan kritikal di kalangan kanak-kanak berusia 6 sehingga 12 tahun dan juga orang dewasa secara tak langsung. Yes... sebabnya seperti yang Kak Fa nyatakan sebelum ini, aplikasi ini bukannya khusus untuk kanak-kanak sahaja tetapi juga seisi keluarga. Kandungan di dalam aplikasi DA VINCI KIDS ni membantu ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak dengan lebih berkualiti.


Oh yes! Ini bukan apps biasa-biasa ya semua... Aplikasi DA VINCI KIDS pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Emmy Award for Snapshots program serta BAFTA Award winner in children's factual catergory untuk Operation Ouch.

Kenapa Kak Fa Suka Dan Cadangkan Aplikasi DA VINCI KIDS?

Mesti ada sebab Kak Fa gigih menaip dan bercerita tentang aplikasi ni kan? Mesti ada perkara yang Kak Fa nampak dan Kak Fa rasa Kak Fa tak patut pendam sorang-sorang sebab Kak Fa rasa aplikasi ni bermanfaat untuk semua keluarga. Here's come the W-H-Y:

Episod Penuh


Akses kepada lebih 2,500 award-winning curriculum-based videos yang tersedia serta sedia ditonton oleh seisi keluarga pada bila-bila masa.

Curated Content




Bermaksud kandungan-kandungan yang direka khusus untuk memberikan kanak-kanak kemahiran ilmu pengetahuan, kreativiti dan berfikir secara kritis yang lebih baik. What we believe are the drivers of intellect.

Lebih 200 Jam Untuk Edutainment




Video-video tersedia yang mengandungi unsur-unsur jenaka, imaginasi dan pendidikan bermakna yang merangkumi Sains, Matematik, Teknologi, Play and Make, Sejarah dan Keperibadian, Budaya, Kehidupan dan Alam serta Sukan dan Riadah.

Kids Safe dan Bebas Iklan

Ya...Ianya selamat untuk kanak-kanak di mana kanak-kanak boleh belajar mengikut tahap perkembangan mereka yang tersendiri dengan eksplorasi ke atas educational entertainment yang disediakan. Seluruh content di dalam aplikasi DA VINCI KIDS ini telah dipilih dengan teliti tanpa sebarang iklan. Iyalah sesetengah aplikasi kan penuh dengan iklan jer? Betul tak? Kadang tu entah iklan apa entah yang keluar. Hu hu hu.... Kita pun naik risau. Terutama iklan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak. But with DA VINCI KIDS apps ni parents tak perlu risau. Memang tak ada iklan langsung. Tenang rasa hati. Ha ha ha...

Educational and Fun


Pemikiran Kritis

Di mana video-video yang tersedia di dalam aplikasi ini membuka minda kanak-kanak dan menjawab hampir keseluruhan kenapa? dan bagaimana? sebagaimana yang sering kanak-kanak tanyakan kepada orang dewasa.

Permulaan Untuk Kanak-Kanak

Terbukti yang kanak-kanak akan belajar dengan lebih baik ketika mereka sedang gembira dan seronok. Aplikasi DA VINCI KIDS membantu secara tidak langsung untuk menjadikan kanak-kanak lebih bersedia untuk proses pembelajaran.

Bagaimana Untuk Muat Turun?

Aplikasi DA VINCI KIDS ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk pengguna Android dan Apps Store untuk pengguna iOS.

Berbayar Tak?

Ya. Ibu bapa perlu melanggan aplikasi DA VINCI KIDS bagi membolehkan anda dan anak-anak menggunakan full feature aplikasi ini. Harga langanan sangat berpatutan dan mampu milik.

Mungkin apabila anda memuat turun aplikasi ini nanti, sekali imbas terasa mahal? Secara jujur kalau tanya pendapat Kak Fa lah kan - demi keselamatan penggunaan gajet di kalangan anak-anak Kak Fa rasa harga langganan yang ditawarkan masih mampu milik. Alaaa... beli benda-benda lain, beli barang permainan beratus ringgit, pergi sana sini boleh? Takkan harga langganan ni tak boleh pertimbangkan ya tak? Ihiksss... Tapi betul what? Nak biarkan anak dengan gajet yang tak terjamin keselamatan kandungannya ataupun lebih rela mengeluarkan sejumlah wang yang dapat memastikan kandungan yang digunakan serta dilayari oleh anak-anak tu selamat.

Tapi... khusus untuk ibu bapa di luar sana, Kak Fa sebenarnya nak berikan 3 bulan akses penuh secara PERCUMA kepada aplikasi DA VINCI KIDS! Caranya bagaimana? Nantikan posting Kak Fa di laman Instagram Kak Fa @farahwaheda bila-bila masa dari sekarang untuk maklumat selanjutnya. Kak Fa nak cari 500 orang untuk Kak Fa belanja 3 bulan akses penuh secara PERCUMA kepada aplikasi ni. Sabar jap...Nanti Kak Fa umumkan bila-bila masa dari sekarang. So standby jerlah ya?


Untuk Maklumat Lanjut:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !