Home » , , , , , , , , , » Bagaimana Meminimakan Kesan Jerebu Kepada Anak?

Bagaimana Meminimakan Kesan Jerebu Kepada Anak?

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Keluar jer pintu pagi ni nak pergi kerja – mak aihhh makin teruk jerebu sehinggakan Kak Fa beritahu Mama Kak Fa- hari ni Firash duduk rumah tak payah pergi school. Risau pula rasa hati nak membiarkan dia pergi school dengan keadaan jerebu yang semakin teruk even tiada sebarang pemakluman lagi mengenai penutupan tadika atau sekolah dilakukan. Tapi memang teruk kan? Valid-lah kalau Kak Fa rasa risau kan? Kak Fa tak cakap Kak Fa seorang jer yang risau. Pastinya ibu bapa lain dekat luar sana pun ada rasa risau juga. Kak Fa risau sebab early of this year Firash dah dimasukkan ke wad disebabkan oleh Influenza A… Bimbang kalau-kalau immune system dia masih lagi building up dan bila dia tak tahan dengan jerebu takut nanti lain pula cerita. So, pada hemat Kak Fa…eloklah Kak Fa kuarantin Iyash dulu buat sementara waktu. Dahlah baru jer nak recover dari muntah-muntah berulang kali secara tiba-tiba minggu ni. Kuarantin jerlah… Mak ayah mana yang tak risau kan? So musim-musim jerebu ni elok sangat kalau semua mak ayah termasuk Kak Fa ambil tahu cara bagaimana meminimakan kesan jerebu kepada anak. Kanak-kanak fragile dan belum ada topeng khas yang direkabentuk memang betul-betul untuk kanak-kanak di musim jerebu setahu Kak Fa. Kalau ada pun, belum tentu mereka boleh bertahan lama untuk memakai…mesti sekejap jer dah nak tanggalkan. Ha ha ha….

Note that yang kanak-kanak adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami kesihatan terjejas akibat dari jerebu. Sekarang ni pun, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa negeri telahpun mencatat bacaan tidak sihat kan? Bilalah nak berakhir kan? Nak tau seteruk mana tahap bacaan IPU bagi jerebu, sila rujuk Jadual Nilai IPU dan Tahap Kualiti Udara di bawah:


As of today, sepertimana yang dilaporkan oleh Kosmo Online di SINI, beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan IPU daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101. Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 10 pagi, 13 September 2019, sebanyak 24 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. Banyak kawasan dah mula mencatat IPU tidak sihat nih…. Kak Fa baru jer check ni ha… Hu hu hu… Daerah Kuala Selangor dan juga Petaling Jaya memang tahap tidak sihat now. I think I did the right decision kot? Kuarantin Iyash dalam rumah hari ni? Kan?

Apakah Kesan Jerebu?

Seperti yang kita semua tahu, fenomena jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara gejala-gejala yang boleh dihidapi adalah:
  1. Batuk dan sesak nafas.
  2. Sakit tekak.
  3. Iritasi mata seperti mata menjadi pedih, berair dan gatal.
  4. Sakit kepala, pening, loya dan muntah.
  5. Mudah rentan kepada penyakit saluran pernafasan akut.
  6. Pencetus kepada serangan asthma.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Meminimakan Kesan Jerebu Kepada Anak Kecil?


Meminimakan Aktiviti Luar Rumah (Elakkan Terus Jika IPU Mencecah 200)

Aktiviti luar rumah perlu diminimakan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Tutup pintu dan tingkap sehingga keadaan jerebu berkurang atau pulih sepenuhnya. Jika menggunakan penghawa dingin, pastikan penghawa dingin diselenggara dan berfungsi dengan baik. Bersihkan bahagian filter penghawa dingin. Aktiviti luar seperti beriadah di taman, ber- joging, berbasikal dan sebagainya perlu dihentikan buat sementara. Pilih untuk membawa anak-anak ke tempat-tempat yang menawarkan aktiviti indoor.

Jauhi Asap Rokok

Sudahlah berjerebu, jika anak-anak anda turut terdedah kepada asap rokok, sudah pasti ini akan menambahkan risiko bahaya kesihatan terhadap anak-anak anda. Jika ada di antara ahli keluarga yang menghisap rokok, elakkan merokok di dalam rumah atau di sekitar anak-anak. Paling baik adalah untuk mereka terus berhenti daripada tabiat ini.

Minum Banyak Air

Galakkan anak-anak untuk minum banyak air untuk mengekalkan tahap hidrasi yang optimum. Vitamin C juga dapat membantu pertahanan badan. Jika anda menyusukan bayi anda, teruskan dan pastikan bayi anda mendapat susu yang cukup.

Pastikan Anda Menyimpan Ubat Secukupnya

Jika anak anda mempunyai masalah kesihatan seperti asma, pastikan anda mempunyai akses kepada ubat-ubat yang diperlukan. Pastikan anak anda mengambil ubat-ubatan mengikut nasihat doktor. Jika anak anda mula menunjukkan kemerosotan kesihatan, segera bawa anak anda untuk mendapat perhatian doktor. 

Kenapa Kanak-Kanak Berisiko Untuk Menghadapi Masalah Kesihatan Ketika Jerebu?

Tidak seperti orang dewasa, sistem imunisasi badan dan pertahanan paru-paru kanak-kanak masih tidak matang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kesihatan apabila jerebu melanda. Terutamanya kanak-kanak yang memang sudah sedia ada mempunyai masalah jantung dan paru-paru seperti lelah.

Adakah Topeng Muka N95 Dan Surgical Mask Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

Topeng muka N95 sebenarnya tidak direka untuk kegunaan kanak-kanak. Disebabkan itu, apabila dipakai oleh kanak-kanak, topeng ini tidak dapat melekap dan menutupi bahagian hidung dan mulut dengan sempurna menjadikan ia tidak seefektif sebagaimana jika ia dipakai oleh orang dewasa.

Surgical mask pula tidak direka untuk melekap pada muka, dan ia juga tidak direka untuk melindungi pemakainya daripada zarah yang kecil atau particulate matter. Oleh itu zarah-zarah kecil daripada jerebu ini masih boleh menjejaskan pemakai.

Langkah paling penting untuk melindungi anak-anak anda adalah meminimakan atau jika boleh, mengelakkan terus aktiviti luar rumah. Jika terpaksa membawa anak-anak keluar, anda masih boleh memberi mereka memakai topeng muka jika ini membuatkan mereka lebih selesa dan sekurang-kurangnya mengurangkan bau tidak enak yang berpunca daripada jerebu. Namun, kita perlu ingat bahawa topeng muka mempunyai kelemahan untuk pemakai kanak-kanak dan ia bukanlah langkah utama untuk melindungi anak-anak daipada kesan jerebu.

*Semoga jerebu cepat berakhir… Yang dewasa pun rasa tak selesa inikan lagi pula kanak-kanak kan?

Rujukan: SINI dan SINI
Terimakasih telah membaca artikel Bagaimana Meminimakan Kesan Jerebu Kepada Anak?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.