Back To Basics - Projek CARDBOARD CITY Bersama Iyash - Inspirasi Natural Parenting dari FRISO GOLD

Farah Waheda Wahid
0

Memang benar zaman telah berubah dan anak-anak juga membesar di dalam trend dan culture yang berbeza. Memang benar juga kata-kata Hamka bahawasanya anak untuk zaman akan datang, bukan untuk zaman kita. Nothing wrong with this and Kak Fa pun follow jer flow. Tapi... sesekali Kak Fa tetap akan selitkan teknik tradisi dalam parenting Kak Fa. The way I am raising Iyash more or less blended parenting technique. Ada yang lama dan ada juga yang baru. Ok what? It's fun lah.... Macam minggu lepas, Kak Fa back to basics - projek CARDBOARD CITY bersama Iyash - inspirasi Natural Parenting dari FRISO GOLD. Sesekali beraktiviti macam ni seronok juga. Iyash pun sama naik syeh sampaikan asyik berulang-ulang kali minta pada Kak Fa untuk belikan dia bahan-bahan sebab nak buat sekali lagi projek ni. Nampak tak? Yang lama itu tidak semestinya membosankan. Sesekali bila dilakukan, mampu meninggalkan impak dalam kehidupan anak-anak.

Talking about Natural Parenting... Sebenarnya tidak ada sebarang definisi yang spesifik untuk Natural Parenting cuma kebiasaannya Natural Parenting adalah merujuk kepada lifestyle ibu bersama anak-anak yang kembali kepada cara parenting yang paling asas seperti joint engagement, kasih-sayang dan rasa hormat. Melalui Natural Parenting, ibu sebenarnya belajar untuk menjadi lebih sensitif kepada keperluan anak-anak di dalam cara yang spontan dan mengikut flow yang tersendiri. Inilah titik tolak di mana kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak bersama-sama berkembang di dalam satu hubungan yang unik.

Anak Dan Ibu Berkembang Bersama Melalui Perkongsian Pengalaman

Dalam konsep Natural Parenting, belajar melalui pengalaman adalah proses dua hala yang melibatkan kedua-dua ibu dan juga anak. Perkongsian pengalaman di antara ibu dan anak sewaktu melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan memberikan aura positif dan juga bonding moments yang sangat bermakna buat ibu dan anak.

Sewaktu meluangkan waktu bersama-sama, ibu dan anak berpeluang untuk fokus kepada bonding di antara satu sama lain melalui interaksi yang sangat bermakna. Moment ini membantu untuk memberikan mutual reassurance kepada ibu dan anak di dalam hubungan kasih-sayang mereka. Memori yang positif yang sebenarnya kan sangat memberikan impak kepada memori anak-anak.

Contohlah contoh yang Kak Fa nak berikan...Melalui aktiviti CARDBOARD CITY yang Kak Fa lakukan bersama-sama Iyash minggu lalu. Who says hanya gajet mampu membuatkan anak-anak rasa gembira? Siapa cakap tu? Jawapannya tidak ya. Dari saat persediaan untuk melakukan aktiviti lagi Firash dah teruja sangat-sangat sampai tak menang tangan Kak Fa.




Ironinya, hampir semua kanak-kanak gemar bermain kertas kotak atau kadbod. Mereka boleh berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya.



Samalah halnya dengan Iyash...cuma bezanya kali ni instead of mentransformasi kadbod kepada kereta, kapal terbang - kami come up dengan projek CARDBOARD CITY. Membina bandar kadbod mengikut kreativiti Iyash. Kak Fa cuma bantu sikit-sikit dan kemudian beri idea kepada Iyash untuk tambah aksesori tambahan pada objek imaginasi Iyash seperti haiwan, kereta dan sebagainya. Sedar tak sedar sebenarnya Kak Fa sedang mengasah lagi penguasaan skil motor halus.







Dari penyediaan bahan, sehingga ke proses penyediaan dan sehinggalah terhasil - tekun dan bersungguh-sungguh. Muka pun senyum jer sepanjang proses aktiviti ini. Berbeza dengan permainan yang dibeli di kedai atau dihadiahkan kepada Iyash sebelum ni yang mana kalau dapat, mula-mula jer bersungguh main lepas tu nanti esok lusa bila dah bosan terperuk dalam stor atau bilik permainan Iyash.... Untuk CARDBOARD CITY yang terhasil ni, sehingga ke hari ini, dah hampir seminggu la kiranya masih lagi ada CARDBOARD CITY tu... Masih tak jemu-jemu lagi dia bermain CARDBOARD CITY yang kami sama-sama hasilkan.

Bagaimana Kanak-Kanak Berkembang Melalui Perkongsian Pengalaman Ini?

Sejak lahir, kanak-kanak mempunyai naluri semulajadi untuk bereksperimen dan belajar dari pengalaman. Dengan kehadiran seorang ibu sebagai supporter kuat, sebenarnya ia dapat memberikan keyakinan serta galakan kepada anak untuk meneroka. Anak-anak mula belajar untuk meneroka serta berinteraksi dengan persekitaran mereka. Mereka akan mula memahami dengan lebih banyak tentang diri dan dunia dan menguasai perkembangan mereka sendiri. Mereka akan belajar untuk menjadi lebih berdikari dan secara tak langsung menjadi lebih matang secara semulajadi.

Bagaimana Pula Seorang Ibu Turut Sama Berkembang Melalui Perkongsian Pengalaman Ini?

Bagi Kak Fa, melalui aktiviti-aktiviti Natural Parenting yang Kak Fa lakukan selama ini bersama Iyash, Kak Fa belajar bila untuk memberikan sokongan kepada Iyash untuk Iyash meneroka dengan selamat dan produktif dari persekitaran. Kak Fa juga belajar bila hendak melepaskan dan membenarkan Iyash untuk bebas melakukan apa yang dia suka.

If ever Firash perlukan support Kak Fa, Kak Fa belajar untuk tawarkan sokongan dan secara beransur-ansur Kak Fa memberikan Iyash kebebasan. Melalui aktiviti seumpama ini, bukan setakat anak yang mengetahui lebih banyak tentang diri mereka dan dunia mereka, tetapi sebagai seorang ibu Kak Fa rasa ia membuatkan seorang ibu lebih terbuka untuk meneroka pengalaman baru bersama anak. Maksudnya Kak Fa lebih actively involve di dalam kehidupan Iyash and Iyash tahu no matter what, his Mom is always there to support him. Indirectly sebenarnya, Kak Fa instil kekuatan Iyash dan berikan Iyash inspiration kepada Iyash untuk memahami keunikan dirinya dalam kehidupan.

Satu pengalaman yang sangat menarik dan terus-terang Kak Fa katakan, setiap ibu perlu mencuba at least sekali melakukan aktiviti seumpama ini bersama anak-anak masing. Untuk inspirasi aktiviti yang bercorak Natural Parenting dan untuk info lebih lanjut mengenai Natural Parenting anda boleh melayari https://www.frisogold.com.my/toddler/campaign/about-natural-parenting-snow

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !