Anak Muntah-Muntah Berulang Kali Secara Tiba-Tiba

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ini kisah Ahad minggu lepas Kak Fa… Start dari pukul dua lebih Firash muntah berlambak-lambak secara tiba-tiba, berulang pukul 4 lebih muntah lagi kemudian dalam perjalanan ke klinik, berhenti tepi jalan dan muntah sekali lagi – Kak Fa dah terjentik hati. Tak panik…Serius tak panik tetapi sel-sel otak mula bekerja memikirkan sebab dan punca sambil sudah mula susah hati. Pengalaman pertama kot lihat Iman Firash muntah-muntah macam ni. Sebelum-sebelum ni mana ada? Gila tak fikir macam-macam bila anak muntah-muntah berulang kali secara tiba-tiba? Mulalah otak dok memikir – ada salah makan ke? ada salah minum ke? perut masuk angin ke? perut kembung ke? Ha ha ha… Kalau fikir sampai tahun depan pun tak habis ok? Apa lagi? Nak tunggu apa lagi? Terus jerlah ke klinik. Bukan masa nak cari jawapan di sosial media ataupun internet. Masa untuk bertindak. Kita bukannya pakar sangat pun nak handle semua seorang diri sampai selesai. Ada masa kita perlukan bantuan pakar kan? Jangan ambil risiko…laju-laju jer terus ke klinik atau hospital. Mana yang terdekat-lah.


Kak Fa bab-bab Firash ni memang tak ada kompromi. Memang kalau ada benda yang tak kena jer pada Firash memang Kak Fa tak tunggu lagi untuk bertindak. Anak kan? Dahlah seorang tu jer tak ada dua tak ada tiga. Tapi kalau ramai pun tetap sama jer treatment Kak Fa to each and every one of them. Ingat senang ke nak keluarkan anak untuk ambil ringan? Ha ha ha…Faham kan?

Sedikit info untuk makluman semua ibu bapa di luar sana mengenai anak muntah-muntah yang Kak Fa petik dari sumber dari SINI:

Punca / Penyebab Muntah

Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
  • Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ‘stomach flu’.
  • Keracunan makanan.
  • Mabuk perjalanan.
  • Terlebih makan.

Sebab-sebab jarang berlaku tetapi serius:
  • Jangkitan selaput otak atau otak/ensefalitis (meningitis or encephalitis).
  • Kecederaan /hantukan pada kepala/otak.
  • Ketumbuhan dalam otak.
  • Usus tersumbat/tersekat.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Ketoacidosis diabetik.
  • Kegagalan hati.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Penyakit metabolik.
  • Radang appendiks.
  • Radang pankreas.

Apakah Tanda dan Gejala Penting Yang Lain?

Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dehidrasi (penyahairan) berlaku. Keadaan ini terjadi apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Ini yang Kak Fa risau semalaman ok? Minum air jer terus muntah balik melambak-lambak keluar air, minum susu even sikit pun terus muntah melambak-lambak…Makan jauh sekalilah dia nak. Takut betul Kak Fa kalau Firash dehidrate.

Dehidrasi dikategorikan seperti berikut:

Dehidrasi Ringan Ke Sederhana

  • Mulut/lidah kering.
  • Bibir merekah.
  • Tiada/kurang air mata semasa menangis.
  • Tidak membuang air kencing selama tempoh 4-6 jam (lampin tidak basah di dalam tempoh tersebut).
  • Ubun-ubun di kepala bayi menjadi cengkung.
  • Gelisah.

Dehidrasi Yang Teruk

Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
  • Kulit kering, berkedut.
  • Tidak bermaya. letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Susah bernafas.
  • Denyutan nadi lemah dan sangat cepat.
  • Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk.
  • Enggan makan.

Tanda-Tanda Bahaya

Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan/penyakit yang lebih bahaya:

  • Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang dari 1 bulan.
  • Demam, suhu badan > 38oC.
  • Muntah berdarah.
  • Muntah cecair berwarna hijau.
  • Muntah selepas berlaku kecederaan di kepala.
  • Kekeliruan dalam keadaan mengantuk atau lali.
  • Pucat.
  • Mata jadi kuning.
  • Susah bernafas.
  • Perut mengembung.
  • Muntah yang berterusan dan sukar untuk makan.

Apakah Komplikasi Akibat Muntah?

Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dehidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas. Komplikasi lain termasuk:
  • Organ tidak berfungsi seperti kegagalan buah pinggang.
  • Kecederaan pada saluran esofagus disebabkan oleh muntah yang berulangan.
  • Komplikasi yang berkaitan dengan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Bagaimana Muntah Boleh Dirawat?

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dehidrasi tidak berlaku.

Bagi bayi berumur kurang daripada 6 bulan:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (oral rehydration salt – ORS) dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Berikan 2-3 sudu teh setiap 15-20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi tersebut, tambahkan jumlah ORS beransur-ansur (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar dengan setiap penyusuan).
  • Jangan beri air kosong  atau ORS berperisa.
  • Jika bayi menyusu susu formula, anda boleh mulakan menyusu bayi anda selepas bayi anda tidak lagi muntah dalam masa 6-8 jam.
  • Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, anda boleh menyusu bayi anda selama 5-10 minit untuk setiap payudara setiap 2 jam. Selepas 6-8 jam bayi anda tidak lagi muntah, anda boleh menambahkan masa penyusuan.

Bagi bayi di peringkat umur 6 bulan sehingga 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh air garam rehidrasi (ORS) setiap 15 – 20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS yang diberi (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Jangan berikan air kosong.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan.
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
  • Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.

Bagi kanak-kanak lebih daripada 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 – 20 minit.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa boleh diberikan.
  • Sekiranya anak anda boleh menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur cuba berikan anak anda sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur/nasi yang tidak pedas dan mee).
  • Jangan memaksa anak anda makan.
  • Selepas 24 jam tidak muntah, beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.


As for Firash punya kes on last Sunday – doktor berikan dua jenis ubat kepada Firash. Ubat muntah yang dipanggil Gravol/Novomin dan ubat angin/sakit perut yang dipanggil Dicyclomine/Colimix. Memang kembung perut Firash pun. Doktor periksa keras. Tapi pelik jugaklah sebab nak kata tak makan, dia makan. Cuma semalam bila suruh makan dia tak nak makan dulu, dia agak lewat makan. Mungkin tulah sebabnya tu. Kebiasaannya ok jer… tapi nak dijadikan sebab kan?

Balik dari klinik masih lagi muntah, tak nak bagi air kosong dulu tapi dia tetap nak juga… hu hu hu… payah nak cakap juga Iyash ni kekadang… Bila dia kata nak tu dia naklah… Tapi sudahnya bila minum muntah balik melambak-lambak air kosong tu. Bagi minum susu, dia tak berapa nak… Even minum sikit, masih muntah juga. Suruh makan tak nak. Memang tak selera dia nak makan. Akibatnya, semalaman jugalah Kak Fa ni tak tidur menjaga Firash. Mujurlah bagi minum jus oren dia tak muntah. Memang tu jerlah minuman dia sepanjang malam tadi.

Bangun pagi esoknya, pujuk dia untuk makan roti sikit-sikit. Bukan sekaligus tapi sikit-sikit, nak tengok dia muntah lagi ke tidak. Macam mana pun perut kena isi kan? Takkan nak dibiarkan kosong jer. Tapi nampaknya Alhamdulillah… makan sikit-sikit tu tak muntah pula. Masih dalam proses penyembuhan pada waktu dan ketika ini. Kak Fa masih tengah pantau Firash ni, tengok Firash selesa ke tidak. Kalau tak sedap hati jer, memang Kak Fa terus bawa ke klinik ambil Guarantee Letter dan terus ke Avisena jer. Hu hu hu…Tapi harapnya tidaklah… Harapnya perkembangan Firash terus positif sahaja hendaknya.

*Kalau ada yang tak kena dengan anak-anak, tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di What’s App / Telegram / Line / Mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan kesihatan anak anda. Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya. Masa adalah nyawa.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !