3 Perkara Ibu Ayah Kena Tahu Bila Anak Masuk Darjah 1

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tak berpengalaman… dan baru nak melalui serta merasa pengalaman anak masuk Darjah 1 pada tahun 2020. Ha ha ha… Makanya sibuklah mencari tahu dan mengambil tahu segala bagai informasi, situasi serta senario anak-anak yang bersekolah terutamanya yang bakal menjadi murid baru di Sekolah Kebangsaan nanti. Walaupun mungkin sekadar maklumat dan informasi biasa-biasa jer yang semua orang boleh tahu dan agak tetapi tetap penting untuk pengetahuan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki Darjah 1 nanti. 3 perkara ibu bayah kena tahu bila anak masuk Darjah 1. Apa ya?

Sepertimana yang dinyatakan melalui sumber di SINI:

Minta Duit Kawan

Masalah ini berlaku saban hari di sekolah dan ianya melibatkan murid Tahun 1 sehingga 6. Banyak aduan diterima setiap hari dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyikan. Tugas ibu bapa? Didik anak di rumah agar tidak meminta duit kawan meskipun duit anak sudah pun habis. Minta anak berjumpa dengan guru bertugas atau guru kelas. Masalah paling sukar yang guru hadapi adalah sudah pesan banyak kali pada murid jangan beri pinjam duit. Laporkan pada cikgu jika ada murid lain minta duit. Laporan tak ada, tiba-tiba mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta. Bila panggil anak tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, dengan selamba si anak menjawab, “kalau tak bagi nanti dia tak nak kawan”. Letih sebenarnya main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30.00 pun ada. Sehari minta seringgit dua.

Akhirnya cikgu terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ni. Terkejut ibu bapa dengan sikap anak sendiri yang suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari tetapi masih minta duit kawan. Lebih seram, ibu bapa tak nak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu twist cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!

Selalu Tinggal Barang

Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris ditinggalkan. Dekat kantin berpuluh botol air tidak dituntut. Masalah tinggal barang sahaja boleh tahan lagi. Balik rumah anak cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Walhal sebenarnya anak tu tak nak kena marah dengan mak ayah. Ini masalah besar.

Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selau dicuri oleh Polan Bin Polan. Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid itu pulang cerita dekat mak ayah dia cikgu tuduh mencuri. Walhal, baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu. Padahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.

Suka Ambil Barang Orang

Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang. Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji, 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah.

Bekas pensel dia semua penuh dengan harta rampasan perang. Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum. Last-last tinggal tujuh titik jer air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur dengan air liur tinggalan pembalun lima titik.

Makanya… kesimpulan? Kita ni mak ayah, even kita beri duit belanja pada anak-anak, walau sekalipun anak kita ni baik-baik (In Shaa Allah), kena pesan hari-hari – Jangan minta duit kawan. Jangan ambil barang kawan. Jangan makan bekal kawan. Walau berkodi-kodi alat tulis kita sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari. Walaupun dia kata kawan yang bagi.

Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tertinggal barang tersebut. Atau barang jatuh dia tak kutip. Yang penting jangan cepat melenting, jangan cepat ambil kesimpulan dan didikan pertama itu kan bermula di rumah?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ni la karenah karenah anak anak bila darjah 1.

    ReplyDelete
  2. betoi..kebanyakan perkara di atas berlaku pada pelajar tahun satu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !