10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Sarapan Percuma Di Sekolah Rendah

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Alhamdulillah…Rezeki anak-anak Sekolah Rendah bermula pada tahun 2020 untuk mendapat sarapan percuma di sekolah. Sekurang-kurangnya tak adalah perut tu kosong ya tak? Bila perut kenyang baru senang nak mencerna ilmu yang disampaikan dengan lebih baik. Kalau belajar di dalam keadaan perut kosong dan tidak selesa pun boleh menggangu sesi pembelajaran serta fokus juga. Betul tak? Terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang program sarapan percuma di Sekolah Rendah sepertimana yang telah digembar-gemburkan.

Kredit: Sumber dari Google


Apakah Tujuan Utama Perlaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP)?

Program ini dilaksanakan bertujuan memberikan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka.

Siapakah Kumpulan Sasar Bagi Program Ini?

Kumpulan sasar bagi program ini adalah semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang.

Bagaimana Pula Dengan Murid Prasekolah dan Sekolah Menengah?

Murid prasekolah dan sekolah menengah tidak terlibat untuk program ini dan makanan untuk murid prasekolah melibatkan tatacara perolehan yang berlainan.

Bilakah Program Ini Akan Mula Dilaksanakan?

PSP akan mula dilaksanakan bermula pada sesi persekolahan tahun 2020.

Bagaimanakah PSP Diuruskan & Pihak Mana Bertanggungjawab Untuk Menyediakan Sarapan Ini?

PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat.

Pada Waktu Bilakah PSP Akan Dilaksanakan Pada Setiap Hari Persekolahan?

PSP dicadang untuk dilaksanakan selama 30 minit di antara jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4.00 petang bagi sekolah sesi petang.

Bagaimanakah Kos Sarapan Bagi Setiap Murid?

KPM sedang meneliti kos yang bersesuaian bagi memastikan semua murid dapat menikmati hidangan yang baik dan berkualiti.

Bagaimanakah KPM Akan Menentukan menu PSP Ini Dan Menjamin Kualitinya Nanti?

Proses penentuan menu PSP adalah melalui perbincangan berterusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan, KPM bekerjasama dengan KKM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar-pakar pemakanan di universiti tempatan bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan.

Adakah KPM Melaksanakan Sebarang Projek Rintis Terhadap PSP?

PSP rintis telah bermula sejak awal Ogos 2019 dan dijangka berakhir pada Oktober 2019. KPM akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk melaksanakan PSP secara lebih baik dan menyeluruh.

Bagaimana Pula Dengan Peruntukan Untuk Melaksanakan PSP?

Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan untuk PSP ini.

Kak Fa sebagai seorang ibu yang bakal mempunyai anak yang akan bersekolah di Tahun 1 pada tahun 2020 menyambut baik perlaksanaan PSP ni sebabnya bagi Kak Fa sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari setiap individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga dua belas tahun, makanan rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Ha ha ha…cumanya… tulah…Iyash ni picky eater…Dia cuma nak makan, makanan yang Mommy dia bekalkan jer…even sewaktu tadika ni pun. Dia takkan usik makanan selain daripada yang Mommy sediakan dan bekalkan. Perhaps… mungkin bahagian Iyash tu diberikan kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan ke kan? Tak pun kalau semua dapat sama rata, Iyash boleh jer derma pada kawan-kawan yang suka makan betul tak?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !