Variasi Perabot Berkonsepkan SCANDINAVIAN Yang Mampu Milik Di F.O.C Asia

Farah Waheda Wahid
0

Terus-terang ajerlah ya? Kak Fa memang tak berkenan bila kediaman yang Kak Fa duduki sarat dengan perabot yang besar-besar dan dihiasi dengan terlalu banyak elemen berbunga-bunga. Kak Fa sukakan suasana kediaman yang menyeimbangkan tiga kunci utama iaitu praktikal, kesederhanaan dan estetik di dalam rekaan. Minimalis tetapi tidak melupakan nilai estetika. Itu ciri kediaman yang Kak Fa sukai dan apa yang Kak Fa suka ini adalah merupakan paduan gaya dari Sweden, Norway, Denmark dan Finland yang berkonsepkan SCANDINAVIAN yang banyak menggunakan elemen natural, pelet warna neutral dan garisan kemas selain bermain dengan limpahan cahaya hasil daripada perabot yang minimalis bagi memberi impak luas di dalam setiap ruang. Kisahnya… memang Kak Fa hunting perabot di sana sini. Macam-macam tempat Kak Fa pergi dan terbaru, sunggulah Kak Fa tertawan dengan variasi perabot berkonsepkan SCANDINAVIAN yang mampu milik di F.O.C Asia. Rambang mata lah sangat jadinya bila berada di F.O.C Asia.

Cumanya sebelum Kak Fa bercerita tentang F.O.C Asia, Kak Fa nak kongsi ilmu sedikit mengenai ciri-ciri asli konsep dekorasi SCANDINAVIAN yang wajib anda tahu yang Kak Fa petik dari sumber di SINI:

Scandinavian Style menurut penjelasan Kerryn Harper  di dalam penulisan bukunya yang bertajuk Home Style (Choose and create the look that’s right for you and you home) adalah merujuk kepada wilayah yang terletak di hemisfera utara di antara negara Norway serta Sweden. Wilayah ini kekurangan sumber cahaya semulajadi iaitu dari matahari di sebelah siang terutamanya pada musim sejuk berikutan lokasi muka buminya yang bergunung-ganang dan dilitupi salji.

Oleh itu, untuk memastikan dalaman rumah mendapat cahaya yang sepatutnya, mereka akan mengecat setiap dinding dengan warna putih serta pada masa yang sama, material utama untuk kediaman di sini banyak menggunakan bahan berunsurkan kayu sebagai sokongan kepada elemen semulajadi.

Selain itu, warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta membiaskan cahaya dengan efisien di dalam kediaman apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu elektrik. Di samping itu juga, ada juga dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya.

Kesesuaian Konsep SCANDINAVIAN Mengikut Personaliti

Konsep ini sesuai jika anda adalah seorang individu yang menyukai sesuatu yang moden tetapi tidak terlalu tradisional serta suka kepada susunan yang teratur, sukakan warna yang cerah serta penambahan cahaya, ingin nampak elegan dan suka kepada elemen semulajadi seperti perabot dan lantai kayu.

Konsep SCANDINAVIAN tidak sesuai jika anda adalah seorang individu yang menyukai kepelbagaian warna dalam kediaman dan tidak suka kepada material kayu yang tidak berapa baik dalam menyerap bunyi tapak kaki.

Ciri-Ciri Konsep SCANDINAVIAN

1. Dinding putih atau warna lembut.
2. Banyak menggunakan material berasaskan kayu seperti dari pokok Birch dan Pine seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya.
3. Tingkap memanjang untuk memaksimumkan kemasukkan cahaya.
4. Konsep susun atur rumah yang terbuka.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Bagi Kak Fa, gaya SCANDINAVIAN ni adalah merupakan gaya ringkas, kelihatan ringan dan memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Rasa indah jer…rasa selesa jer. He he he…  Kalau anda punya citarasa yang sama dengan Kak Fa – ini yang Kak Fa nak sarankan ni…. kalau nak cari perabot berkonsepkan SCANDINAVIAN, sekurang-kurangnya sekali… Tolong jejakkan kaki ke F.O.C Asia yang terletak di Aras 1, Lot 25125, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Untuk peta lokasi boleh rujuk pautan di SINI.

Sebenarnya, F.O.C Asia ni adalah the newest kid on the block. Baru jer…Baru beroperasi pada tahun 2019 ni ha dan memang terdapat banyak perabot berkonsepkan rekabentuk SCANDINAVIAN yang telah dihasilkan melalui buatan tangan. Kesemua perabot-perabot yang terdapat di F.O.C Asia dipilih dan diperoleh terus dari kilang-kilang di Malaysia. Kak Fa ulangi, kilang-kilang di Malaysia. Made in Malaysia ok? So…seharusnyalah Kak Fa support perabot buatan Malaysia yang moden dan berkualiti tinggi serta mampu milik.











Memang rambang mata bila berada di F.O.C Asia dan kalau duit Kak Fa ni kepok-kepok dalam bank, rasanya mahu tempoh hari Kak Fa dah borong semua perabot yang berjaya memikat hati Kak Fa. Ha ha ha…. Make over terus keseluruhan rumah. Dari ruang tamu, ruang makan sehinggalah ke bilik tidur. Semua cantik-cantik dan semua mampu milik. Bermula dari harga serendah RM 199.00 dan finishing setiap perabot yang terdapat di F.O.C Asia sememangnya sangat kemas dan padu. Kak Fa kan orang yang detail? Makanya, dah tentu-tentu Kak Fa tengok dan belek semua kemasan perabot yang dipamerkan. Duduk dalam galeri F.O.C Asia, silap-silap haribulan Kak Fa boleh tak sedar yang setengah hari jer Kak Fa rounding dan belek semua perabot di dalam tu. Tapi memang hampir setengah hari pun Kak Fa di situ. Cari apa? Kak Fa sebenarnya cari coffee table. Dekat rumah Kak Fa belum ada coffee table lagi. Hu hu hu…Bila tetamu datang terpaksa hidang air dekat meja makan. Jadi keperluan tu memang ada.

Hunting punya hunting…akhirnya Kak Fa bertemu dengan coffee table idaman hati Kak Fa di F.O.C Asia. Jujurnya, masa tengah pilih-pilih tu, Kak Fa tak tau sebenarnya yang mana satu Kak Fa patut pilih. As I mentioned earlier, jadi rambang mata! Pilih punya pilih Kak Fa dapat satu! Tadaaa….


Inilah dia coffee table Kak Fa dari F.O.C Asia yang berharga RM 469.00 tapi sangat padu ketumpatannya. Ha ha ha… Ini confirm tahan lama ni. Memang Kak Fa confirm tahan lama, sebab sangat padu dan memang jenis yang tahan lasak.

Ehhh…sekarang ni sedang berlangsung promosi Hari Kemerdekaan Malaysia tau… Ada banyak promosi-promosi menarik (diskaun menarik) yang ditawarkan oleh F.O.C Asia. Cubalah pergi dan tengok dengan mata kepala sendiri ok? Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Untuk Maklumat Lanjut:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !