Tips Memilih Baju Sekolah

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tengah buat budgeting…sambil-sambil berangan tentang baju sekolah Iyash untuk ke Tahun 1 nanti. Ada orang kata – awal sangat tu Kak Fa oiii! Kot-kot ye pun teruja kan? Ha ha ha… Tak boleh nak buat apa dik non oiii….Memang sejenis perangai yang suka plan ahead dan suka nak buat kira-kira terlebih awal. Mungkin darah sebagai accounting student tu masih sebati dalam jiwa…ahaksss…tak banyak sikit memang macam ni lah perangainya walaupun tak practice account kan? Alaaa…. baju sekolah semua saja jer Fa oiii…Ada orang kata lagi… Pemikiran kita mungkin agak berbeza di situ. Hu hu hu… Bagi Kak Fa keselesaan baju sekolah tu memang amat penting. Kak Fa membayangkan Iyash memakai pakaian sekolah selama lebih dari 190 hari! To be fair, kita kalau pakai baju pun nak selesa juga kan? Bayangkanlah juga selama lebih 190 hari dari tengah hari sampai ke petang. Lama tu… Kalau tebal sangat nanti berlengas pula…Kalau nipis sangat nanti, kain cepat reput atau koyak. Memang pentinglah untuk tahu tips memilih baju sekolah yang selesa dan tepat untuk anak-anak kan?

Material Baju

Pilih material baju yang betul, jangan terlalu tebal dan tidak serap peluh. Para pelajar sememangnya aktif ketika berada di sekolah. Nak-nak lagi anak lelaki macam Iyash kan? Ha ha ha…Memang tak reti duduk diam dan maunya berlari sana-sini tu. Hu hu hu…. Jika memakai baju sekolah yang tidak menyerap peluh, badan pelajar akan jadi melekit dan boleh menghasilkan bakteria yang boleh menyebabkan ruam pada badan.

Jahitan Baju

Jenis jahitan yang kasar kadang-kadang boleh menyebabkan baju sekolah mudah koyak. Pilih baju sekolah dengan jahitan yang kemas dan rapi supaya baju sekolah yang dipakai tahan lama.

Kualiti Kain

Pemilihan kualiti kain amat penting kerana sesetengah kain baju sekolah yang dipakai oleh pelajar mudah nampak kusam (Kak Fa tak suka…even masa Kak Fa sekolah dulu pun…) dan lusuh walaupun baru beberapa kali dipakai. Oleh itu, kualiti kain yang dipilih mestilah tepat. Contohnya memilih jenis kain “easy-ironing” atau mudah digosok bagi pelajar untuk tampil lebih kemas seharian di sekolah.

Pilih Ukuran Yang Betul

Sebaik-baiknya di dalam melakukan ukuran baju pelajar, pilih baju yang ukurannya lebih sedikit berbanding saiz asal. Ini disebabkan para pelajar membesar dengan cepat secara tidak langsung memberi kesan pada pemakaian sekolah mereka.

Basuh / Rendam Baju Sekolah Sebelum Guna

Ramai yang tidak tahu bahawasanya adalah lebih baik baju sekolah dibasuh atau direndamkan terlebih dahulu sebelum dipakai, ini kerana mungkin baju yang diproses dari kilang mempunyai debu atau bakteria kuman yang melekat pada baju.

Itu ajerlah kot? Bab baju sekolah ni, Kak Fa sebenarnya tak kisah kalau spend a bit more untuk baju sekolah yang berkualiti sebabnya nak pakai lama. Even kawan-kawan office Kak Fa pun pesan, better spend untuk baju sekolah yang berkualiti berbanding terpaksa kerap membeli baju sekolah di dalam tempoh masa setahun disebabkan koyak, reput dan sebagainya. Setakat ni, Firash dari gaya dia handle pemakaian baju seragam tadika dia nampaknya seperti seorang yang berjimat-cermat memakai baju dan pandai menjaga kebersihan baju. Akan datang bila dah masuk sekolah rendah tu…Itu Kak Fa tak berani nak cakap…Ha ha ha…Manalah tau kot-kot balik nanti jadi belacan pula baju kan? Harapnya tidaklah… Kalau ikut personaliti memang jenis yang cermat… Tapi kalau dah bercampur-gaul dengan kawan-kawan tu, kot jadi lain pulak…tak pastilah Kak Fa… Jangan terlalu cepat memuji Fa…. Tengok dulu nanti macam mana kan? Ha  ha ha…Terutama bab Baju Melayu yang serba putih tu ha….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !