Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Ambilan 2020 Kini Telah Boleh Mula Dilakukan!

Farah Waheda Wahid
0

Memandangkan secara kebetulan hari ni Kak Fa melakukan semakan keputusan permohonan Tahun 1 ambilan 2020 untuk Iyash…Kak Fa sajalah nak ambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan ibu bapa yang mempunyai anak sebaya dengan Iman Firash yang akan menempuh ke alam persekolahan Tahun 1 pada tahun 2020 juga. Mak ayah semua…semakan keputusan permohonan Tahun 1 ambilan 2020 kini telah boleh mula dilakukan! Laju-laju ke laman web SPS – Sistem Pengurusan Sekolah untuk menyemak status permohonan anak-anak masing-masing ya? Kalau boleh…sekadar nasihat dari Kak Fa jangan bertangguh dan ambil berat akan tanggungjawab ini. Bukan apa…. Biar bersusah-susah dahulu, bersemak-semak dahulu, kelam kabut dahulu dari dah hujung-hujung nanti baru terkail-kail nak semak, nak cetak, nak berurusan dengan pihak sekolah. Memang nampak macam banyaknya prosedur, banyaknya kerja tetapi hakikatnya kalau kita follow the flow sedari awal dan dah siapkan segalanya dari awal, segalanya akan jadi mudah. Ianya tidaklah se-complicated yang kita nampak atau bayangkan sebenarnya. All it takes a little bit of attention dan juga kerajinan. He he he…

Bagi ibu bapa atau penjaga yang sebelum ini telah melakukan pendaftaran permohonan kemasukan ke Tahun Satu (1) ambilan tahun 2020 untuk anak atau jagaan melalui Sistem Aplikasi Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM), anda telah boleh mula membuat semakan keputusan tersebut secara atas talian (online). Alhamdulillah…Kak Fa dah selamat melakukan pengesahan penempatan sekolah Iyash melalui atas talian dan status untuk Iyash juga adalah pada ketika telah membuat pengesahan sekolah pada tarikh hari ini iaitu 1 Ogos 2019. Surat tawaran penempatan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2020 pun Kak Fa dah selamat cetak. Siap buat dua salinan lagi. Ha ha ha…Entah kenapa entah. Tiba-tiba teruja dalam berdebar. Tapi tak adalah berdebar poyo sangat. Cuma berdebar bila memikirkan sesetengah perkara jer. Asked around dan kira-kira macam dah selesai dah urusan kemasukan Tahun 1 untuk Iyash ni. Tinggal nak tunggu sekolah jer lagi tahun depan. Ha ha ha…Cumanya, Kak Fa rasa Kak Fa nak turun juga sekolah di mana Firash telah ditempatkan untuk double confirmation dan juga beberapa pertanyaan yang lain. Iyalah pertama kali kan? Memang macam ni lah pun. Ha ha ha…. Tak tau kita belajar bukan kita pung pang pung pang bising sana sini. Tak tau pun kita bertanya. Tak tau kan buat cara tak tau?

Untuk makluman lanjut, berikut adalah ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri di Semenanjung Malaysia beserta Sabah dan Sarawak ambilan sesi 2020 yang Kak Fa petik dari pautan sumber di SINI:




Ikut jer semua step one by one…In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. At this moment…Kak Fa dah mula sibuk merangka-rangka permohonan cuti tahunan untuk awal tahun hadapan dan juga Kak Fa dah mula sibuk merangka-rangka bajet perbelanjaan persiapan persekolahan untuk Iyash pada tahun hadapan. Plus dengan pakej urusan transportation Iyash – macam mana Kak Fa nak aturkan Iyash tahun depan ni. Yang pastinya aturan dah berubah 360 darjah sekaligus dan tahun depan tak ada maknanya nak berlengah-lengah lagi keluar dari pejabat setelah habis waktu pejabat. Sharp pukul 5.00 pm memang Kak Fa dah terpacak depan mesin thumb print kot? Ha ha ha…Demi nak kejarkan anak nak habis sekolah dan nak ambil dia dari sekolah kan?

Babah Iyash cakap…Dah nak sekolah dah dia…Samalah pun dalam hati Mommy dia pun…Dah nak sekolah dah baby Mommy…Ahaksss…. Kejap jer besar kan? Lepas ni lagi cepat besar oiiii…Akan terasa waktu tu cepat jer berlalu dan akan terasa kejap jer besar. Selepas ni a different world for him to face dan Kak Fa harap dia setabah serta secekal Mommy dia lah… Ihiksss….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !