Prosedur Pertukaran SEKOLAH RENDAH

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bukan apa ni… Sebenarnya sedang cari ilmu pengetahuan untuk diri sendiri walaupun dalam masa terdekat ni tak adalah terfikir nak tukarkan Iyash sekolah ke apa kan? Cumanya manalah tau… five six years down the road… In Shaa Allah kalau Kak Fa dah selesai studies Kak Fa nanti, kot-kot nak beralih angin pula ke? Who knows kan? Jadi sementara tu…Kak Fa belek-beleklah segala sumber maklumat tentang prosedur pertukaran sekolah rendah. At least adalah knowledge sikit kan? And if so happen terjadi, sekurang-kurangnya Kak Fa tak adalah kelam-kabut sangat atau bayangkan yang complicated ajer. Hu hu hu…. Sebab I tend to imagine complexity first before the simplicity. Ha ha ha… Tu memang Kak Fa…Jadi sebelum Kak Fa rasa serabut baik Kak Fa pelan-pelan study dulu segala macam maklumat dan digest betul-betul.

Borang Pindah Sekolah

Pilih dan tetapkan ke sekolah mana yang anda ingin tempatkan anak anda terlebih dahulu. Kemudian, sila ambil borang pindah sekolah dari sekolah dan isikan segala macam maklumat yang diperlukan. Contoh butiran yang diperlukan adalah nama anak, no sijil kelahiran, alamat rumah yang terkini, alamat sekolah yang dipilih, tarikh yang dikehendaki untuk anak memulakan persekolahan di sekolah baru dan sebab pertukaran sekolah. Kerani sekolah akan menaipkan segala butiran dan menyerahkan 4 salinan borang yang berkenaan. Satu untuk salinan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), satu untuk salinan sekolah baru, satu untuk salinan sekolah lama dan satu untuk salinan ibu bapa atau penjaga. Borang tersebut perlu diserarhkan ke PPD untuk kelulusan. Standby bil elektrik yang ada alamat rumah terkini. Sesetengah sekolah atau PPD memerlukan bil tersebut sebagai bukti sokongan.

Kalau nak diikutkan, melalui laman web Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di SINI, dokumen urusan pertukaran murid warganegara yang perlu dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pihak sekolah adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
2. Salinan sijil lahir murid
3. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil utiliti (alamat terkini)

Manakala, dokumen urusan pertukaran murid warganegara yang pihak sekolah proses dan kemukakan kepada PPD atau Jabatan Pendididikan Negeri pula adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Borang P.U.(A) 275 Jadual ketiga (diisi pihak sekolah)
2. Senarai semak dokumen yang diperlukan
3. Salinan sijil lahir murid
4. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
5. Salinan surat nikah
6. Salinan sijil cerai
7. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
8. Surat anak angkat (jika anak angkat)
9. Bil utiliti (alamat terkini)

Serahan Borang Kepada PPD

Selepas selesai dengan proses serta urusan di sekolah, serahkan dokumen yang berkaitan ke PPD dengan kadar segera mungkin dan petugas akan terus menyemak penempatan secara atas talian (online). Sekiranya sekolah tersebut masih ada kekosongan, anak anda akan mendapat pengesahan tempat di sekolah baru. Selesai.

Proses pertukaran sekolah bagi sekolah rendah tidak se-complicated sekolah menengah. Itu yang Kak Fa dapat tahu dari orang-orang sekeliling dan juga baca. Sajalah, sambil cari ilmu untuk diri sendiri Kak Fa kongsi kepada semua mak ayah yang jadi pembaca Bubblynotes.Com …Manalah tau kalau-kalau ada yang bercadang dan merancang kan? Mungkin ini boleh menjadi satu informasi yang berguna serta bermanfaat untuk anda. Yang pasti, urusan yang rumit mana sekali pun, kalau kita tenang dan ikut setiap langkah satu persatu pasti boleh diselesaikan dengan baik. In Shaa Allah. In Shaa Allah, coming up next Kak Fa akan kongsikan pula prosedur pertukaran sekolah menengah ya?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !