PENDIDIKAN SIVIK Di Sekolah Kini Bermula–Memang Patut Pun!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Sumber diubahsuai dan diolah dari gambar Google

Sebut tentang SIVIK, perkataan pertama yang terbayang di dalam minda Kak Fa ni adalah CRUCIAL. Kenapa Kak Fa kata CRUCIAL? Sebabnya melalui pemerhatian peribadi seorang individu bernama Kak Fa… Ha ha ha… Semakin maju, semakin canggih dunia… Kesedaran SIVIK di kalangan umat masyarakat semakin menipis, ibarat lapisan ozon yang semakin menipis. Seriuslah… Zaman kini mudah jer tercetus isu, macam-macam perkara boleh terjadi. Sense of respect, sense of lending a hand to each other tu dah semakin berkurang walaupun masih ada yang ada kesedaran SIVIK. Sekarang tak macam zaman dulu-dulu. I do not know whether you agree or not tapi sekarang ni, golongan muda dalam LRT/MRT nampak golongan lebih berusia atau sedang hamil boleh buat tak nampak jer kalau-kalau mereka duduk dan golongan berusia atau hamil ni berdiri. Zaman sekarang ni, ibu hamil beratur di ATM yang panjang dengan umat manusia, tak seorang pun yang willing nak give up giliran mereka dan berikan keutamaan kepada ibu hamil. Bukan tu jer… Lif dengan shopping mall pun! Nampak mak ayah bawa anak kecil dalam stroller nak gunakan lif… yang muda-muda or yang tak beranak kecil serta tak pakai stroller ni boleh berebut-rebut nak masuk lif sedangkan keutamaan sepatutnya diberikan kepada yang memakai stroller. You got me? It’s all SIVIK-lah. Good to know yang PENDIDIKAN SIVIK di sekolah kini bermula – memang patut pun! Pada Kak Fa la…Pada orang lain, I am not sure. As a mom, Kak Fa sangat happy bila dapat tahu yang PENDIDIKAN SIVIK di sekolah kini diperkenalkan semula. Glad to know that the Minister of Education and the Ministry of Education at least nampak apa yang Kak Fa nampak dah lama. Maknanya sejalan-lah ni.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. From what yang Kak Fa faham, PENDIDIKAN SIVIK memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid-murid yang dapat memainkan peranan, hak serta tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia dengan baik dan berkesan. Ianya adalah berfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diharapkan dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika tinggi serta hidup di dalam semangat perpaduan dan cintakan tanahair. Di antara nilai teras PENDIDIKAN SIVIK termasuklah nilai kasih-sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.

Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini membolehkan murid untuk melakukan keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian serta memberikan sumbangan terhadap masyarakat.

Di antara isi surat pekeliling mengenai perlaksanaan semula PENDIDIKAN SIVIK oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang Kak Fa dah baca mengenai Panduan Perlaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang bertarikh 3 Jun 2019 adalah:

Pengenalan

Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik. Empat nilai teras diberi penekanan iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan yang merangkumi enam konteks iaitu diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Pendidikan sivik ini dilaksanakan dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktiviti/program sekolah.

Perhimpunan Sekolah

Pendidikan sivik dilaksanakan semasa perhimpunan sekolah dengan menggunakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) berdasarkan panduan seperti berikut:
  1. Dilaksanakan selama 5 minit semasa perhimpunan sekolah pada setiap minggu dengan mengikut nilai teras yang telah ditetapkan.
  2. Disampaikan kepada murid untuk mencetuskan kesedaran sivik dalam kalangan murid.
  3. Menggunakan kaedah yang pelbagai mengikut kreativiti pihak sekolah seperti bercerita, bermonolog, dialog, peribahasa, nyanyian dan lain-lain.
  4. Menggunakan pelbagai media untuk mendapatkan input tambahan.

Kurikulum

Prasekolah

Sivik di prasekolah dilaksanakan di dalam waktu Pembelajaran Bersepadu iaitu semasa Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran. Waktu yang diperuntukkan untuk Perbualan Awal ialah 10 minit seminggu dan 20 minit bagi Aktiviti Pembelajaran. Bahan sokongan sedia ada serta bahan sokongan lain yang bersesuaian boleh digunakan untuk mengukuhkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan menarik minat murid.

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Pendidikan sivik dilaksanakan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Masa yang diperuntukkan ialah selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Guru perlu merancang dan memilih tajuk mengikut nilai teras yang selari dengan perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum. Guru hendaklah merujuk modul examplar dalam mata pelajaran berkaitan dan boleh mengubahsuai aktiviti mengikut aras kesesuaian murid. Pihak sekolah diberi kelonggaran untuk meminda minggu perlaksanaan pendidikan sivik sekiranya bertembung dengan aktiviti sekolah pada minggu keempat.

KoKurikulum

Perlaksanaan pendidikan sivik dalam kokurikulum adalah berdasarkan panduan seperti berikut:
  1. Menggunakan panduan Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum.
  2. Pendidikan sivik dalam aktiviti kokurikulum dilaksanakan selama 30 minit bagi murid sekolah menengah dan 20 minit bagi murid sekolah rendah pada setiap minggu selari dengan nilai teras yang telah ditetapkan.
  3. Melibatkan aktiviti pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan dengan mengaplikasikan pengetahuan sivik, sosioemosi sivik dan tindakan sivik dalam kalangan murid.
  4. Menggunakan pelbagai aktiviti kokurikulum bagi memperkembangkan nilai-nilai murni, mengamalkan sifat kemanusiaan dan keinsanan serta meningkatkan jati diri dalam kalangan murid.
  5. Melibatkan guru penasihat pasukan badan beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan permainan.

Aktiviti / Program Sekolah

Pihak sekolah digalakkan mengadakan aktiviti/program sekolah dengan kerjasama strategik pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi swasta, media, komuniti dan individu. Perlaksanaan aktiviti/program sekolah adalah seperti berikut:

  1. Perlaksanaan pendidikan sivik melalui aktiviti/program sekolah perlu diselarikan dengan nilai teras yang telah ditetapkan.
  2. Penglibatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta komuniti setempat diperkasakan dalam aktiviti/program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Bumi, Hari Kanak-Kanak Sedunia dan sebagainya.
  3. Sebarang aktiviti/program sekolah yang melibatkan kerjasama dengan pihak luar mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5 Tahun 2018: Garis Panduan Perwakilan Kuasa Daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru kepada Pendaftar bagi Kelulusan Permohonan oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Memanglah, kalau ikut-ikutkan isi kandungan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia itu sememangnya ditujukan kepada pihak sekolah, guru dan untuk diaplikasikan pada murid. Tapi bagi Kak Fa sebagai ibu bapa, tak salah untuk kita turut mengetahui dan ambil tahu mengenai isi kandungan dan juga hala tuju pendidikan di Malaysia sebab anak-anak kita masing-masing bersekolah dan terlibat kan? Penglibatan secara kolektif adalah penting di dalam memastikan keberkesanan pendidikan sivik untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Ibu bapa pun perlu memainkan peranan tau…bukan lepas tangan macam tu jer….

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pelik kan kak fa, kita dulu2 takde pendidikan sivik, tapi boleh dikatakan masalah sivik tu sangat susah la nak nampak..tapi sekarang, masalah sivik makin menjadi-jadi, mungkin juga sebab teknologi semakin canggih, banyak pengaruh2 negatif dari luar...memang patut la ada pendidikan sivik zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !