Nasi Lemak McD? Ini Baru Betul Citarasa Malaysia!

Farah Waheda Wahid
1

Selama ini, dari kecil sampailah dah jadi mak budak, Kak Fa memang membesar dengan McDonald's dan tidak dinafikan yang hidup Kak Fa memang berkitaran dengan McDonald's. Kalau anda kenal Kak Fa dari kecil, kalau anda datang ke rumah Kak Fa, anda boleh nampak berlambak-lambak permainan yang Kak Fa kumpul dari pembelian Happy Meal. Pendek kata, McDonald's adalah sebahagian dari hidup Kak Fa dari dulu sehingga kini. Cumanya, tak pernah pula lagi kot...Selama hidup Kak Fa bersama McDonald's, Kak Fa merasa menu McDonald's sama dengan citarasa Malaysia. Ha ha ha... Ini kali pertama ok? Nasi Lemak McD? Ini baru betul citarasa Malaysia! Macam nilah baru ada kelainan ya tak? Lain dari cawangan-cawangan McDonald's di serata dunia. Rare ok rare!

Lebih lagi, McDonald’s Malaysia ni pun pamerkan signage ‘Mekdi’ di restoran pertamanya di Bukit Bintang. Nama Mekdi ni diberi oleh rakyat Malaysia ok? Kan kita panggil McDonalds, McD, sampai menjadi Mekdi pula. Best la McDonald’s ni guna nama mesra Mekdi… Tapi hanyalah sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.


Ya betul-lah... Sempena meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald's Malaysia pada waktu kini sedang menyambut segala yang berkaitan dengan Malaysia. Salah satunya adalah dengan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran rakyat Malaysia di dalam versinya yang tersendiri. Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis yang ranggup, timun yang segar dan juga telur goreng, berserta sambal pedas. Sebagai pelanggan, kita boleh meriahkan lagi dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.


Sebagai sarapan pagi pun perfect juga ni tau, sebabnya untuk sarapan pagi walaupun tiada Ayam Goreng McD yang boleh dijadikan sebagai opsyen tambahan untuk hidangan, McDonalds Malaysia menawarkan Milo Ais sebagai minuman untuk digandingkan bersama-sama dengan Nasi Lemak McD.


Rasa bagaimana Kak Fa? I tell you.... sambal Nasi Lemak McD memang terbaik! Sedap sangat... Semua gandingan bahan-bahan di dalam hidangan Nasi Lemak McD memang terbaik. Nak-nak lagi 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran dan sos- termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia - dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan di dalam semua menu menarik yang ditawarkan. Setakat ke hari ini... Kak Fa dah banyak kali sangat dah makan Nasi Lemak McD...Dah lebih dari sebelah tangan dah bilangannya...Nampak tak? Punyalah Kak Fa approve menu Nasi Lemak McD ni and good news...Nasi Lemak McD telahpun dijadikan sebagai menu tetap di dalam sajian McDonalds yang mana semua orang tak perlu rasa kecewa... Bila-bila pun boleh orang rasa.




Dalam masa yang sama, Kak Fa nak share yang citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol - available di semua restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini. Cepat-cepatlah pergi cari ya?



Oh ya...menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, sedar tak yang selama kini Malaysia belum lagi mempunyai makanan nasional rasmi? Memang tak ada ok? Dan disebabkan itu, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September 2019). Anda juga boleh turut serta di dalam petisyen ini, sila layari http://chng.it/LDfjGDJsQs.


Sehingga ke hari ini, sebanyak 27,641 petisyen telah ditandatangani. Come on people let's make it to 1 million!


Memang menarik betul aktiviti dan promosi McDonalds di bulan Ogos 2019 ni ha.... Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia juga, McDonald's Malaysia juga turut meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerimapakai nama panggilannya Mekdi. Papan tanda yang tertera Mekdi - panggilan tempatan bagi McD, iaitu nama pendek bagi McDonald's - kini jelas terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang, lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun kelahiran Kak Fa iaitu pada tahun 1982.

Secara peribadi, pada Kak Fa, McDonald's memang betul-betul berjiwa Malaysia kerana:

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia di mana pada masa kini McDonald's Malaysia menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia* dan McDonald's adalah komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia di mana McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21% pemegang francais tempatan McDonald's adalah warga Malaysia yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

Aktiviti akar umbi setempat di mana restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysia telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

Inisiatif amal untuk kanak-kanak di Malaysia di mana menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memanfaat seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

McDonald's memang sangat dekat di hati Kak Fa sebagai rakyat Malaysia dan Kak Fa nak juga ucap tahniah pada McDonald's sebab Kak Fa rasa McDonald's Malaysia telah berjaya di Malaysia - kan. He he he...

Lupa pula, Nasi Lemak McD adalah menu tetap dan boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia selama 24 jam sehari. Bukan pagi jer ok? Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut, mengenai tawaran menu McDonald's Ogos ini, sila layari www.mcdonalds.com.my pada bila-bila masa ok?

* Nota : Restoran-restoran ini dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !