Melbourne Tunggu Kak Fa Datang! Tapi Wajib Dengan QATAR AIRWAYS Lah!

Farah Waheda Wahid
0

Counting the days when the plan will finally come true! Melbourne tunggu Kak Fa datang! Tapi wajib dengan QATAR AIRWAYS lah! Kenapa QATAR AIRWAYS? Adalah sebab ok? Pernah tak anda berangan-angan nak naik flight yang mewah dan selesa ke mana-mana sahaja destinasi di dunia ni dengan bajet serendah yang mungkin? Kalau pernah terlintas, Kak Fa nak cadangkan ni…tentang bagaimana cara nak book cheap Qatar Airways flights yang mewah lagi selesa tu. Maybe tak ramai yang sedar dan maybe tak ramai yang tahu. Jadi di dalam entri ni, Kak Fa nak share sedikit tips yang boleh menguntungkan anda iaitu bagaimana nak dapatkan tiket yang murah. Siapa tak nak dapat tiket murah kan? Kalau boleh berjimat lagi kita nak berjimat ya tak?

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Cuma sebelum tu, Kak Fa nak share sedikitlah kenapa Kak Fa pilih Melbourne dan apa yang Kak Fa nak buat di Melbourne nanti. Iyalah dah penat-penat kerja, lama kelamaan Kak Fa terasa yang Kak Fa perlukan holiday. Nak rehatkan minda dan nak rehatkan jiwa seketika. Dah lama dah pasang angan-angan teringin nak bawa Iyash have fun di taman tema Luna Park di Melbourne. Kak Fa nak bawa Iyash menaiki roller coaster (ha ha ha…macam berani sangat) dan banyak lagi permainan-permainan yang awesome seperti Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis dan sebagainya.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Untuk makluman, Luna Park ni adalah merupakan satu taman tema yang cantik dengan banyak hiburan. Pendek kata, memang happening-lah dan bila Iyash happy dah semestinyalah Kak Fa happy. Dengar-dengar cerita dari kawan-kawan Kak Fa yang dah bawa family mereka ke Luna Park, kakitangan di situ sememangnya sangat ramah dan sangat suka membantu para pengunjung yang datang berkunjung ke Luna Park. Dia punya roller coaster memang canti dan landasan roller coaster tu sendiri boleh buatkan anda cuak menjerit ketakutan. Ada berani? Kak Fa sendiri pun sedang tanya diri Kak Fa sendiri ni ha. Ha ha ha…Berani ke tidak? Ke acah-acah berani jer?

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Keunikan Australia adalah kerana Australia terkenal dengan pelbagai spesies haiwan yang unik seperti wombat, dingo dan lain-lain. Target percutian Kak Fa di Melbourne selain dari Luna Park adalah zoo di Melbourne yang menempatkan haiwan tempatan dan juga luar negara dengan persekitaran yang terkawal. Terdapat lebih dari 5,120 haiwan yang dikumpulkan di dalam 320 spesies yang berbeza. To my knowledge, zoo di Melbourne ni telah dibuka dan beroperasi selama lebih dari 150 tahun iaitu sejak tahun 1862.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Selain tu? Selain tu Kak Fa dah senaraikan Royal Botanic Gardens sebagai salah satu tempat must visit Kak Fa dengan Iyash ketika kami di Melbourne nanti. Sebabnya, Royal Botanic Gardens ni adalah salah satu taman botani terbaik Australia. Di sini terdapat beberapa buah bangunan bersejarah yang telah dipelihara dengan baik dan taman ini menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. Sejak dibina, ia telah mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia. Memang kena curi masa untuk melawat taman ini dan melihat sendiri kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang ada. Cantik serta terjaga rapi dan lanskapnya cantik seperti Taman Lagenda di Langkawi.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Must do! Tak lengkaplah percutian di Melbourne kalau tak shopping cenderemata kannn? Terdapat banyak cafe yang menjual makanan serta minuman. Pasar klasik di Melbourne yang telah dibuka pada tahun 1878 menampilkan gaya seni bina Victoria. Ramai pelancong dari Malaysia singgah ke sini dan hampir setiap minggu akan ada persembahan seni dan kebudayaan yang diadakan di sini. Kalau dekat Malaysia ni, tempat ini adalah Pasar Seni Kuala Lumpur.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Destinasi seterusnya? Kita beralih pula ke arena sukan. Walaupun Kak Fa bukan sports lover, tetapi Kak Fa nak juga tengok kan? Kalau anda penggemar sukan kriket, tempat ini anda wajib pergi. Sebuah bangunan yang telah dibina selama lebih 100 tahun dan padang kriket ini mampu untuk memuatkan seramai 100,024 orang manusia di dalam satu masa. Walaupun Kak Fa tak minat kriket, apa salahnya Kak Fa pergi menonton perlawanan kriket di situ kan? Saja nak tengok dengan mata kepala sendiri standard infrastruktur sukan di Australia dan juga semangat mereka. Benda baik boleh diikut ya, benda tak baik jangan ikut. 

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

And last but not least…seperti yang dijanjikan…he he he… cara nak dapatkan harga tiket murah. Pertama sekali, apa yang perlu dilakukan adalah layari laman web Traveloka atau aplikasinya untuk mendapatkan cheap air ticket flights to Melbourne. When you are there, pertama sekali anda perlu pilih tarikh yang anda nak plan, and suggestion Kak Fa,  anda pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu anda akan dapat harga yang terbaik!  Kemudian click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so anda kena search tarikh lain pula. Kalau keluar juga result dari airline lain so anda boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Siapa sebenarnya Qatar Airways ni kan? Qatar Airways ni based di Qatar dan boleh pergi ke 160 destination dan lebih kurang 70 negara so anda bayangkan ke mana sahaja anda boleh pergi. So guys pack your bag sebab kalau pergi ke Melbourne dengan naik Qatar Airways melambangkan kemewahan diri kita. Gittew…He he he…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !