Makan Dan Minum PERCUMA Di PARADIGM MALL, Petaling Jaya… Tak Nak Ke?

Farah Waheda Wahid
2

Kalau diberi peluang untuk menikmati makanan serta minuman yang sedap-sedap secara PERCUMA siapa yang tak nak kan? Ha ha ha… Kebanyakan orang akan suka bila dapat peluang sebegini ya tak? Tapi peluang untuk menikmati makanan serta minuman yang sedap-sedap secara PERCUMA ni tak selalu berlaku. Bila tak selalu berlaku, Kak Fa nak tanyalah kalau diberi peluang untuk makan dan minum PERCUMA di PARADIGM MALL, Petaling Jaya…Tak nak ke? Kalau tanya Kak Fa, of course-lah Kak Fa takkan lepaskan peluang ni. PARADIGM MALL, Petaling Jaya kot? Dalam tu memang banyak makanan serta minuman yang sedap-sedap sampai tak tau nak makan yang mana satu, nak minum yang mana satu. Kalau boleh semua pun nak rasa. Rambang mata jadinya. Ada cara tau nak makan dan minum secara PERCUMA di PARADIGM MALL, Petaling Jaya yang ramai orang masih tak tahu. Macam mana? Macam biasa kena baca entri Kak Fa. Ha ha ha…Malas baca terlepas!



Mula-mula sekali Kak Fa nak beritahu yang dalam PARADIGM MALL, Petaling Jaya tu memang sangat banyak pilihan makanan serta minuman yang sedap-sedap. Sangat banyak ya. Sangat banyak. Seriuslah… Kenapa mesti Kak Fa buat-buat cerita kan? Namakan sahaja apa yang anda teringin nak makan? nak minum? Selera hidangan authentic Melayu? Itali? Timur Tengah? Thai? Jawa? Hong Kong? Taiwan? Semua ada oiii… Keseluruhan aras LG di PARADIGM MALL, Petaling Jaya tak lain tak bukan makanan dengan minuman sahaja. Memang aras LG, PARADIGM MALL, Petaling Jaya dikhususkan untuk makan dan minum. Kalau anda ke sana, agak-agak tak jumpa boleh jer tanya di Concierge tu, FOOD ARENA dekat mana? Confirm jumpa punyalah takkan tak jumpa punya.


As Kak Fa said, variasi makanan serta minuman memang banyak dan di antara pilihan yang ada, adalah seperti Nene Chicken, Waffuru Cafe, Sedap Sedap, T Bun, SRK Noodle House dan Farmers Street. Tak lama lagi akan ada Mr. Chizu, An Viet, Harum Manis, Daboba, GinGer Thai, Salad Atelier dan Super Fei Fan Hotpot. Tak terpilih dan semuanya nampak menyelerakan.


Dah tu Kak Fa? Bagaimana pula nak makan dan minum PERCUMA di PARADIGM MALL, Petaling Jaya? Nak makan, nak minum mestilah kena bayar. Mana ada makan dan minum yang tak kena bayar? Pergi kenduri kahwin pun sebagai courtesy kena bawa hadiah kahwin atau duit salam kaut. Inikan pula saja-saja nak makan? Haaa… Itu yang kena baca, hadam dan fahamkan.


Untuk makluman semua orang, semua-semua orang lah yang membaca entri Kak Fa ni, bermula sedari 19 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019… PARADIGM MALL, Petaling Jaya pada masa kini sedang menganjurkan kempen atau program SPEND AND BE REWARDED. Mekanisme-nya sangat mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah saat ketika anda menjejakkan kaki ke PARADIGM MALL, Petaling Jaya sila head-up ke Concierge dan dapatkan passport Taste of Paradigm dari Concierge. Nak buat apa dengan passport Taste of Paradigm tu? Itu adalah untuk anda mengumpul setem setiap kali anda berbelanja di PARADIGM MALL, Petaling Jaya. Anda perlu berbelanja di PARADIGM MALL, Petaling Jaya dan setiap pembelian bernilai minima RM 30.00 akan melayakkan anda untuk menggumpul satu setem pada passport Taste of Paradigm.

Daripada setem yang telah terkumpul, anda boleh menebus mata setem dengan makan dan minum secara percuma dari outlet Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Cafe, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe dan Paparoti yang terdapat di PARADIGM MALL, Petaling Jaya.


Bonus pada setiap hari Rabu! Bermula dari 11.00 pagi sehingga 3.00 petang,  setelah berbelanja minima sebanyak RM30.00 di mana-mana outlet makanan atau minuman di dalam PARADIGM MALL, Petaling Jaya anda berpeluang untuk melakukan putaran serta memenangi barangan dan baucar makanan serta minuman dari PARADIGM MALL, Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen atau program SPEND AND BE REWARDED, sila klik pautan di SINI dan anda juga boleh melayari Laman Facebook Paradigm PJ atau Laman Instagram Paradigm PJ.

This is only for limited time period iaitu dari 19 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019. So, don’t miss the opportunity out ok?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. menarik..tapi jauh lah pulak nak ke sana....

    ReplyDelete
  2. Perghhhh gileee taknak....sila bawa Saya..hehehhe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !