FAQ Isu TULISAN KHAT Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dan Tamil Oleh YB Dr Maszlee

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kecoh isu tulisan khat baru-baru ni…harap-harapnya sekarang ni keadaan telahpun mula reda. Tiba-tiba Kak teringat sewaktu sekolah dulu yang mana Kak Fa sibuk dok asah pensel guna pisau sebab nak runcingkan hujung tu supaya tulisan khat Kak Fa jadi cantik. Seronok juga sebenarnya belajar mengenai tulisan khat ni. Fun lah pada Kak Fa. Haishhh…tiba-tiba terkenang zaman sekolah. Sekadar perkongsian kepada semua tentang FAQ isu TULISAN KHAT dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil oleh YB Dr Maszlee yang Kak Fa temui serta baca baru-baru ini.


Apakah Yang Berlaku?

KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.

Apakah Tujuan Pengenalan Tulisan Khat Ini Dilakukan?

Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan di dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

Bagaimana Pengisian Ini Dilakukan?

Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.

Adakah Murid Akan Menguasai Jawi Melalui 6 Muka Surat Ini?

Seperti yang dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.

Adakah Ini Berlaku di SJK Sahaja?

Tidak. Pengenalan ini melibatkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Bilakah Keputusan Ini Dibuat?

Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.

Adakah Untuk Tahun 4 Sahaja?

Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020. Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 sehingga Tahun 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

Adakah Tulisan Khat Ini Akan Diuji Dalam Ujian dan Peperiksaan?

Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

Kenapa Memaksa Murid Bukan Melayu Mempelajari Tulisan Jawi?

Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan jawi juga telah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (di bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

Mengapa Tulisan Khat dan Tidak Memberi Fokus kepada Coding dan Cabang Ilmu Lain?

Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6). Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 sehingga 3. Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

Begitulah penjelasannya…. Diharapkan dengan penjelasan ini, semua pihak dapat menerima dengan penuh keterbukaan tentang pengenalan tulisan khat di sekolah-sekolah di Malaysia. Ianya tiada pentaksiran bagi tulisan khat. Semoga kita semua sama-sama jelas mengenai isu ini.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy pun teringat masa sekolah dulu, ustaz siap ajar nak asah pensel mcm mana sebelum nak tulis khat. ok jugak kalau diajar pun, no big issue bg saya :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !