Excuse Me…Hebatnya Seorang Ibu Tidak Dilihat Dari Cara Bersalin!

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Oh come on… Kadang-kadang Kak Fa rasa malas betul nak layan tapi kadang-kadang Kak Fa sungguh-sungguh rasa nak tergelak. Cukup-cukuplah tu dengan isu banding-membanding, sindir-menyindir ni. Teknologi digital semakin berkembang bukan sebagai platform untuk bertambah jadi ortodoks dan bukan pentas berbalah serta mencari gaduh. Excuse me… hebatnya seorang ibu tidak dilihat dari cara bersalin! Buka minda sedikit boleh? Cari ilmu pengetahuan sebelum nak mewujudkan isu boleh? Kak Fa sendiri dah cover topik ni sekali di dalam Bubblynotes.Com iaitu Dosa Gugur Atau Tidak…Bukan Ukuran Dari Cara Bersalin… and this time around maybe the last Kak Fa nak kupas. Penat dah… Ha ha ha… Malas nak layan…Nanti kalau Kak Fa layan, Kak Fa jadi emo, Kak Fa pun ikut sama pula dengan golongan yang suka banding-membanding ni… Shooh jauh-jauh aura negatif ni… Jangan dekat dengan Kak Fa… Tapi nak pesan jer lah… Elok rasanya luangkan masa membaca entri Kak Fa ni sekejap kot? Faham betul-betul, lepas tu fikir dulu sebelum nak banding-membanding…Ingat cara bersalin ni boleh main pilih-pilih ke?

Tolong kenal dua jenis kelahiran dengan lebih dekat supaya anda boleh memahami konsep ok? Sepertimana yang dijelaskan oleh Dr. Khamsiah Muda, Pengasas dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Andorra Women and Children Hospital yang dikongsikan melalui artikel di SINI:

Kelahiran Normal

Kelahiran anak secara normal adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu melalui vagina tanpa menggunakan bantuan peralatan seperti vakum atau forcep. Proses kelahiran normal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

Fasa Pertama

Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran. Pada waktu ini, rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada awalnya dan ia berlaku untuk jangka masa 40 saat. Kemudian, kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit. Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai kelebaran 10 sentimeter. Situasi inilah yang kita panggil kontraksi. Pada waktu inilah ibu akan merasa sakit sementara menunggu pintu rahim terbuka sehingga 10 sentimeter agar bayi dapat keluar melalui pintu vagina untuk menjayakan kelahiran normal. Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan. Lapisan ini akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula. Selepas itu, proses seterusnya adalah kepecahan air ketuban.

Fasa Kedua

Dalam fasa kedua kelahiran, bayi dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ia akan berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat. Dalam kes kelahiran normal yang biasa, kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu. Sekiranya bayi berkedudukan songsang, bahagian punggung akan dikeluarkan terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, kaki bayi terlipat ke atas. Jika ini kes ibu yang pertama kali melahirkan bayi, bayi berkemungkinan harus dikeluarkan melalui pembedahan caesarean. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi  kepada uri akan dikapit dan dipotong.

Fasa Ketiga

Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang 1/4 – 1/2 jam selepas bayi dilahirkan. Kemudian uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif.

Pembedahan Caesarean

Pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan untuk melahirkan anak merupakan pembedahan besar yang paling biasa dalam kalangan wanita. Kelahiran melalui pembedahan disyorkan oleh doktor jika kelahiran normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan di atas permintaan si ibu.

Bila Proses Bersalin Caesarean Bermula?

Setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu, bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj. Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut ke kaki (half body bius) supaya si ibu berasa kebas. Semasa proses pembedahan, para ibu berada di dalam keadaan sedar. Hanya dalam kes tertentu, pembiusan penuh akan dilakukan. Bagi mengelakkan ibu berasa panik, doktor kebiasaannya akan memberi ubat penenang supaya mereka lebih santai ketika proses pembedahan dijalankan.

Mengapa Perlu Dibedah?

Terdapat beberapa kes kehamilan yang memerlukan ibu menjalankan kelahiran melalui pembedahan:

Plasenta Previa

Semasa mengandung, rahim mengembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar menjauhi serviks. Plasenta previa adalah keadaan di mana uri tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutup pintu laluan kelahiran.

Plasenta Luruh (Abruption)

Keadaan ini apabila plasenta terpisah dari dinding rahim sebelum tarikh kelahiran. Apabila ia berlaku dikhuatiri bayi akan terputus bekalan nutrisi dan oksigen. Dalam sesetengah kes, jika ini terjadi bayi akan dilahirkan pra matang.

Kehamilan Songsang


Tali Pusat Jatuh (Cord Prolapse)

Jarang berlaku, tetapi jika terjadi, pembedahan segera perlu dibuat kerana tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina  sebelum bayi dilahirkan.

Bayi Lemas (Fetal Distress)

Bayi lemas apabila kekurangan bekalan oksigen ketika di dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan berbanding kadar normal.

Bukaan Lambat

Jika bukaan rahim terlalu lambat, tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5 sentimeter, setiap jam dalam tempoh empat jam, pasti ada masalah.

Pembedahan Ulangan

Ibu Mengalami Masalah Darah Tinggi Atau Kencing Manis Semasa Hamil


Masalah Tumbesaran Bayi

Jika tumbesaran bayi terbantut, bayi mudah lemas semasa proses kelahiran.

Bayi Kembar

Bayi kembar boleh dilahirkan melalui kelahiran normal, tetapi sesetengah kes ibu terpaksa dibedah bergantung kepada posisi bayi, berat badan mereka serta usia dalam kandungan.

Biar apa pun jenis kelahiran seorang ibu, ia merupakan satu pengorbanan terbesar seorang wanita. Kedua-dua jenis kelahiran sama hebat dan sama sakitnya. Selepas melahirkan bayi, jagalah kesihatan dan ikutlah saranan doktor agar segera sembuh. Jika ada ibu yang mahu bersalin secara pembedahan walaupun tiada sebarang komplikasi ketika hamil, itu bergantung kepada hak dan pilihan masing-masing. Setiap kelahiran mempunyai risiko sendiri.

So dah-dahlah tu ya? Penat pula Kak Fa nampak golongan yang suka sangat membanding-bandingkan ni lalu-lalang dekat garis masa laman medsos Kak Fa… Hu hu hu… Nampak jer Kak Fa mute, nampak jer Kak Fa mute…Sebab tak kuasa nak membaca sesuatu yang berunsurkan untuk mencetuskan.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy czer prob placenta previa. 2 bulan duduk wad. Ada jgk kadang org sebut mcm2 tp buat xtau je...haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !