EATZ @Hong Kong–Syurga Makanan Authentic Hong Kong Di Malaysia

Farah Waheda Wahid
1

Siapa cakap? Siapa yang cakap kalau tak ke Hong Kong tak berpeluang nak merasa makanan authentic Hong Kong di Malaysia? Jangan percaya ok? Makanan boleh dapat di Malaysia, kenapa nak kena pergi Hong Kong? Dah dah tak perlu nak membazir duit beli tiket flight ke Hong Kong kalau semata kerana nak merasa makanan authentic Hong Kong dah. Dalam Malaysia pun dah ada ok? Tak payah susah-susah sebab semata nak makan jer nak ke Hong Kong. Kalau nak bercuti dengan pakej makan tu lainlah cerita. Tapi kalau semata kerana mengidam nak makan makanan Hong Kong, Malaysia pun adalah. Seriuslah… Sebab Kak Fa dah pergi kot minggu lepas. EATZ @Hong Kong – syurga makanan authentic Hong Kong di Malaysia oiiii….Apa menu? Mana tempat? Macam biasa…Read on…


Lokasi EATZ @Hong Kong


Sebelum belanja gambar-gambar menu yang bom kebabom, rasanya lebih afdal Kak Fa kongsikan lokasi EATZ @Hong Kong terlebih dahulu. Nanti karang pung pang pung pang Kak Fa dok bercerita tentang makanan yang disajikan di EATZ @Hong Kong, sambil baca, sambil korang terbayang-bayang dan terfikir-fikir pula, dekat mana sebenarnya lokasi EATZ @Hong Kong ni. Biasa macam tu kan? Kan? Kan? Kan? Baca punya baca, tengok gambar punya tengok gambar – tapi dalam hati terdetik dan tertanya-tanya, dekat mana ek tempat ni ek? Ha ha ha… Sebab Kak Fa pun kalau baca tentang makanan sedap-sedap ni, Kak Fa selalu tertanya-tanya dalam hati dekat mana ek? Sambil-sambil tengok makanan yang buatkan Kak Fa rasa nak jilat skrin laptop atau telefon pintar. Ha ha ha…Tak senonoh kan? Koranglah…suka sangat tunjuk gambar makanan sedap-sedap sampai terasa nak jilat skrin. Ha ha ha…


Ok, ok…Lokasi EATX @Hong Kong ni adalah terletak di Mid Valley Megamall di Lot LG-240, The Gardens Mall bersebelahan dengan Jinjja Chicken. Peta lokasi boleh refer di pautan di SINI.

Menu EATZ @Hong Kong

Bukan biashe-biashe you alls…. Menu EATZ @Hong Kong ni ada 100 menu secara keseluruhan. 100 menu ok? 100… Memang korang akan jadi rambang mata sebab of course-lah bila dah masuk kedai yang selain dari masakan Malaysia ni, korang nak rasa kalau boleh hampir kesemuanya. Tapi perut Kak Fa takkan mampu nak tampung keseluruhan 100 menu tu at one go. Ha ha ha… Makanya… Kak Fa cuma mampu masukkan ke dalam perut Kak Fa ni tak sampai suku pun dari 100 menu yang ada pada minggu lepas. Barisan hidangan signature dari menu EATZ @Hong Kong. Tu pun tak habis lagi tu…Ada lagi…. Kak Fa nak kena repeat lagi tu batch by batch. Ha ha ha… Berazam ok nak habiskan kesemua 100 menu tu. Kita tengok nanti ya? Kak Fa punya quest untuk menghabiskan 100 menu di EATZ @Hong Kong.

Sementara tu, ni ha ni…Kak Fa nak share antara menu-menu yang Kak Fa dah rasa di EATZ @Hong Kong minggu lepas:

Satay Beef Rice 


Mala Spicy Jumbo Fish Balls


Sos Mala yang hanya boleh didapati di EATZ @Hong Kong ni memang sedap... Kalau buat bahan asas masakan pun memang boleh sangat. Kalau anda ke EATZ @Hong Kong nanti, jangan lupa cuba Sos Mala istimewa yang disediakan oleh EATZ @Hong Kong ok?

Fish Fillet Spaghetti


Swiss Sauce Chicken Wings


Tell you what? Ianya sangat juicy and tender.... Nak makan pakai garpu dan sudu pun tak jadi issue ok? Not sure whether it is being marinated or not...Tapi rasa memang serba cukup.

Cheese-Baked Chicken Cutlet with Rice


Nak bagi tau awal-awal ni...Kalau anda order ni di EATZ @Hong Kong, jangan dok kalut dan sibuk pulak nak bertanya-tanya kenapa lewat sangat sampai menu yang satu ini. Untuk makluman penyediaan menu ini adalah sangat teliti dan rumit. Satu persatu, layer per layer dan nak pesan juga, bila sampai jangan pula pandai-pandai pergi pegang ya? Kalau nak rasa tangan melecur, silakanlah...Ha ha ha...But trust me, it's worth the wait....

Braised Beef Brisket Rice


Kuah memang awesome. Kombinasi hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan. Memang dah masuk dalam list Kak Fa dah ni... If Kak Fa datang for the next trip, I would love to have this again.

Ms Souffle


Super moist, super sedap dan super lembut serta melt in your mouth. Kejadian yang perfect sangat!

Polo Bun with Ice Cream


Red Bean Punch



Makan sampai dah tak mampu makan. Sampai rasa nak angkat tangan surrender. Ha ha ha...Percayalah...Walaupun badan Kak Fa ni jenis chubby, tak bermakna Kak Fa boleh makan satu kontena ya... Ahakss... Sebab tu, ni jer yang mampu Kak Fa masukkan ke dalam perut Kak Fa. Tapi dah aim dah, next in line yang Kak Fa bercita-cita nak rasa on my next trip to EATZ @Hong Kong adalah:

Smoked Duck with Pumpkin Rice


Curry Seafood Rice


Expressive Espresso


Australian Beef Striploin


Polo Bun with Truffle Scramble Egg


Prawn Toast


HK Milk Tea on Ice Bed


Red Bean Rice Pudding



Bab harga jangan risau. Harga masih lagi di dalam kategori mampu makan ya? Tapi memang kenyang sampai tersandar. Dahlah ambience pun cosy dan tenang… Paling menarik…. Ketua dapur atau ketua chef di EATZ @Hong Kong adalah Kak Noor. Air tangan orang Malaysia yang terlatih untuk menyediakan makanan authentic Hong Kong dari chef terbaik. It's Muslim Friendly. Another facts yang anda patut tahu sebagai pelanggan atau bakal pelanggan – kesemua hidangan adalah tanpa MSG! Nail this ok? No MSG at all… Tapi rasa tetap awesome. So… if you happen to drop by The Gardens Mall, singgah makan di EATZ @Hong Kong ok?



Untuk Maklumat Lanjut:

Ni baru sikit ok? Sikit jer tak sampai suku pun lagi dari 100 menu tu... Nak tak nak, Kak Fa kena datang kembali ke EATZ @Hong Kong ni untuk makan lagi... Rugilah kalau tak rasa semua ya tak? Ha ha ha... Ada 100 menu kot? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !