DR.BEAU Pure Natural Skin Oil–Seriuslah Barang Baik!

Farah Waheda Wahid
0

Selalunya dok tengok lalu-lalang jer dekat Instagram Feed Kak Fa, kawan-kawan dok kongsi tentang DR. BEAU Pure Natural Skin Oil ni ha. Hari-hari punya tengok lalu-lalang dekat Instagram Feed…lama-lama jadi tergoda juga. Ha ha ha…pengaruh kan? Memanglah kawan-kawan ni kadang-kadang mendatangkan pengaruh yang besar. Dah tu? Tengok kawan-kawan cantik, haruslah kita pun nak cantik kan? Tengok kawan-kawan kulit gebas-gebus dan mulus…Haruslah kita pun nak juga kan? Lagi-lagi bila usia dah nak menjengah 37 tahun tak lama lagi ni. Memanglah tersangat concern tentang penampilan. Tak kira pakaian mahupun kulit wajah. Dah jadi terlebih-lebih concern dah…. Sudahnya ambil keputusan nak cuba juga apa yang kawan-kawan pakai disebabkan hasil yang mereka dah tunjukkan. DR. BEAU Pure Natural Skin Oil – Seriuslah barang baik! Kenapa baru tau sekarang ek?


Antidote kepada segala jenis masalah kulit atau di dalam erti kata lain penawar kepada segala jenis masalah kulit. Formulasi yang dihasilkan untuk mengecutkan jerawat, memudarkan parut dan merawat masalah kulit dari dalam. Rawatan masalah kulit dari dalam tu yang buatkan Kak Fa tertarik sangat-sangat tu. Kebanyakan dari kawan-kawan yang dah pakai secara konsisten sekarang ni kulit mereka dah jadi lembut, licin, gebu, cerah dan flawless. Ok Kak Fa cemburu! Ha ha ha… Nak juga! Mana boleh diaorang jer yang ada kulit wajah yang lembut, licin, gebu, cerah dan flawless kan? Kak Fa pun mestilah teringin juga. Kulit wajah seumpama itu adalah impian setiap gadis dan wanita ok? Mana ada gadis atau wanita yang tak mempunyai impian seperti itu? Tipu jer kalau tak ada… Huuuu…Tak banyak sedikit mesti ada.

Kak Fa tertarik dengan DR. BEAU Pure Natural Skin Oil bila Kak Fa dapat tahu yang DR. BEAU Pure Natural Skin oil ini adalah 100% organik, tiada bahan kimia, tiada unsur pengelupasan dan 100% semulajadi serta selamat. Sejak macam-macam kes yang timbul tentang produk-produk penjagaan kulit dan juga kosmetik di pasaran semasa sekarang ni, Kak Fa jadi tersangat berhati-hati dengan pemilihan produk. Walaupun terpengaruh tetapi tak semudah itu Kak Fa nak mencuba sesuatu produk baru. Memang Kak Fa gali informasi sampai ke akar umbi. Acah-acah nak jadi pengguna bijak Kak Fa ni…Ha ha ha…Tapi tak salah pun kan? Memang sepatutnya macam tu kan?

Apakah Kelebihan DR. BEAU Pure Natural Skin Oil?


1. Ianya memberikan perlindungan dari sinar UV (SPF50).
2. Menjadikan tona kulit menjadi lebih sekata dan cerah berseri secara semulajadi.
3. Menggantikan tisu kulit muka yang rosak akibat salah guna pakai produk bermekuri.
4. Membantu masalah kulit sensitif, berminyak, kering, kulit kusam, ekzema dan stretch mark.
5. Mengatasi masalah jerawat, jeragat dan parut.
6. Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
7. Menggalakkan sel kulit dan rambut menjadi sihat.
8. Mengatasi masalah whitehead dan blackhead.
9. Membantu mengurangkan eyebag dan dark circle di bahagian mata.
10. Melambatkan penuaan.
11. Halal serta mesra ibadah.

Yang penting DR. BEAU Pure Natural Oil ini adalah sesuai untuk kegunaan luar sahaja bagi bayi, kanak-kanak, lelaki dan juga wanita. Yang mengukuhkan lagi kehendak Kak Fa untuk mencuba adalah bila mana, Kak Fa ada terperasan juga yang ada di antara selebriti di dalam Malaysia ni memang menggunakan DR. BEAU Pure Natural Oil. Lagi membuak-buaklah Kak Fa nak mencuba kan? Ha ha ha…




Kandungan bahan di dalam DR. BEAU Pure Natural Oil ini pun dah cukup menyokong keputusan Kak Fa untuk mencuba. Contohnya:

1. Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
2. Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
3. Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
4. Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
5. Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
6. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Didatang di dalam bentuk soft gel dan Kak Fa pakai pada waktu pagi selepas mandi dan waktu malam selepas mandi juga pada kulit wajah Kak Fa or secara senangnya…selepas membersihkan kulit muka. Tak macam oily ke Kak Fa muka tu? Tak aihhh…. Kak Fa ni adalah seorang yang mempunyai jenis kulit kombinasi and yet bila Kak Fa pakai tak ada rasa berminyak pada kulit wajah pun. Memang benar-benar dia zasss serap masuk ke dalam kulit. Bak kata orang putih…. Absorb efficiently. Ha ha ha…Macam tulah. Pakai pun tak susah…. titiskan DR. BEAU Pure Natural Oil pada tapak tangan dan sapu ke seluruh bahagian kulit muka dan leher secara seimbang. Fokus Kak Fa selalunya pada kawasan-kawasan yang berpotensi menimbulkan kedutan aging…Ahaksss… Nak masuk 37 tahun kan? Mestilah terlebih concern you alls.

Beberapa testimoni pengguna yang boleh anda rujuk sebagai kesinambungan cerita Kak Fa tentang DR. BEAU Pure Natural Oil:











Setakat ni belum genap sebulan lagi Kak Fa jadi pengguna tetapi Kak Fa rasa selepas ni Kak Fa akan menjadi pengguna yang konsisten. Sebabnya Kak Fa sukakan hasilnya pada diri Kak Fa. Memang pada asalnya Kak Fa nak jer laju-laju kongsi tentang DR. BEAU Pure Natural Oil ni di blog dan medsos Kak Fa…tapi Kak Fa stop…Sebab Kak Fa nak pakai dulu dan benar-benar tahu hasilnya bagaimana baru Kak Fa nak kongsi dengan semua orang. Selepas menjadi pengguna, Kak Fa memang suka nak sarankan semua orang supaya mencuba. Mesti korang akan suka juga dengan hasilnya.

Untuk Maklumat Lanjut:

Untuk Harga Promo:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !