Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan Melalui Surah At-Takathur

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Seorang manusia yang dilahirkan ke dunia dan diberikan nama Farah Waheda – mengaku yang sedari kecil dah merasa memakai barangan berjenama. Tapi tak adalah jenama yang ribu-riban tu….Jenama ratus-ratus tu adalah merasa. Sekalipun kan…Sebenarnya secara jujur – tak pernah terlintas di dalam hati Kak Fa ni nak menunjuk-nunjuk atau nak berbangga dengan barangan berjenama yang Kak Fa ada atau pakai. Bagi Kak Fa…apa sangatlah barangan berjenama yang Kak Fa ada dan pakai. Ada ramai lagi orang dekat luar sana yang memiliki barangan berjenama yang lebih mewah dan mahal dari Kak Fa. Ada yang cecah puluhan ribu ringgit pun. Tapi cool ajer? I adore this type of people dan disebabkan mengidolakan golongan yang cool ni…Kak Fa pun nak jadi cool lah juga. Ha ha ha…Tak naklah menggelabah tak tentu pasal nak bermegah dengan apa yang Kak Fa ada. Sama juga dengan Firash. Kak Fa tak nak dia jadi seorang yang suka bermegah dengan kemewahan. Kak Fa lah kena didik kan? In Shaa Allah… Kak Fa akan cuba. Salah satu daripadanya adalah mencuba pendekatan didik anak jangan bermegah dengan kemewahan melalui surah At-Takathur.

Tertarik dengan satu perkongsian di Facebook Liyana Nazli yang bertajuk Smiggle dan At-Takathur:

“Hari tu ayah saya bawa saya tidur di hotel. Best…ada swimming pool!”

“Jomlah naik kereta saya. Best tau, kereta saya ada TV. Ada video kartun. Kereta mak awak ada?”

Berdesing telinga, berdarah-darah rasa hati bila dengar ayat tu keluar daripada mulut anak sendiri semasa bersembang dengan kawan-kawannya. Ini Kak Fa mengaku – kalau Kak Fa pun memang Kak Fa paling cukup berdesing dan menyampah kalau terdengar ayat-ayat macam ni. Iyash kalau Mommy dengar macam ni…siap kau nak…Mommy kuti-kuti mulut kau nak. Huuu…. Eh, ibu tak ajar tau awak berlagak dengan kawan macam ni!

Nak jegil mata dari jauh pun bukannya dia faham. Sebab dia tak rasa dia sedang buat satu kesalahan pun. Jadi kita yang dewasa inilah perlu tegur dan beritahu. Maka, saya biarkan dulu. Saya rancang nanti ada peluang bersendiri dengan dia, saya akan tegur.

Suatu malam saya sedang tasmi’ hafazan surah lazimnya. Malam itu giliran surah At-Takathur. Lepas dia habis tasmi' saya ajak dia baca maksud surah itu. Saya hulur terjemahan Al-Quran dan minta dia bacakan sendiri maksudnya.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.

Ayat pertama dan kedua surah tersebut. Saya tanya dia apa maksudnya bermegah-megah. Dia cakap tak tahu. Saya terangkan bermegah-megah itu sifat menunjuk-nunjuk kelebihan diri, sentiasa mahu lebih daripada orang lain dengan niat berlumba-lumba. Tak kiralah lebih dari segi harta ke, kepandaian ke, keturunan ke... Saya bagi contoh dengan meniru semula ayatnya kepada kawan sebelum itu. Dia tunduk. Mungkin mula rasa bersalah.

"Ayyash rasa, kenapa bermegah-megah tu melalaikan?

Angkat bahu. Tak tahu.

"Sebab bila kita duk sibuk hitung kelebihan harta kita, kehebatan diri kita, kita tak kisah dah pasal orang sekeliling kita kan? Mereka mungkin tak mampu pun nak ada apa yang kita ada. Mereka mungkin nak makan pun tak cukup, apa lagi nak pergi tidur hotel macam Ayyash. Ayyash tahu tak balasan orang yang suka bermegah-megah?"

Dalam ayat seterusnya Allah cerita, balasan untuk orang yang bermegah-megah dengan dunia sehingga lalai untuk kejar akhirat ni, tempatnya di neraka Jahiim. Saya hanya sebut sepintas lalu sahaja ayat itu kepada anak. Tidak terlalu ditekankan. Belum sesuai lagi. Cukuplah dia tahu perbuatan bermegah-megah itu suatu perbuatan yang Allah tegah. Yang saya tekankan ialah ayat terakhir. Yang lebih dekat dan sesuai dengan jiwanya yang masih amat muda.

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

"Nanti kat akhirat Allah tanya, Ayyash buat apa dengan kelebihan yang Allah bagi pada Ayyash. Allah bagi Ayyash hidup senang, Ayyash ada tolong orang tak? Allah bagi Ayyash pandai, Ayyash ada guna untuk Islam tak?"

Makin tunduk kepalanya. Aduh! Rasa bersalahlah pulak! Maaflah, tapi ibu perlu tegur awak masa awak masih kecil ni. Nanti dah besar, dah jadi buluh lagi susah nak dibetulkan. Tak mahulah ada mindset “alah... budak memang macam itu. Kecik lagi, tak apa.” Sedar tak sedar yang kita duk pandang kecil itu tadi, tiba-tiba dah besar dah.

Perang Smiggle

Musim-musim orang dok bincang pasal patut dak beli Smiggle yang mahal kat anak-anak ni mengingatkan saya kepada perbualan di atas dengan Ayyash. Saya rasa masalahnya bukan pada barang mewah tu. But how you carry yourself when you have something that others don't have. Do you carry yourself with pride or you stay humble? You'll stay humble no matter how valuable your possessions, as long as the world is only in your hand. Not your heart. Anda akan gunakan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain yang kekurangan.

Dan dalam keadaan anda tak memiliki apa yang orang lain ada, bagaimana anda menanggapi kelebihan yang ada pada orang lain. Will you be happy for them? Or do you envy them? Ada hasad tak? Hasad ni ialah dia tak suka orang ada lebih, tapi dia tak mahu pun kelebihan orang tu. Lebih teruk, dia akan cuba hilangkan kelebihan yang ada pada orang tu. Bahaya orang yang ada hasad dalam hati ni. Allah sebut dalam surah Al-Falaq untuk kita berlindung daripada mereka yang hasad ni.

Kita nak anak kita tahu yang harta kemewahan ni tak memberi nilai pada diri seseorang sebab Allah tak pandang pun semua tu. Jadi soalannya, macam mana kita nak ajar anak yang dunia itu hanya di tangan, jangan sampai masuk ke dalam hati? Sebab kita yang dewasa ni pun kadang-kadang confuse dengan perkara ni. Kita sendiri pun tanpa sedar nilai orang lain dengan neraca dunia. Dia kerja bagus dak, dia ada banyak duit dak, rumah dia besar dak....dan macam-macam lagi. Huuu...

Anak kita ialah cerminan diri kita.  Dalam dok besarkan anak-anak ni banyak sebenarnya muhasabah diri sendiri. Sobs! Kannn?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !