Bedak AGNESIA Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu!

Farah Waheda Wahid
0

Bedak AGNESIA ni memang legend. Dah ada lama dah dalam pasaran di Malaysia ni. Tak pupus-pupus pun. Dari sebelum Kak Fa lahir sampailah Kak Fa dah lahir sehinggalah sekarang ni Kak Fa dah pun bergelar seorang ibu, masih wujud lagi bedak AGNESIA. Fungsinya? Masih tetap sama seperti dulu-dulu iaitu untuk melegakan kerengsaan kulit. Cumanya bedak AGNESIA sekarang dah tak sama macam dulu! Seriuslah! Memang dah tak sama macam dulu. Sebab apa? Ini yang seorang pengguna bedak AGNESIA tegar iaitu Kak Fa nak kongsikan ni. Baca ok?

Bila Kak Fa katakan dah tak sama macam dulu, apa yang terlintas di dalam kotak pemikiran anda? Ha ha ha...Panik ke? Terfikir ada yang tak kena dengan bedak AGNESIA sekarang?

Peranan masih sama iaitu untuk melegakan kerengsaan kulit di mana selama lebih 80 tahun, bedak AGNESIA tetap terbukti berupaya membasmi 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI asbestos. Memang itulah pun yang membuatkan bedak AGNESIA popular di kalangan atuk nenek, mak ayah kita dulu-dulu. Bedak AGNESIA mengandungi bahan pelindung serta anti-bakteria dengan 25% zink oksida dan 0.5% chlorohexidine yang menyerap lembapan berlebihan pada kulit serta sangat berkesan melegakan kegatalan kulit.

Tiba-tiba teringat sewaktu zaman Kak Fa kecil-kecil dulu… Kalau Kak Fa terkena ruam panas ke atau kesan-kesan gatal geligata - tabur bedak AGNESIA pada kulit dan sapu, selepas tu memang lega ya ampun. Keberkesanan bedak AGNESIA ni lah yang buatkan sampai bedak AGNESIA jadi bedak keluarga turun-temurun. Firash pun memang pakai bedak AGNESIA pada waktu-waktu yang memerlukan. Selamat pada kulit yang masih halus tu. Tak ada kesan sampingan apa-apa pun.


Yang jadi tak samanya tu, bedak AGNESIA sekarang telah mempunyai tiga rangkaian bedak berbanding satu jer sebelum ini. Terkini, bedak AGNESIA telah melancarkan semula tiga varian bedak AGNESIA yang terdiri daripada AGNESIA Hygiene Care - Classic dan AGNESIA Beau Care dengan dua haruman yang sangat sedap baunya iaitu Lavender dan Ros di dalam pakej 100g dan ianya dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang sangat lembut dan menenangkan.

AGNESIA Hygiene Care


Kak Fa memang sentiasa simpan bedak AGNESIA Hygiene Care di rumah disebabkan ada anak kecil yang sedang membesar. Kak Fa percaya yang Firash jarang mempunyai masalah ruam adalah disebabkan Kak Fa menggunakan bedak AGNESIA Hygiene Care pada Firash. Ruam tu kan terhasil daripada cuaca panas dan lembap serta mengakibatkan ketidakselesaan? Bagi sesiapa yang belum pernah menggunakan produk AGNESIA ini, percayalah dari pengalaman Kak Fa sendiri di mana bedak anti-bakteria AGNESIA ini mampu untuk melegakan kegatalan. Ia menyerap peluh dan menghalang pertumbuhan bakteria, selain daripada membantu melegakan ruam lampin dan alergi kepada produk kosmetik.

AGNESIA Beau Care


Sejak-sejak Kak Fa dapat tahu yang AGNESIA telah mula memasarkan rangkaian bedak AGNESIA Beau Care di dalam dua haruman iaitu Lavender dan juga Ros, Kak Fa seolah-olah tak tertarik langsung kepada bedak-bedak lain yang ada di pasaran. Sebab apa? Sebabnya selain membantu Kak Fa sebagai seorang ibu melegakan ruam dan gatal-gatal di badan Firash, Kak Fa dah jatuh cinta maut dengan bau semulajadi Lavender dan juga Ros yang mana bau ini adalah kekal berpanjangan.


Semua wangi-wangi jer di dalam isi rumah Kak Fa ni ha… Setiap hari kot Kak Fa guna. Seronok bila ia mampu menyerap peluh dan membuatkan Kak Fa rasa selesa untuk bekerja di dalam keadaan cuaca panas sekarang ni. Firash pun apa kurangnya… Selesalah dia sepanjang hari dan bila selesa dia lebih ceria sepanjang hari termasuk ketika di sekolah.



Ketiga-tiga varian terkini bedak AGNESIA mempunyai tekstur yang lembut dan halus. Sapuan pada permukaan kulit pun jadi sangat sekata dan tak bercapuk sana-sini. Memang terasa perlindungan yang diberikan oleh bedak AGNESIA adalah seumpama sentuhan kasih sayang. Cubalah dulu rangkaian terkini bedak AGNESIA yang boleh didapati di semua farmasi utama seperti AEON Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart dengan harga yang terlebih mampu milik. Kak Fa percaya anda akan turut menyukai bedak AGNESIA Hygiene Care dan bedak AGNESIA Beau Care dengan variasi Lavender dan Ros ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/AgnesiaMY/

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !