Apa Sebab Kek Tak Menjadi?

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

I’ve been baking for more than 10 years dah. Ha ha ha…Tapi sekarang ni dah tak rancak mem-baking seperti waktu mula-mula dulu. Kekangan masa salah satu punca, Iyash jenis yang belum nak makan kek and I will only bake whenever I feel like to bake. That’s it! Sepanjang baking pernah sekali dua juga kek tak menjadi dan bila kek tak menjadi tu rasa frust sangat…Ha ha ha…Tiba-tiba jadi low self-esteem sekejap. Sekejap jer, lepas tu ok dah…kalau dah minat memang akan keep on doing jer… Takkan stop. Cuma, Kak Fa would like to share some facts apa sebab kek tak menjadi? Ada yang tahu dan ada yang tak tahu…maybe this would be something that useful and beneficial for you out there yang suka baking macam Kak Fa.

These facts bukan orignally from Kak Fa tetapi Kak Fa blend facts ni dengan pengalaman Kak Fa sendiri, Kak Fa incorporate sebab-sebab yang Kak Fa tahu dan juga sebab-sebab yang Kak Fa petik dari satu perkongsian di Facebook:

Kek Terlalu Lembap Dan Leper

Kek terlalu lembap dan leper adalah disebabkan oleh terlampau banyak cecair, bahan penaik tidak mencukupi atau dah expired, lemak dan gula tidak dipukul secukupnya serta adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

Kek Naik Tidak Sekata

Kek naik tidak sekata adalah disebabkan oleh suhu ketuhar mungkin terlalu panas, suhu ketuhar tidak panas sekata yang menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh, bancuhan tepung tidak sebati, adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar dan loyang yang tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan.

Kek Menjadi Bantat

Ha ha ha…ni Kak Fa pernah terkena sewaktu mula-mula iaitu kali ketiga Kak Fa baking. Kek menjadi bantat disebabkan telur yang digunakan mungkin terlalu kecil, kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul, tepung dah expired. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu (ini dapat membantu meringankan kek). Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih dan menyebabkan kek rosak. Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Menjadi Keras

Kek menjadi keras adalah disebabkan gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan, terlalu banyak tepung gandum, cecair tidak mencukupi, dipukul terlalu lama setelah tepung dimasukkan, tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur dan membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.

Kek Menjadi Seperti Bingka

Kek menjadi seperti bingka adalah disebabkan bancuhan tidak dipukul sebati, terlampau banyak cecair, tepung terlalu sedikit dan suhu ketuhar tidak cukup panas.

Kek Menjadi Seperti Roti

Kek menjadi seperti roti adalah disebabkan oleh tepung tidak sesuai, adunan tidak dipukul dengan sebati, sukatan serbuk penaik tidak tepat, sukatan mentega atau marjerin tidak tepat dan sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.

Kek Yang Mendap Di Tengah

Kek yang mendap di tengah adalah disebabkan oleh ukuran acuan tin tidak betul, sukatan bahan tidak tepat, ketuhar terlalu panas – terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat dan pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

So, selepas ni kalau-kalau terjadilah salah satu dari perkara di atas bagi yang baru berjinak-jinak di dalam bidang baking ni, dah boleh agaklah sebab apa kan? Dan dah boleh taulah macam mana nak perbaiki kesilapan yang berlaku sewaktu baking. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !