Transformasi Pendidikan Malaysia Melalui Program SEKOLAH AMANAH LeapEd Terbukti Berkesan!

Farah Waheda Wahid
1

Kak Fa ni datang dari sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah kawalan pada waktu dan ketika Kak Fa menimba ilmu di bangku sekolah dulu. Sekolah kawalan tu Kak Fa biasa dengar tetapi sekolah amanah adalah sesuatu yang baru bagi Kak Fa. Mungkin juga disebabkan Iman Firash belum lagi menempuh ke alam persekolahan dan disebabkan itu, Kak Fa tak pernah mendengar tentang sekolah amanah. Banyak lagi ilmu yang Kak Fa kena cari dan belajar! Gigih jugalah sekarang ni, mengikuti sesi dialog, forum yang berkaitan dengan isu pendidikan. Macam baru-baru ni... Kak Fa berkesempatan untuk duduk di dalam satu sesi dialog yang dianjurkan oleh LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd). Melalui dialog itu, Kak Fa belajar dan dapat tahu bahawa transformasi pendidikan Malaysia melalui program SEKOLAH AMANAH LeapEd terbukti berkesan! Dengan tak semena-mena Kak Fa sangat berharap bahawa sekolah yang bakal Firash masuk nanti adalah salah sebuah sekolah amanah. Apa tu sekolah amanah? Meh baca!



Mula-mula Kak Fa nak kongsi mengenai LeapEd. LeapEd merupakan sebuah subsidiari milik penuh Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan sebagai perusahaan sosial dan merupakan penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang pertama di Malaysia. Matlamat LeapEd adalah untuk memperkayakan kehidupan menerusi pembinaan kapasiti dan transformasi pendidikan, sehingga kini ia telah mendatangkan impak kepada lebih 71,000 orang pelajar dan lebih 160 buah sekolah menerusi pelbagai model pendekatan seperti District Transformation Programme-AMAN ('DTP-AMAN'), Islamic School Enhancement ('ISEP'), Ground-up School Transformation Programme ('GUSTO'), Program Sekolah Transformasi ('PreSTasi') serta Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) yang pertama di Malaysia.

Sebelum Kak Fa duduk di dalam sesi dialog tempoh hari, secara jujurnya, Kak Fa dipenuhi dengan apa? kenapa? bagaimana? Memang Kak Fa akui minda serta akal Kak Fa agak kelabu sedikit. Ha ha ha..tak tercapai akalku kaedahnya. Nak memahamkan kaitan semua perkara ni dan apa sebenarnya, tetapi setelah Kak Fa mengikuti sesi dialog tempoh hari, Kak Fa menjadi lebih jelas mengenai peranan LeapEd dalam transformasi pendidikan di Malaysia.


Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) adalah satu program tranformasi sekolah yang komprehensif dan lestari bermatlamat untuk menambahbaik kemenjadian murid dan menghidupkan semula budaya sekolah. Ini akan dicapai melalui penekanan terhadap empat matlamat strategik yang berfokus kepada pemimpin sekolah, guru, murid, ibu bapa dan komuniti. Peneraju utama program ini ialah Yayasan AMIR, sebuah organisasi tanpa keuntungan yang berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perkongsian Awam-Swasta. Melalui pemerkasaan komuniti sekolah (pemimpin, sekolah, guru, murid dan ibu bapa), TSP 1.0 diharapkan dapat membentuk murid yang holistik dengan kompetensi abad ke-21 dan sekolah yang menerapkan amalan pendidikan lestari.


Pada waktu ini terdapat 83 buah sekolah di bawah TSP 1.0 di 10 buah negeri di Malaysia termasuk Johor (18) sekolah, Sarawak (15 sekolah), Kuala Lumpur (6 sekolah), Selangor (14 sekolah), Perak (4 sekolah), Kelantan (5 sekolah), Negeri Sembilan (1 sekolah), Sabah (5 sekolah), Terengganu (12 sekolah) dan Pahang (3 sekolah).

LeapEd ialah rakan kongsi reka bentuk dan perlaksanaan bagi TSP 1.0 dan telah mengasaskan empat matlamat strategik bagi menangani keperluan keseluruhan komuniti sekolah.


Matlamat Strategik Yang Difokuskan

SG1 -Membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi
SG2 -Menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran
SG3 - Memaksimumkan potensi dan pencapaian murid
SG4 - Memperkukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan lain.


TSP 1.0 menganjurkan pedagogi dan kaedah yang efektif melalui program bersiri Pembangunan Profesional Berterusan dan suatu sistem Pengurusan Prestasi yang berstruktur. Guru-guru kemudiannya menerapkan teknik-teknik ini dalam bilik darjah yang seterusnya membina pengalaman pembelajaran yang diperkaya dan bersifat khusus yang dapat membantu memaksimumkan potensi setiap murid.

Selain itu, data pemantauan prestasi juga menunjukkan bahawa guru-guru di bawah Program Sekolah Amanah semakin efektif dalam kompetensi pengajaran mereka. Hal ini menyebabkan peningkatan kepada tahap efikasi kendiri dan peningkatan pengalaman pembelajaran bagi semua murid.

Melalui dialog yang sama, Kak Fa difahamkan hasil daripada perlaksanaan TSP 1.0 adalah:

91% daripada pelajar Sekolah Rendah dan 88% pelajar Sekolah Menengah dapat merasakan yang kualiti pengajaran guru-guru menjadi lebih tinggi.

66% daripada kepimpinan kanan sekolah menunjukkan bahawa mereka telah berkembang ke tahap yang lebih baik dengan tahap minimum 1.

49% daripada kepimpinan kelas pertengahan di sekolah menunjukkan bahawa mereka telah berkembang ke tahap yang lebih baik dengan tahap minimum 1.

61% daripada guru telah menunjukkan mereka telah mencapai kemajuan ke tahap yang lebih baik dengan tahap minimum 1.



Proses transformasi pendidikan memerlukan komitmen yang tinggi dan tindakan berterusan bagi mencapai keberhasilan dihasratkan. Kini, pihak LeapEd di dalam proses perlaksanaan Program Sekolah Amanah 2.0 (TSP 2.0) di sekolah-sekolah awam Malaysia yang terpilih, evolusi yang seterusnya bagi TSP 1.0.

Setelah mengikuti dan memahami dialog tempoh hari, memang ada keperluan untuk semua pihak berkepentingan menggembleng usaha secara bersepadu bagi memastikan kejayaan inisiatif yang dilaksanakan bagi sektor pendidikan di Malaysia mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai keberhasilan yang disasarkan, iaitu mengubah sistem dengan menyokong sekolah.


Pelaburan dalam pendidikan merupakan keputusan paling bijak yang boleh dilakukan oleh seseorang. Pendidikan menyediakan peluang dan seterusnya memperkasakan insan, menggalakkan kreativiti dan meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Program Sekolah Amanah telah mendatangkan kesan yang positif kepada kehidupan para guru, pelajar dan juga ibu bapa menerusi kajian impak yang telah dilakukan.

Disebabkan hasil positif melalui kajian impak yang telah dilakukan, LeapEd komited untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi mereka untuk melaksanakan model baru TSP 2.0 yang dipertingkatkan akan diselaraskan dengan trend global dan aspirasi negara.

Kak Fa berharap agar syarikat-syarikat swasta dapat turut bersama-sama menyokong pelaksanaan transformasi pendidikan untuk memberikan pembiayaan yang sangat diperlukan oleh kerjasama awam dan swasta ini, ke arah membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
LeapEd Services Sdn. Bhd.
Level 52, Menara TM
Kuala Lumpur

No. Telefon:
+603 22823456

E-mel:

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !