Seriuslah Kak Fa? Bachelor (Hons) Business Administration Majoring in Human Resource Management?

Farah Waheda Wahid
1

Ada orang tanya… seriuslah Kak Fa? Bachelor (Hons) Business Administration Majoring in Human Resource Management? Ihiksss… Sebenarnya sendiri pun masih mamai-mamai macam di alam mimpi lagi ni sebenarnya. Ha ha ha… Betul ke Kak Fa ni bakal bergelar student semula? Isteri pun dia, ibu pun dia, anak pun dia, Personal Assistant pun dia, blogger pun dia, KOL pun dia, micro influencer pun dia, student pun dia? Terbawa ke Kak Fa? Hu hu hu…. Kalau nak fikir macam tu, sampai bila pun tak bergerak. Jujurnya kan? Walaupun tahu ianya bakal menjadi sangat getir dan mencabar, Kak Fa tetap rasa happy bila dapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian secara separuh masa di dalam kursus Bachelor (Hons) Business Administration Majoring in Human Resource Management. Memang dah lama simpan cita-cita dan impian sebegini tetapi tertangguh di atas banyak sebab dan perkara.

Memandangkan Firash pun dah nak masuk Sekolah Rendah tahun depan, Kak Fa rasa dah tiba masa dan masa nilah yang sesuai untuk Kak Fa menyambung semula niat yang dah tertangguh ni. Perkara ni dah lama dah Kak Fa suarakan pada Babah Firash dan juga parents Kak Fa. Cumanya, dari tahun ke tahun, ada sebab-sebab yang tidak memungkinkan Kak Fa untuk menyambung pengajian. Kali ini – Kak Fa nekad. Orang kata tak mudah belajar sambil bekerja serta diiringi dengan tanggungjawab yang besar serta komitmen yang lain. Bagi Kak Fa, Kak Fa rasa Kak Fa boleh. Ini yang Kak Fa nak, ini yang Kak Fa nak pursue jadi it’s either Kak Fa take it or leave it. Kak Fa buat ni semua bukan kerana nak menunjuk-nunjuk tetapi Kak Fa nak satisfaction pada diri Kak Fa. Belajar itu sebenarnya buatkan Kak Fa happy. Kak Fa suka belajar dan Kak Fa memang berangan-angan nak naik pentas pakai jubah serta pegang skrol untuk kali yang kedua. Jika dulu Diploma, kali ini biarlah Ijazah. Ada rezeki siapa tahu…Mungkin Master pula kan? Sambil menyelam minum air, Kak Fa nak tunjukkan pada Firash dan berikan contoh yang baik pada Firash supaya dia pun mengikut dan gigih belajar macam Mommy dia. Iyalah, Firash kan seorang jer dalam rumah tu. Anak tunggal macam Kak Fa. Jadi Kak Fa nak memainkan peranan di dalam memotivasi Firash untuk ikut jejak langkah Mommy.

Sebab? Sebab Kak Fa memandang serius perkembangan pendidikan Firash. Siapa tak nak anak berjaya? Siapa tak nak anak pandai kan? Kak Fa memang takkan paksa Firash belajar perkara yang dia tak suka tetapi Kak Fa mendorong Firash mengikut susur galur minat Firash. Kak Fa nak dia faham dalam hidup ni kena usaha. Kena gigih. Sebab? Sebab Kak Fa memandang ke hadapan. Anak Kak Fa lelaki. 20, 30 tahun akan datang bakal jadi imam dan ketua keluarga. Bakal tanggung anak orang. Faham kan? So tak perlu Kak Fa elaborate lebih.

Boleh ke Kak Fa? Tak perlu korang tanya…Ha ha ha…Kak Fa pun keep on tanya diri sendiri, tapi Kak Fa rasa In Shaa Allah. In Shaa Allah Kak Fa boleh. Hakikatnya, belajar sambil bekerja itu bukanlah semudah yang disangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian, sesiapa yang belajar sambil bekerja perlu sangat-sangat kuat semangat dan tabah di dalam menghadapi kehidupan. So what’s next?

Kembali Membiasakan Diri Dengan Dunia Akademik

Memang tidak dapat dinafikan apabila kita telah lama meninggalkan dunia kampus, otak kita ‘berkarat’. Kita semakin malas membaca, setidak-tidaknya pada bacaan berbentuk ilmiah. Tambahan lagi ledakan medsos makin menjauhkan diri daripada buku-buku bersifat intelektual. Jika ada pun, nilah ni…blog ni ha… termasuk dengan tugasan rasmi. Nak tak nak, sekarang diri Kak Fa ni kena dipaksa untuk rajin menelaah dan berfikir secara kritis serta analitikal. Kak Fa perlu enhance skills menulis secara gramatis dan berakademik pula ni ha.

Perlu Menjalinkan Hubungan Sosial Yang Erat

Haippp…jangan salah faham. Bukan nak menduakan suami. Bukannn…. Untuk berjaya di dalam PJJ, Kak Fa kena pandai berkawan kerana banyak tugasan yang perlu dilunaskan secara berkumpulan terutama pada tahun pertama dan kedua. Makanya, Kak Fa perlu ringankan mulut untuk bersembang dan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Dengan cara ni, tugasan dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Kenalan baru ini bukan sahaja dijumpa di dalam kuliah, tetapi dihubungkan melalui portal pembelajaran yang disediakan oleh pihak universiti (e-learning). Apabila bekerja berkumpulan pula, Kak Fa perlu banyak bertolak ansur dan saling faham-memahami. Maklumlah ada kerja perlu dibahagi-bahagikan.

Tahun pertama kebiasaannya agak kritikal. Tapi serious I still have no idea about that. Ha ha ha…jenis redah jer… Even Kak Fa ada exemption beberapa paper, yet tahun pertama memang kritikal kan? Kak Fa kena belajar untuk ikut keselesaan diri sendiri. Kak Fa kena betul-betul ikut trek. Lambat atau cepat, Kak Fa yang tentukan bila Kak Fa akan graduate. Hu hu hu…. Jadi Kak Fa nak kena susun betul-betul subjek-subjek tu semua. Kena ada strategi weiii…Kalau berangan nak three pointer and nak maintain three pointer dan nak cuba untuk Anugerah Dekan…Kena susun betul-betul nih. Kak Fa cubalah…Dapat ke tidak Anugerah Dekan tu… Kak Fa cuba sebaik mungkin.

Kalau tak berani untuk tempuh kesukaran kita tidak akan berjaya. Tu Kak Fa selalu berkata-kata pada diri Kak Fa sendiri. Perlu tidur lewat untuk siapkan tugasan. Perlu kurangkan banyak perkara. Perlu korbankan weekend (one day of the weekend), perlu simpan duit untuk bayar yuran serta kurangkan belanja perkara tak penting, perlu tinggalkan Iyash sekejap untuk masuk kelas, perlu meningkatkan tenaga pemikiran (kognitif) lebih dari biasa, perlu pertingkatkan doa serta tawakal dan perlu menjaga komitmen sedia ada agar tidak terabai.

Kak Fa tau bukan senang belajar sambil bekerja. Tapi In Shaa Allah… Kak Fa boleh hadap semua ni. In Shaa Allah… Ingat Firash…Mesti Kak Fa terus motivated nak buat sehabis baik. Ha ha ha… gigil tapi sebenarnya Kak Fa ulang kali dok ingatkan diri Kak Fa…Kak Fa boleh maintain semua perkara termasuk aktiviti blog dan juga Instagram (kerja sampingan) Kak Fa. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. congrats kak! payah gk nk cuci otak berkarat ni. Makan masa. Haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !