Rezeki Bocor Bila Ibu Bapa Selfish

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kak Fa bersetuju sebagai ibu bapa – kita tidak patut ikutkan setiap kehendak anak-anak. Ada permintaan yang boleh cuba untuk kita penuhi, ada permintaan yang perlu kita pertimbangkan dan ada pemintaan yang terpaksa kita tolak permohonan mereka itu. Bila kita penuhi, anak-anak akan tertawa riang dan gembira. Bila kita perlu pertimbangkan, anak-anak akan mula rasa tak senang duduk dan keep on bertanyakan kita tentang permintaan mereka itu. Bila kita terpaksa menolak, anak-anak akan menangis sedih dan kecewa tak pun tantrum. Tu semua biasalah tu… Rencah dalam perjalanan kehidupan sebagai ibu bapa. Kita pun bukan tak pernah duduk di tempat anak-anak satu masa dan ketika dulu. Kini, giliran kita untuk duduk di tempat ibu bapa kita pula untuk memahami bagaimana perasaan ibu bapa pula kan? Kak Fa ni memegang prinsip – jangan berkira sangat dengan anak dan jangan muakan sangat anak. Kira-kira atas pagarlah…ha ha ha…I can be either too generous or I can be kedekut at times. Cuma Kak Fa sentiasa ingatkan diri Kak Fa supaya jangan selfish sebagai ibu sebabnya…sedar atau tidak rezeki bocor bila ibu bapa selfish. Sebab apa? Meh sini rapat-rapat meh…. Baca sebab kenapa ok?

Rezeki yang Allah turunkan di dalam keluarga bukan milik ibu bapa sepenuhnya tetapi ada bahagian milik anak. Ingat tu ya? Kalau boleh sila jauhkan empat perkara ini jika tidak mahu rezeki bocor:

  • Jangan abaikan permintaan anak-anak.
  • Jangan buat anak sedih.
  • Jangan penting diri sendiri.
  • Jangan buat keputusan asal boleh sahaja jika untuk anak.

Tapi tulah, kita ni manusia biasa, terkadang tu boleh terbabas juga. Betul tak? Habis tu? Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa supaya kita tidak selfish dengan anak-anak? 7 amalan sebagai peringatan jangan selfish dengan anak-anak yang dikongsikan melalui Nota Kekeluargaan Mohd Fhais ini, mungkin dapat membantu kita sebagai ibu bapa untuk tidak selfish dengan anak-anak.

Peluk Cium Anak

Sentiasalah cari masa untuk peluk cium anak sekurang-kurangnya sekali sehari. Boleh dilakukan sewaktu balik kerja atau sewaktu menjemput anak-anak dari sekolah, tuisyen dan sebagainya.

Jauhkan Telefon

Jauhkan telefon dan kerja-kerja lain sewaktu masa bersama dengan anak-anak di rumah. Jujur Kak Fa mengaku ya…Memang Kak Fa ni seorang blogger, seorang blogger influencer dan kerja-kerja Kak Fa banyak menggunakan telefon, kamera dan laptop. Tetapi setakat ke hari ini, setakat ke hari ini, bila Kak Fa duduk dengan Firash untuk bermain, melakukan tugasan Kumon mahupun aktiviti-aktiviti santai, telefon tu Kak Fa letak atas meja makan. Hu hu hu…. Kalau telefon berdering tak berhenti-henti tu, Kak Fa tengoklah juga. Tapi kalau waktu santai dan waktu bonding, Kak Fa lebih memilih untuk letak telefon tepi. Untuk Kak Fa fokus dengan telefon betul-betul, waktu malam selepas Firash tidur.

Eye-Contact

Tumpukan perhatian dan buat eye-contact dengan anak sewaktu anak bercakap dengan kita.

Transformasi Diri Kepada Kanak-Kanak

Ubah diri kita menjadi budak-budak sewaktu bermain dengan anak-anak.

Cipta Permainan

Cipta permainan atau aktiviti yang anak-anak seronok bermain bersama.

Jangan Abaikan Mereka

Jangan selfish nak ada Me Time sahaja. Anak-anak tidak tahu pun benda tu, walaupun penat jangan abaikan mereka.

Explore, Learning & Social tetapi Happy

Bawa anak-anak ke tempat mereka boleh explore, learning dan social tetapi happy. Contoh paling senang adalah seperti play center, kids gym dan play house. Apa yang anak-anak suka.

Know what? Ibarat kita bersedekah dan kemudian Allah berikan kita rezeki lagi setelah bersedekah. Macam tu juga bila kita spend untuk anak. In Shaa Allah, akan ada rezeki lain buat anak yang disalurkan melalui kita. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain dan dalam rezeki kita sememangnya ada bahagian milik anak.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !