Ola Portugal! McDonald's Portuguese Chicken Burger Yang Sedap Sampai Tak Boleh Bawa Bincang!

Farah Waheda Wahid
0

Dah rasa ke belum? Dah rasa ke belum? Kak Fa sudah ok... Ola Portugal! McDonald's Portuguese Chicken Burger yang sedap sampai tak boleh bawa bincang! Ha ha ha... Seriuslah! Memang betul-betul sedap ok? Memang anda kena rasa menu terbaru McDonald's Malaysia yang telah diperkenalkan baru-baru ini bersempena dengan kempen "Discover the World 2019".


McDonald's Portuguese Chicken Burger ini diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan citarasa Portugal yang mana ianya dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak serta dicelup ke dalam sos piri-piri. Kemudian...diiringi dengan campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban yang mengandungi emping cili terbaharu. Nak tau tak? Kombinasi ni memang awesome sangat! Even dah makan pasti rasa nak makan lagi ok? Kak Fa boleh bagi assurance kepada sesiapa dah makan pasti akan teringin repeat lagi.





Bila McDonald's memperkenalkan citarasa bertema mengikut negara ni, sebenarnya ia bukan satu perkara baru. If you want to know, sejak beberapa tahun yang lalu, pihak McDonald's Malaysia telah menyajikan citarasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada para pelanggan di mana mereka telah menyajikan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu mereka di Malaysia melalui kempen "Discover the World" yang Kak Fa nyatakan di dalam perenggan pertama tadi.

To Kak Fa...Kak Fa suka dengan inisiatif pihak McDonald's yang sebegini. You know like, sentiasa memberikan kejutan kepada para pelanggan satu demi satu di dalam keistimewaan menu yang ditampilkan serta ditawarkan. Macam nilah baru best. Tak adalah bila setiap kali masuk ke McDonald's mata terkebil-kebil, terkebil-kebil tak tau nak order apa kan? Ha ha ha...At least bila ada promosi-promosi kreatif sebegini dari McDonald's Malaysia seperti Portuguese Chicken Burger, bolehlah pelanggan cuba menu baru kan? Thumbs up McDonald's Malaysia.


Promosi McDonald's Portuguese Chicken Burger ini bukan setakat promosi menu sahaja. McDonald's Malaysia juga telah memperkenalkan satu permainan "Augmented Reality" baru yang dinamakan sebagai Catching Nonando yang mana para pelanggan perlu menangkap sebanyak mungkin ayam Nonando di dalam tempoh masa 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan berpeluang menerima ganjaran serta-merta yang berbentuk diskaun untuk pembelian McDonald's Portuguese Chicken Burger, bergantung kepada bilangan Nonando yang telah berjaya ditangkap.

Apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah, satu 'leaderboard' akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada di kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan jadi mewah dan meriah bila memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points! Haaa dapat tu lepas tu boleh travel sakan ok? Tak nak ke? Better ambil opportunity ni. Orang kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tau kan? kan? kan? Manalah tau, kot-kot anda ke? Kak Fa ke? Salah seorang dari kita insan bertuah tu kan? Who knows kan?

Untuk bermain permainan yang Kak Fa ceritakan di dalam entri ini, para pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman korporat McDonald's Malaysia ataupun halaman Facebook rasmi.


Set hidangan McDonald's Portuguese Chicken Burger yang dihidangkan bersama French Fries dan pilihan minuman sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke bermula dari harga RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald's di Malaysia untuk tempoh masa TERHAD dan SEMENTARA STOK MASIH ADA.

Jika ingin mendapatkan lebih banyak info mengenai menu tawaran yang lain, lawatilah www.mcdonalds.com.my!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !